Selasa, 12 Mei 2009

nak exam..

Nak exam..!!
:Ya Allah..malasnya nak study”aku bermonolog sendirian…Entah mengapa sifat malasku makin menjadi-jadi..x semangat pun nak study..iyerlah study week 2 minggu..terasa masa tu panjang lagi..Tambahan lagi baru lepas praktikal..terasa diri ni dah macam jadi pendidik yang sebenar..herm…tapi ilmunya..masih kurang.
Masa tu panjang ker?!jika dihitung,dibilang,ditolak situ sini…tinggal berapa detik lagi exam nak menjelma..masa tu barulah nak study.. especially masa study week ni,asrama tu umpama tempat persinggahan jer..yang selebihnya dok kat rumah…apa yang istimewa kat rumah pun x tahulah..mungkin ada family bersama kot!!ak sebenarnya selagi ada masa dan ketika ni nak lah bersama family sebabnya lepas ni entah dimana aku akan dicampakkan..ke sabah,ke Sarawak or negeri semenanjung,yang pasti nak posting Kelantan ni dalam mimpi jelah…

Sebut pasal exam.. macam tak tahu nak sentuh mana satu rasanya..ada 5 subjek yang perluku hadapi pada semester 5 ni..antaranya:
1)EDU-BUDAYA DAN PEMBELAJARAN(berkait ngan sejarah,ni eden lomah ni)
2)SUBJEK MAJOR 1-PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM(Insya Allah,bahan dah ada..tunggu nak study jerk)

3)SUBJEK MAJOR 2-PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN(sumber berkait dengan mikro dan makro…pening2)

4)SUBJEK ELEKTIF 1-TARANUM AL –QURAN(Amali dah lepas...teorinya belum maa..)
5)SUBJEK YANG PALING AKU MINAT…tapi sampai skang x pernah nak pandai..bahasa Arab..
Banyaklah nak kena hafal…
Sabaw jerlah..

Ya ALLAH..KAU BERIKANLAH KEKUATAN INGATAN,KEKUATAN IMAN SERTA KEYAKINAN DALAM DIRIKU..UNTUK AKU MENGHADAPI CABARAN YANG MENDATANG…
KAU BERKATILAH ILMU YANG AKU PEROLEHI INI..YA ALLAH..JANGAN SESEKALI AKU BERPUTUS ASA DALAM MENCARI ILMUMU…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan