Khamis, 7 Mei 2009

bukan nak mudah nak jadi baik

Setiap manusia telah dijadikan oleh Allah S.W.T,ada kelebihan dan ada kelemahan..Kita sebagai manusia haruslah mengakui bahawa setiap insan yang diciptakan oleh Allah mempunyai sifat-sifat yang demikian..Kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah memberi akal yang waras untuk menilai setiap tindakan yang kita telah lakukan.
Tidak dinafikan dalam sehari-hari kita hidup di dunia ini,mungkin kita pernah menyebabkan seseorang dikalangan sahabat kita mungkin,kedua ibu bapa kita ataupun orang yang berada disekeliling kita merasa sakit hati dengan sikap kita tidak kirlah daripada perbuatan mahupun lisan kita yang tidak pernah menghargai perasaan orang lain..
ketahuilah hanya kerana tersalah ayat ataupun kata-kata yang keluar dari mulut kita inilah yang menyebabkan perpecahan sesama umat islam terjadi..
Ucapan maaf,memang susah untuk dilafazkan bg kita sebagai insan yang biasa ini..ingatlah.hidup ini adalah sementara..jika kalimah maaf susah untuk kita ungkapkan sedarilah bahawa kita adalah seorang yang ego untuk mengakui kesalahan diri sendiri,
nak jadi baik ni,bukannya senang..mungkin diawal kita berubah sikap..orang-orang disekeliling kita akan merasa pelik dengan kita..tapi tiada apa yang pelik sebenarnya,mereka juga insan biasa,makhluk ALLAH yang maha Esa.Kita perlu banyakkan sabar,banyakkan istighfar dan sentiasa mintak bantuan daripada ALLAH jika kita dalam kebuntuan..
nak jadi baik dari segi teorinya amatlah mudah..tapi dari segi praktikalnya..tanyalah diri kita sendiri..mampukah kita?Cukup setakat ini shaja catatan pada hari ini..Insya Allah,jika ada kelapangan...akan sy keluarkan artikel baru..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan