Sabtu, 13 Jun 2009

CuTi Oh CuTi


Sempat jugak kami meng"kidnap"pengarah IPKB bergambar bersama kami..


Cuti semester ni lah yang di tunggu selama ni..hurmmm..setelah beberapa hari berkalut dengan exam.dah 2 minggu lebih bercuti rasa boring n rindu kat kengkawan maktab oppss..
sori..dah tukar dah..IPGM KAMPUS KOTA BHARU...
1 cuti tu tak terasa sangat sebab jadi penyibuk..hehhee(petugaslah) kat konvokesyen bagi2 kpli dan kspk,blehlah tgk abang-abang n akak-akak konvo..iyalah kalau nak tunggu konvo sdiri lambat lagi..ada sthun lagi..HUH!!jenuh jgk nak menunggu..dah ada peluang ni...gunakanlah sebaiknya..hehehe.
Menitis air mata bila tgk orang konvo..2 tandanya dah terasa bahang nak abis blajaw...ahaks..
memang pun tak dinafikan sedih sangat tengok orang konvo..bukan sedih sebab jeles ke aper..tapi..sebab membayangkan diri sendiri kat atas pentas tu...Lepas jer terima IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN...telah termaktublah NOR ADRINA ELANI.. menjawat jawatan yang sah sebagai GURU or lebih dikenali panggilan keramat USTAZAH(mula2 x biasa budak2 panggil,tapi lama2 ok lah).

Lepas tuh minggu kedua plak..sibuklah pi majlis walimah sahabat2..tapi sebelum pergi kat majlis walimah k.je kat rantau panjang pada 6 jun 2009,pagi tu pergi kat program yang dianjurkan oleh warga AMAL...tak meriah sangat pun sebab x der ramai yang pergi,mungkin promosi untuk program tu kurang kot..(teka jew).hurm..TAPI BEST JGK sebab dapat jumper ngan kengkawan sekelas dulu,walaupun tak semua yang pergi,tapi mampu membuatkan MML tu bergegar dengan keriuhan kami..best sangat2x,time ble lagi nak berjumpa kalau tak time cam nikan..,iyelah..lepas ni masing2 dah balik ke kampus,mengadap buku,kuliah dan xsiment plak....
erm..ape lagi ek.oo..lepas jew program tuh..sebenarnyer kitaorang cabut awal-kat kul 12 kitaorang dah balik..bukan aper,masing-masing ada hal,biasalah musim cuti sekolah ramailah yang "dijemput ke majlis perkahwinan..ermm..pergi makan gulai orang dululah..yang kita lambat lagi..hehehe..lepas tuh berangkat ke rumah along dulu sebab tak tahu jalan nak pergi rumah kak je...ops..terlupalak nak gi tau,ALONG tu senior yang duk rumah sewa skalilah masa kat maahad dulu,tapi mungkin dia matured skit kot...biasalah umur pon dah memang perlu ada HUSBAND..Hahaa..jangan marah long..hehehe.Sesampai jer kitaorang kat rumah kak long tuh..oh ya..terlupa lak,,me n my best friend laili turut serta dalam cerita nih..huhuhu..lepas tu,berbual sakan gaklah ngan k.long n contact kak dayah sebab dia pon nak pergi jugak..biasalah kawan lama..
dah dekat brape tahun ek..5 tahun kot,tak jumpa memang bestlah..tu tak der lagi,k.uda n arina..kalau ada diaorang mesti lagi best..tapi diaorang tak leh balik..sebab ada komitmen yang lebih penting...tak aperlah lain kali kita jumpa plak ek..
lepas tuh..apa lagi yer..dah tak der dah..dok umah,kemas rumah.masak cket2x..
n ngadap lap top jer..boring gak..tapi x perlah memandangkan dah nak bukak semester baru nih..rasanya perlu manfaatkan masa cuti dengan baik...
dalam beberapa hari ni,saya adalah terbukak youtube pasal Tuan guru kita,AYAH zik..(TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
melihat kehidupan beliau yang sederhana,ilmu-ilmu yang beliau ada dan melihat ceramah-ceramah yang sering diadakan pada setiap jumaat,menaikkan semangat saya untuk menjadi sepertinya..hebat berkomunikasi,lantang bersuara dan yang paling saya kagum setiappatah perkataan yang dikeluarkan amat berhikmah...MASYA ALLAH..hebatnya beliau..
Sering saya terfikir,ak bakal pendidik,tapi ilmu yang aku ada hanyalah sedikit..kemampuan untuk aku berhujah amat terbatas kerana kecetekkan ilmu yang aku,Kehebatan beliau dalam berpolitik amat disanjungi..Walaupun saya tak mampu untuk menjadi sehebatnya yang petah berbicara..sekurang2nya sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya dalam mendalami
lebih lagi ilmu Agama khusunya,dan ilmu-ilmu lain amnya..
diwaktu cuti ini juga saya mencari beberapa motivasi daripada DATUK fADHILAH KAMSAH,
bukannya apa sekadar meniupkan motivasi dalam diri..iyalah..kuliah pon dah nak stat..tambah2 lagi praktikum kedua pon dah nak mula..lagilah banyak ilmu yang perlu dilengkapi..terutama ilmu psikologi untuk menenangkan jiwa selepas mengajar budak-budak yang tak kurang hebatnya dengan kenakalan mereka,yang kadang2 tahap kesabaran kita ni diuji...bukan tu saja tips2 untuk mengelakkan rasa gementar pon ada tau..bukannya aper,sesekali kecut jugak perut ni, ketika ustaz or ustazah datang observe..ilmu penenang perlu sentiasa ada dalam diri..
Tup2x..cuti 3 minggu dah nak abis dah..bermulalah semester 6 nih..arap2 result pon ok lah..bukan tuh saja ,kna kuatkan semangat untuk teruskan belajar,makin banyak dugaan yang menanti di hadapan..jika tak kuat kecundang ditengah jalan..wanauzubillah hi min zalik..dijauhkan perkara yang tak sepatutnya..Teringat pesanan Dr.FADHILAH KAMSAH,untuk mencapai keberkatan ilmu..kita perlulah sentiasa membersihkan hati kita,nak membersihkan hati pula knalah buat beberapa perkara,antaranya:l
a) solat taubat
b)solat hajat
c)solat istikharah pun disebut..kerana setiap hari kita akan membuat keputusan didalam hidup kita,dengan kita sentiasa melakukan istikharah diharap ALLAH akan membantu kita membuat keputusan yang tepat. ,
d)yang terakhir,maafkan semua orang sebelum tidur-walaupun nampak payah..itulah salah satu cara untuk kita sucikan hati kita..nak dapat keberkatan hati perlu bersih dahulu..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan