Ahad, 2010 Januari 31

PrAkTiKuM fAsA 3...pArT 1..


Alhamdulillah syukur sesangat2....sekolah kebangsaan gong dermin adalah sekolah yg ke-3 untuk latihan mengajar saya...semua baik2...so,strategi senyum dalam subjek bimbingan dan kaunseling menjadi....hehehe...
ape yang penting kita perlu menghormati komuniti tempat yang kita pergi..usah meminta orang menghormati kita...biarlah kita yang mulakan dulu...walaupun susah diawalnya...namun diakhirnya,kita sendiri yang dapat kebaikannya..bukan susah nak buat baik...ye tak?...
kajian tindakan?..sebut je pasal proposal kajian tindakan ni..mulala sy pening2...knp ye?..aiseh...entah,mungkin sebab belum bersedia pon..pape pon saya perlu ada perancangan yang baik....barulah dapat selesaikan dengan baik jgk...

kata-kata semangat buat diri ini:

  • >>>>Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah dan ditetapkan iman. ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. DIA sayangkan kau dan aku. DIA tak pernah lupakan kita Hidup ini ibarat mimpi, kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad. Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman, tetapi sebenarnya 1 bentuk penyerahan diri dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap janji-NYA. Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janji-NYA. Percayalah! syurga | neraka . pilih2.. tazkirah pada diri ini yang alpa...


  • p/s:esok mula nak bertaaruf ngan anak2 murid tahun 3 dan tahun 4...

    Rabu, 2010 Januari 13

    Al-FaTiHaH....


    kenangan bersama arwah....semasa di HUSM tahun 2009


    Bertarikh 12 januari 2010...di pagi yang indah itu..sy dapat berita menyedihkan daripada beberapa orang sahabat sy yang hantar msg pada pagi tu...
    "Al-Fatihah buat sahabat kita Nur Amalina Bt Abdullah,yang telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi"....
    Innalillahi wa inna ilaihirajiun..sekaligus air mata sy gugur setitik,setitik dan akhirnya.....makin banyak(gi kelas pon mata merah)..akhirnya tamat sudah penderitaannya...ketabahan dirinya melawan penyakit yang dialami selama ini...hampir satahun setengah dirinya menahan kesakitan...Allah lebih menyayangimu..
    ku doakan agar kau ditempatkan bersama orang2 yang soleh....
    balik dari kelas,kemarin...lepas zohor terus sy berjanji dengan beberapa orang sahabat sy untuk kerumahnya...walaupun tak sempat melihat jenazahnya buat kali terakhir...sekurang2nya dapat saya bertemu mata dengan keluarganya...
    teringat 2 minggu lepas sy pergi jumpa dia..kami berbual panjang...tak pernah sedikit pun dia menunjukkan kesakitannya...walaupun dapat sy lihat air matanya...bila teringat saat2 2 minggu lepas...sy terus sebak....
    semoga arwah berbahagia di sana....masanya dah tiba,masa kita?!...x tahu lagikan...


    Jumaat, 2010 Januari 01

    HEpY NeW YeAr...

    Pergh..oram putih la plak..apa kna lak dengan sy nih...bukan ape..tahun baru 2010 menjelang jua..tepat jam 12 tengah malam pada 1.1.2010..alarm handset sy berbunyi,dan terteralah "tahun baru,azam baru,semangat baru"...owho..tapi bila plak sy set alarm ni?..ehheks..sy pun tak ingat..
    hehehe...terasa gembira bercampur takut nak menyambut tahun baru ni...entah kenapa?..gembira mungkin sebab..tahun ni dah tahun last saya belajar...ada 2 semester lagi nak abis ni...takut plak,aish...cam mana nak habaq eh...mungkin sebab cabaran di semester 7 dan semester 8,makin mencabar dan ada satu lagi yg paling membimbangkan saya,mampukah saya untuk menghadapi rintangan hidup dengan baik tahun ini...harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar....

    Esok dah bermula sesi kembali ke maktab,semester 7....yea2..gembira ke>>>kna amik feel,baru semangat skit...ape2 pun hidup mesti diteruskan...takkan seseorang itu digelar pendekar jika dia takut pada perjuangan....samalah macam saya...takkanlah saya nak berhenti dipertengahan jalan,sedangkan kejayaan sedang menunggu dihadapan...tahun ini mungkin hati saya dah sedikit terbuka untuk berfikir tentang sebuah kehidupan kot..usah ditanya apa ertinya "kehidupan"....hehehe....tapi tidaklah fokus sy pada matlamat yang telah sy sematkan akan saya lupai..ohh..itu tidak mungkin sesekali terjadi....cumanya diharap sinar kejayaan akan menyinari hidup saya dihujung episod kehidupan...Insya Allah....

    Sabtu, 2009 Disember 26

    GeMbIrA vS kEiNsAfAn


    Seringkali kita gembira,bukan?..gembira membuatkan bibir kita akan mengukir senyuman yg seikhlas mungkin....gembira membuatkan diri kita sentiasa berada dalam bahagia dan gembira juga membuatkan hati kita akan tenang umpama tiada masalah yang berlaku....

    Arini 26 disember 2009...ingatkah kita pada tarikh 26 disember 2004....dimana seluruh negara termasuk negara kita dilanda tsunami yg dahsyat(cerita sy tiada kaitan ngan tsunami,juz nak bagi ingatan je)






    arini....sahabat saya merangkap kawan baik saya,yg saya gelarkan dirinya "dik su"...kerana antara kami berempat dialah yg paling bongsu(tarikh lahir lambat)....pulang bercuti ke kelantan..hampir 2 tahun tak ketemu....Alhamdulillah kali ni..Allah gerakkan hatinya untuk pulang ke negeri barakah walaupun hya untuk beberapa hari...

    Dah terniat di hati nak bawa dia pegi jalan2...tapi kemana?..terpikir nak pegi PCB...eheks,dekat dengan kb...pada mulanya ianya adalah rancangan di hati sy sahaja sebab sy tak bagitau sesiapun...lepas je,kitaorang>>>me,leli(kak long),n dayah(adik su)...masih x cukup sorang angah(dah kembali ke kampus,meneruskan p'juangan yg belum selesai)>>>>beli2 barang dik su...terus kitaorang pi solat zohor kat masjid muhammadi....sebab lepas ni nak makan..hajat dihati kitaorang nak pi makan kat tambatan diraja....after solat,pegilah kami ke kawasan tu lah...tengok2...ha.............eh,mane gerainya...x der pon..ape lagi,rancangan saya nak ke PCB diteruskan...tapi kali ni adik su yg drive..sy x larat,nak jadi "mem besar"kejap...kekeke...

    makan2(part paling best coz dik su belanja),bergambar(posing sakan beb!),ronda2 pantai(burn muka weiii).....hampir 3 jam kami kat pantai tu..macam2 gelagat anak2 muda dapat dilihat....makin hampir dengan petang,makin ramai pulak anak2 remaja kita di pantai ye...siap2 berpasangan lagi...sesekali saya berfikir,kenapalah ramai sangat anak2 muda sekarang mudah terjerumus kearah keseronokkan sementara?"...bagaimanalah generasi akan datang ye,dengan melihat perilaku dan tabiat anak2 muda sekarang, saya semakin bimbang dengan kehidupan anak2 remaja pada 10 or 20 tahun akan datang...<<<.Ya ALLAH,Jauhilah ak daripada kemaksiatan dan kemurkaanmu>>>


    dah lama sangat kat PCB(MAKIN SAKIT MATA SY MELIHAT AKSI2 ANAK MUDA)....kami berangkat pulang...dah solat asar rupenye...berenti kat masjid(nama msjid tak ingat)..yg sy tahu lokasi masjid tu,berhampiran dengan sk.abdul hadi...

    usai solat zohor,sy dan sahabat2 berangkat ke tumpat,untuk menziarahi sahabat sy yg sdg sakit....timbul keinsafan dihati ini....jika sy diuji sepertinya,mampukah sy untuk hadapi setabahnya?...jika sy diberi dugaan sepertinya,mampukah sy mempunyai semangat yang kental sepertinya untuk hadapi sakitnya?...jika sy diberi cabaran sepertinya,mampukah sy menghadapi sebaiknya?....Hanya orang yang mampu sahaja akan diuji oleh Allah....menitis air mata ini,melihat setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi olehnya....berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....sabarlah duhai sahabat...Insya Allah,akan dibalas kemanisan hikmah dipenghujungnya....sahabatku...walaupun ak tahu kau sedaya upaya menunjukkan kemesraan dan kegembiraan dihadapan kami,namun ak tahu dirimu disebalik senyuman dan kegembiraanmu...aku kagum dengan ketabahan yang kau miliki,sahabat....jika aku ditempatmu....ak rasa aku tak mampu untuk jadi sekentalmu...sahabat,diri ini ingin sekali berkongsi kesedihan bersamamu...usah kau bimbang,kami sahabat2mu yang lain akan sentiasa mendoakan kesihatanmu...kami ingin lihat senyuman dibibirmu.....kami ingin lihat kegembiraan diwajahmu....


    p/s:setiap yang gembira mesti diselit dengan keinsafan,agar hati kita tak mati kerana terlalu gembira....usahlah berduka,sapulah air matamu....senyumlah dengan sebuah harapan yang baru..teruskan semangatmu untuk hadapi dugaan....Apabila kita diuji,itu tandanya Allah sayangkan kita....salam senyuman buat sahabat2....




    Isnin, 2009 Disember 21

    kUTiNGGaLkAn SeM 6 dEngAn KeLeGaAn...

    Alhamdulillah...ku panjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa pada hari ni..masih lagi sy dapat inspirasi untuk update blog...huhuhu...dah hampir 3 tahun sy berada dalam proses pembelajaran degree ni...hurm..ilmu dah banyak ke?..still tak cukup...selama mana kita hidup di dunia ni,selagi itulah kita perlu mencari ilmu,teringat saya pada kata2 ni(sy x pasti ia adalah pepatah arab atau tidak,yg pasti pernah hafal dulu)>>>طلب العلم ولو بالصين...>>>>tuntutlah ilmu hingga ke negeri china...betapa pentingnya ilmu,hinggakan ada ayat2 begini....

    Tersedar dari lamunan yang panjang...tinggal beberapa hari lagi,nak melangkah kaki ke tahun 2010...dan yang pastinya sem 6 jua telah berakhir...beberapa hari lepas,result exam dah keluar...kalimah "alhamdulillah"sentiasa sy titipkan pada Ilahi...bersyukur dengan apa yg telah saya perolehi...sekurang2nya sy melepasi apa yg telah sy target bagi semester ini..w/pun sy perlu lagi berusaha gigih untuk mendapat yang terbaik pada masa hadapan...perlu ada perbaharuan untuk mencipta satu kejayaan yang cemerlang..tol x?...

    saya ingin berkongsi beberapa kata hikmat yang telah sy jumpa,sekurang2nya ia memberi perangsang untuk diri ini ,melangkah ke arena perjuangan yg masih berbaki 2 semester lagi..apa yg penting diharapa sy dapat melangkah kaki ke sem 7 dengan baik....

    Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur. (Hamka)

    "Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas. Kadang - kadang seorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas". (Hamka)


    p/s:Berakhirnya episod di semester 6,dengan pelbagai ragam dan kerenah diri ini yg masih tak serik2 dengan sikap yang lama..bilalah nak buang sikap negatif tu...sedar2la wahai diri>>>>gunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan perjuangan........BANGUN!!!!








    Jumaat, 2009 Disember 18

    tEgUrAN...

    Aii..mengeluh sendirian...sudah lama sy tak membuka laman web iluvislam...byk perkara yang telah ketinggalan rupenye...di c ni,ada sdikit perkongsian dari iluvislam...sy juz copy je..





    Dengan nama Allah
    Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

    ...

    Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
    Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
    Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
    Aduhai pria.
    Adakah kau yang tercipta untukku?
    Jawab pertanyaanku ini.
    Jawab!

    Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
    Kerna jawapannya bukan di tanganmu
    Tetapi di tanganNya.
    Di tangan Tuhan kita; Allah
    Tuhanku dan Tuhanmu

    Gelisahku memikirkan dirimu
    Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
    Aduhai pria
    Maafkan aku.
    Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

    Jemput diriku pabila waktunya tiba
    Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
    Akan kucipta cinta bersama Dia
    Sebelum kucipta cinta antara kita

    Jadilah dirimu kumbang yang hebat
    Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

    "i've leave him for the sake of Allah"

    Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
    Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
    Yakinlah!
    Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

    Dan sesungguhnya hari kemudian
    itu lebih baik bagimu
    daripada yang sekarang (permulaan).
    Dan kelak Tuhanmu
    pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
    lalu (hati) kamu menjadi puas.
    [Ad dhuha: 4 & 5]

    Untuk itu
    Aku tinggalkan dirimu padaNya

    Sesungguhnya
    aku bertawakkal
    kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
    Tidak ada suatu binatang melata
    melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
    Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
    (Allah Maha Adil)
    [Hud: 56]




    usah bersedih atas perpisahan sementara ini
    jika benar dia tercipta untukmu
    tiada apa yang dapat menghalangnya
    sebelum saat itu tiba
    berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
    mohonlah padanya dengan penuh mengharap


    Yakinlah pada janji Allah!

    Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
    [An Nur: 26]

    Beruntunglah kamu !
    tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
    Allah memilihmu sayang
    Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

    maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
    sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
    dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
    [ As Syams: 8-10]

    Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
    "Tuhan kami ialah Allah"
    kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
    maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
    "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
    dan gembirakanlah mereka
    dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
    [Fussilat:30]

    Dan tika kamu merasa lemah
    Mohonlah kekuatan dariNya
    Allah itu dekat
    yakin pasti

    Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
    maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
    Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
    [Fussilat:36]



    Sayang,
    kamu intan terpilih
    jagalah kilauanmu sayang
    jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
    aku mendoakanmu
    sentiasa
    ~

    Karya asal : daffodil At-toriq


    p/s:diharap apa yg tercatat diatas memberi sinar harapan pada diri.............

    Khamis, 2009 Disember 17

    SaLaM HiJrIaH 1431H...




    salam hijrah semua...apakah yg dimaksudkan dengan hijrah?sentiasa kita baca,dengar dan lihat dengan perkataan hijrah..tapi apakah maksud disebalik perkataan hijrah itu sendiri,dan juga di sebalik peristiwa hijrah rasulullah dan umat islam dari mekah ke madinah?...pernah kita selami....
    hijrah...bermaksud pindah...dalam konteks yg lebih luas kita boleh simpulkan bhw hijrah satu perubahan...perubahan yg bagaimana?..tentunya perubahan yg lebih baik bukan....

    saya suka kaitkan dengan contoh belajar...tahun lepas,belajar antara rajin dengan tidak..iyelah kalau rajin,baca buku..kalau malas...erm buku entah kemana...betol tak?...diharap tahun ni,satu perubahan kearah "kerajinan" akan lebih baik....

    contoh kedua..baca Al-Quran...(memang terkena pada diri sy)...kadang2 baca,kadang2 tak...jarang2 sentuh atau renung....jarang2 x sentuh lansung ape lagi nak renung setiap kalimah dalam Al-Quran dek himpitan masa...(seringkali beralasan)....diharap tahun ni..mampu berubah kearah membina kehidupan "generasi Al-Quran)....

    hijrah tak semestinya kita berpindah dari sebuah kampung kepada sebuah kampung...tapi kita cuba relate kan dengan perubahan kearah yg positif...perubahan kearah kehidupan yg bermakna...skop berhijrah luas,jika kita sedari...cuma kadang2 kita sendiri buta ataupun memang sengaja tidak mahu memahami konsep hijrah itu sendiri<-----diri sy sendiri juga.yg begitu ego....siapakah kita nak berego2?..renung2kanlah... p/s:nak jadi guru berdedikasi...ahaks..praktikum last(3 bulan)..jangan malas2..tunjuk prestasi baik...terima apa jua kebaikan dan keburukan pada hari yang mendatang..positifkan minda,pertingkatkan usaha kearah kecemerlangan...chaiyokkk.......