Isnin, 27 Julai 2009

KeNaLi DiRi SeBaGaI PeNdiDiK.....

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah:

1. Mengenal diri.
Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain

Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.

Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.

Murabbi pula bermaksud mendidik. Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang. Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang. Pemakaian ini disentuh di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan mengasihi kita semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di dalamnya menasihat dan membimbing.

Muaddib bermaksud mengajar adab. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak, sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada mendidik anak-anak supaya beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.

Dai`e bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.

Raais bermaksud ketua atau pemimpin. Di dalam sekolah guru adalah ketua. Apa sahaja kata guru akan diikut oleh murid. Ketua yang berwibawa haruslah mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan tugasnya sebagai guru dan ketua. Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap dan penghayatan Islam.

Nasih dari segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat. Maksudnya di sini ialah kaunselor. Jadi guru haruslah menyediakan masa untuk mendengar masalah murid dan seteruskan memberi cadangan, bimbingan dan nasihat. Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia boleh juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.
Sekarang, cuba renungkan. Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah pengajarannya memberi kesan yang baik, bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.

2. Menguasai Ilmu
Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.

Ilmu Bidang ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita. Justeru guru agma mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik.
Demikianlah dengan pelajaran lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.

Ilmu Fardhu Ain bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.

Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

3. Mengenal murid. Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa. Adakah murid ini bermasalah sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain. Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa, sosioekonomi, dan tujuan murid itu dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa, atau untuk mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.

4. Mempunyai kepakaran pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah terdapat murid-murid dan benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan lain-lain. Guru perlu tahu bagaiman hendak mengurus segala kelengkapan bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan nampak ceria dan kondusif. Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah kedudukan murid di dalam kelas. Yang kecil, yang besar, yang degil, yang lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.

5. Menguasai kemahiran starategi pengajaran. Strategi pengajaran ada dua, iaitu Strategi Profesional dan Strategi Kasih Sayang. Strategi profesionl termasuklah merancang, memilih tajuk, menyusun fakta, menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan soalan dan sebagainya. Manakala strategi kasih sayang ialah pendekatan sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak. Menolong, menasihat, bermesra dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang dibenarkan.

video

Selasa, 21 Julai 2009

ObSeRvE pUnYa PaSaL....

Hiduplah sesuka hatimu, sungguhnya kamu pasti akan mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi sesungguhnya kamu pasti berpisah dengannya. Lakukanlah apa saja yag kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.... Kebahagiaan itu ibarat sebatang pohon yang rendang..tempat tumbuhnya jiwa dan perasaan kemanusiaan..manakala ketaqwaan kepada Allah pula merupakan air,udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya.."(Yusuf al Qardhawi)

Tanggal 20 julai ak telah diobserve kali pertama bagi fasa dua ni..yang paling best(x tahu nak cakap ganer sebebnarnya)...kna observe dua2 skali gus(major n minor)...nak wat cam maner..memang dah nasib guru praktikum..bla dah tiba masa kna observe..byaklah kerje.nak2x bla time kna observe secara mengejut..maunya tak ketar lutut..ingat2 nak baca jgk doa2x sebelum kna observe ni..tapi tak sempat weh,debar punyer pasal..kalut punya hal...nasib baik lah RPH n abm dah ada kalau tak ,bleh "kering"jgklah ambo nih..huhuhu..nak kongsi pengalaman masa kna observe kali pertama tu...niatnya memang nak guna LCD la bagi masa p.a ni..ari isnin kamis minggu lepas lagi dah test lap top..yerlah.kalau nak guna komputer kat makmal mungkin tak der font jawi..itu yang bawak laptop sdriri tuh...tapi kalu bab pasang-memasang ni nasib baiklah ada pembantu makmal n seorang cikgu yang baik hati tolong..kalau tak x tahulah jadi ganer ari tu..

aK Pada hari tuh sebenarnya,hanya bersedia fizikal mental nak mengajar bahasa arab jer,yang p.a ni bersedia tu bersedialah jugak tapi tak derlah totally 100%....erm...pas tuh,dah lap top ak tu lembab...ak x pasang batery lap top ak...ak sambung kat pluck terus..tup2..tiba2 laptop ak terpadam..sebabnye...ada slah seorang daripada yang membantu ak tertutup suis tuh...aduish..clap ak jgk..napelah x pasang batery..itulah kalut punya pasal...habis jadi blurr...
nak sambung lagi nih...pas tuh,ak dah agak dah lap top ku yang memang tersedia lambat nih pon,memainkan peranannya..melambatkan proses p&p ak..huhuhu...ak masa tuh dok asyik berbincang ngan ustaz yang nak observe ak tu..jadi kalut jap..budak2 lak dah sampai dah...huhuhu..so..nak tak nak ak kna mulakan p&p ak..nak tau,dalam rph kna dengar nasyid dalam lap top..tiba2..ak kna tukar plan lak..wat set induksi guna manual..nok tahu tak ak wat gapow?!hahaha..nyanyi lagu "sepohon kayu">>bukan ak lah nyanyi..tapi budak2 ak..nok suko pon ado..x pasal2 bdk2 tu lak jadi mangsa....erm..seterusnya proses p&p berjalan lancar..tapi x lancar jgk,sebab ak tidak ada persediaan lembaran kerja..sebenarnya ak kurang prepare bab2x xtiviti nih..sebab ak prepare lebih yang b.a punyer observe tengahari nanti...asyik2 tgk jam..asyik tgk jam... dalam hati aku nih dok oyat.."blolah nok abis maso?!"..huhuhu..sebab x sediakan..masa pon jadi terabur...nasib baik langkah pengajaran ak masih teratur..tapi masalah masa ak x dapat manage dengan baik..dari segi kawalan kelas ni..mula2 ok..pas tuh jadi k.o cket..sebabnyer ak x dapat nak melihat keadaan anak2 murid ak secara keseluruhan..sebab terlindung dengan komputer2 dihadapan mereka.budak2 nakal pon amik peluanglah...memang kena komen x boleh kawal kelas...erm..sebelum ni ak tak pernah pon bawak diorang datang makmal komputer..ni boleh dikatakan kali pertama ak bawak diaorang..dalam kelas ok jer...ble tukar suasana jadi k.o lak..ish,x pelah pengalamankan...,bla lagi ak nak dapat..cabaran seorang guru bukanlah hanya di dalam kelas semata2..

sekurang2nya,ak diajar untuk ikhlaskan hati ak untuk mengajar,bukan hanya kerana nak kna observe semata2...disamping ak memberi ilmu..ak juga mendapat ilmu..tapi nak ikhlas ni..meme cukup payah...dah cuba sedaya upaya..tapi ada jgk bisikan2 halus dalam hati nih...dah cuba untuk positifkan minda..tapi memang cukup2 susah...Insya Allah..akn ku cuba sedaya upaya...

Pengalaman kna observe kali yang pertama bagi fasa dua ni..banyak mengajar ak erti susahnya jadi guru..banyak cabaran yang perlu ak hadapi..dan banyak kelemahan yang perlu ak perbaiki...pengalaman mengajar erti kedewasaan dan pengalaman jugak mengajar erti cabaran sebenar seorang guru..


Yang menjadi masalah sekarang ni ialah,macam maner nak mengajar sejam nih...kadang2 terlebih,kadang2 x cukup...kalau stakat 2,3 minit tak polah,kalau terlebih pon..ini sampai 10 minit..apa kes..huh?!susah jgk rupenye jadi cikgu ni yer...x polah belajar dari pengalaman..terasa macam terabur cket,praktikum ni...dok pkir2 jgk..napelah jadi cam ni...knape ek?!tengah wat kajian sebenarnya ni...apa masalah yang berlaku...erm,mungkin byk kot dalam fikiran aku ni..tu yang jadi macam ni...

kalau setakat benda kecik pon aku tak leh nak handle..macam mane lah aku nak handle masalah besarkan..inilah dinamakan ujian dan dugaan,bg konteks pendidikan pulak dinamakan cabaran...








Ya ALLAH...
Ya TUHANKU...
Permudahkanlah segala urusanku
samada dunia dan akhirat...
tenangkanlah hatiku...
Tabahkanlah jiwaku..
Bantulah ak untuk hadapi segalanya...

Rabu, 8 Julai 2009

pengalaman mengajar erti kedewasaan...

video


video

Jika anda bersedih,mungkin ini dapat membantu:

Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:

jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku

tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya

Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok

dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.


ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;

Duraid berkata:Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian

rupa hingga nampak padaku warna hitam yang pekat

Pukulan seseorang yang membela saudaranya

namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal

Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya

engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku


imam syafie berkata:

Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahudan relakan jiwamu

jika qadha sudah ditetapkan

Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum

maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,

tidak juga bumi dan langit.


Abul atahiyyah berkata:

Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu

yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?

Berapa kali kita takut akan kematian,

namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?

Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita

adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,

namun ternyata itu malah semangat baru,

kekuatan dan keselamatan?

Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menyepit kita,

tali yang kita pegang putus,dan bentangkan

cakerawala yang ada di depan mata kita

tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,

bantuan,kebaikan dan khabar baik?"katakanlah:


"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"

(surah Al-An`am:64)


Ini adalah pendapat saya pula,jawapan ada ditangan anda.Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6(percaya pada qada & qadar)Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat?Adakah mereka tidak diuji?Apabila anda diuji,katakanlah...





cukuplah bagiku Allah Kita milik Allah &

akan kembali padanya..

ingatlah Allah,

maka hati-hati akan menjadi tenang...



Ku harap KAU berikanlah kepadaku

kekuatan untuk

meneruskan perjuanganku

yang masih bersisa ini,

KAU bantulah aku,

jangan KAU biarkan aku

bertatih sendirian dalam

mencari sebuah kekuatan..

video

DEMI SEBUAH CITA-CITA..TABAHLAH DUHAI HATI...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan,

mencalar ketabahan,

mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan,

namun tak kesampaian.


Allah…

Inginku hentikan langkah ini,

bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,

semangat tenggelam,

lemah daya,

haruskah aku mengalah,

namun jiwaku berbisik,

inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,

pada hikmah dugaan, [

uji keimanan (menguji keimanan),

tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan,

setiap diri insan.


Allah…

Pimpinlah diriku,

tuk bangkit semula, meneruskan langkah,

perjuangan ini,

cekalkan hati dan semangatku

, kurniakan ketabahan,

agar mimpi jadi nyata,

padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,

wahai Tuhan yang satu,

segalanya dariMu.


Lagu : Bazli

Lirik : Bazli & Atie