Ahad, 30 Ogos 2009

TaZkIrAh MeRdEkA....



BICARA AGAMA


MERDEKA jika dihayati dari sisi berbeza hanyalah catatan tinta yang menuntut pengertian mendalam. Detik 31 Ogos 1957 seharusnya dikenang oleh setiap rakyat Malaysia sebagai tanda bermulanya pembinaan negara dan bangsa yang cemerlang.


“Sebenarnya, kemerdekaan melalui proses yang panjang dan penuh ranjau. Kita sudah sekian lama diinterpretasikan bahawa kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah tetapi melalui perundingan yang dilakukan dengan mudah.


“Ini menyebabkan, kita memahami bahawa ia bukan sesuatu yang melibatkan pengorbanan jauh sekali menuntut pengiktirafan,” demikian menurut Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Dr. Muhammad Redzuan Othman.


Kesannya, generasi pasca merdeka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh para pejuang kemerdekaan. Malah, tidak mengetahui terdapat elemen penting yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Gerakan menyedarkan orang Melayu bermula pada 1906 dengan penerbitan akhbar al-Imam oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Abbas Mohd Taha. Ini adalah pendekatan berkesan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu pada waktu itu.


Institut madrasah turut memainkan peranan penting terutama kaum muda yang menerima pendedahan pendidikan dari Asia Barat.


“Bagaimanapun, proses menimbulkan kesedaran berjalan agak perlahan dan mengambil masa yang panjang. Tidak mungkin masyarakat Melayu akan merdeka sekiranya tidak ditanamkan dengan unsur kesedaran. Bagi generasi muda yang melihat perundingan bukan satu pengorbanan, mereka sukar menghayati semangat kemerdekaan.


Pada tafsiran mereka, hari kebangsaan adalah hari yang perlu diraikan dengan gembira dan berpesta.

“Sekiranya masyarakat memahami begitu banyak darah dan air mata yang ditumpahkan, sudah pasti penghayatan erti kemerdekaan jauh berbeza. Sebaliknya, jika perayaan kemerdekaan disogokkan dengan hiburan ia hanya diraikan dengan konsert dan pesta,” katanya.

Beliau menegaskan, bagi menghayati semangat para pejuang kemerdekaan, masyarakat perlu kembali memahami sejarah. Bangsa yang tidak dapat menghayati sejarah akan diancam kepupusan jati diri. Dalam konteks negara hari ini, pengajian sejarah di sekolah-sekolah perlu diperkasakan dan bukannya sebagai subjek yang membosankan. Generasi muda perlu difahamkan tentang kepentingan sejarah.

Penghayatan


“Saya faham kenapa mereka buat konsert dan sebagainya. Ini kerana selepas merdeka, kita dimanifestasikan dengan kehidupan aman dan damai. Namun begitu, suasana ini memberi implikasi yang tidak menggalakkan dalam menghayati erti kemerdekaan. Akibatnya, nilai pengorbanan dipinggirkan dan akhirnya hanyut dalam dunia mereka sendiri. Elemen hiburan perlu dan menjadi lebih bermakna jika digabungkan dengan penghayatan tentang erti sebenar kemerdekaan,” ujar Muhammad Redzuan.


Dalam konteks hari ini, peranan media penting dalam usaha meningkatkan kesedaran generasi muda. Media massa tidak sepatutnya terlalu berorientasikan keuntungan dan tertumpu kepada program hiburan yang keterlaluan ketika menyambut kemerdekaan. Bagi memastikan generasi pasca merdeka menghayati erti sebenar kemerdekaan, usaha berterusan oleh pihak media harus dilaksanakan dengan teratur.


Setelah negara berada dalam aman damai dan masyarakat hidup bersatu padu, masih ada segelintir pihak tertentu yang berani mengocakkan keadaan. Beliau menyentuh mengenai kontrak sosial yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang disifatkannya sebagai ‘tidak sepatutnya berlaku’ sesudah negara mengecap nikmat kemerdekaan. Malah kemerdekaan dicapai dengan adanya persefahaman yang dipersetujui dalam kontrak sosial seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu serta pemberian kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Ini dipercayai berpunca daripada sikap tidak menghayati sejarah dan proses mencapai kemerdekaan.

Persoalannya, sejauh mana mereka mampu memahami tentang keperluan tersebut. Dalam konteks inilah, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan perlu diberi perhatian terutama dalam kalangan golongan muda bandar yang semakin selesa berbahasa Inggeris walaupun dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Ternyata penekanan kepada bahasa Inggeris menyebabkan peminggiran terhadap bahasa kebangsaan.

“Saya bimbang, sekiranya tidak ada usaha untuk mengembalikan jati diri sebagai anak bangsa yang merdeka, dalam tempoh lima hingga 10 tahun tidak mustahil, 31 Ogos hanya menjadi hari cuti umum dan perayaan yang dipenuhi pesta hiburan,” luahnya terhadap senario yang melanda masyarakat Malaysia yang kini berada dalam zon mewah tetapi semakin diancam kealpaan sejarah.


Sumber dari:


Oleh ZUNAIDAH ZAINON



Apa gunanya merdeka,jika setiap daripada kita masih lagi mengamalkan budaya barat?

Apa gunanya laungan "merdeka" jika setiap kali sambutannya berlaku maksiat?

Apa gunanya membilang detik menuju merdeka jika setiap detik maruah remaja tergadai?


Mungkin dari segi lahiriah,kita tak dijajah..tiada lagi askar jepun dan tiada juga askar Inggeris..tapi dari segi mentalitinya?!...fikir2kanlah....

Sabtu, 29 Ogos 2009

StUdEnT kEmBaLi...



kemarin,dah stat p maktab smula doh...eish,rasa liatnye x yah nak cakaplah..eheks..assembly pon ak ponteng i(opps kantoi wei..)..sorry..bkn ape,kalau pegi awal2 pon wat mende jgk,pegi awal smata2 assembly..baik tak yah...kelas stat kul 10.45,baiklah pegi lewat2 cket..kalu pegi awal sangat pon nak masuk kat library x leh jgk...maktab sunyi sepi,cam ore berkabung jer,rasanya diorang tak datang lagi kot...datang awal2 pon arini cuti gak...ak lak gi library pastu,dok kat situ 2 jam,cari2 buku n pinjam(adess... kad matrik tinggal plop doh!)nasib baiklah pak cik library tu baik kali ni,bagi pinjam buku tak yah tunjuk kad,huh..kalu mai angin skema dio jwbnyo ak balik sajowlah,buku pun tak leh pinjam,letih pun buleh,pastu gapow lagi... keliklah..buat apa lama2 dok c 2...ngantuk adewlah..












Ramadhan kali ni,berbeza dengan ramadhan sebelum,masa kat mmppp dulu,ak dok umah sewa,sambut Ramadhan ngan kawan-kawan,kemudian masa kat ipkb lak ak dok asrama,sambut ramadhan ngan kawan2 gak..tapi kali ni,puasa kat umah...erm..dah x dok asramakan...kangan jugak sama asrama itu..(ayat puitis la plak,pagi2 ni)...


Ada lagi...aiseimen..kna wat xsiment lagi..huh?!ngapa?!pun tak lagi..abis cam maner ni..x bersedia fizikal mental nak pi maktab..tu lah cuti seminggu byk sgt main2x..ha...skarang baru kalut..padan muka..ak harap2 proses mentasmik tu,x derlah awal sangat ek..bagilah kitaorang masa prepare 1,2 surah dulu..ahaks..sempat ke wei...ah..sudoh doh lah..nak tawakkal pun mugo x sedio...jawabnya al-redho jelah...(salah tollah guna konsep redha ni...)..takottttt....


Ni nak bagi tazkirah pada diri sendiri...

1. Syahrul-Tarbiyah
Bulan ini kita dididik langsung oleh Allah
SWT. seperti makan pada waktunya
sehingga kesehatan kita terjaga. Kapan
waktu makan, kapan waktu bekerja, kapan
waktu istirahat dan kapan waktu ibadah.

ha..kan dah kna batang idung sdiri...bln ni bulan tarbiyah...appa da ponteng2 ni...Tak nak ponteng dah minggu depan...Insya Allah..




Ternyata bulan Ramadhan memiliki banyak
nama dan memiliki banyak hikmah yang
terkandung di dalamnya, di antaranya ialah :


1. Syahrul-Tarbiyah
Bulan ini kita dididik langsung oleh Allah
SWT. seperti makan pada waktunya
sehingga kesehatan kita terjaga. Kapan
waktu makan, kapan waktu bekerja, kapan
waktu istirahat dan kapan waktu ibadah.

2. Syahrul Jihad
Pada masa Rasulullah justru peperangan
banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan itu
semua dimenangkan kaum muslimin. Yang
paling penting kita rasakan sekarang adalah
kita berjihad melawan nafsu sendiri,
dengan demikian kita akan bersungguh-
sungguh menjalan aktifitas kita.

3. Syahrul Qur'an
Alquran petama sekali diturunkan di bulan
Ramadhan dan pada bulan ini sebaiknya kita
banyak membaca dan mengkaji kandungan
Alquran sehingga kita faham dan mengerti
perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

4. Syahrul Ukhuwah
Pada bulan ini kita merasakan sekali
ukhuwah di antara kaum muslimin terjalin
sangat erat dengan selalu berinteraksi di
masjid/mushola untuk melakkukan salat
berjama'ah

5. Syahrul Ibadah
Bulan Ramadhan disebut juga dengan Bulan
Ibadah karena pada bulan ini kita banyak
sekali melakukan ibadah-ibadah sunnah
disamping ibadah wajib seperti salat sunnat
dhuha, rawatib dan tarawih ataupun
qiyamullail serta tadarusan Alquran.

Itulah di antara hikmah dari bulan Ramadhan
sesuai dengan nama-namanya.






Manfaatkan bulan ramadhan ini sebaiknya,banyakkan membaca Al-Quran dan lakukan amalan2 soleh....


oitt..xsimen2x jgk...jgn lupa wat amal ibadah,bule2 pose ni....(peringatan untuk diri yang cbuk wat xsiment..blog sentiasa update..appa daa...)

Selasa, 25 Ogos 2009

Ya ALLAH,HaTiKu ReSaH dAn GeLiSaH....



Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masud.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masud:"Wahai ibnu Masud,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."


Lalu Abdullah ibnu Masud menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt.Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."












Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masud,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdoa

- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan:


"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X


sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara
kebaikan.

Solat taubat


- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran


- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari


- Semasa meminta maaf perlu sebutkan

Bisikan kepada diri perkara yang positif


- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya...(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda


- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati


"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

Berpuasa


- Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati


(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

Kekalkan wuduk
Bersedekah
Belanja orang makan.
Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
Berkawan dengan ulama
Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
Pesan pada orang, jadi baik
Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wallahu alam...


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbalalamin "



Isnin, 24 Ogos 2009

fAdHiLAt PuAsA rAmAdHaN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Jumaat, 21 Ogos 2009

AhLaN wAsAhLaN yA rAmAdHaN


Akhirnya ramadhan tahun 2009,menjelma juga..bersyukur sangat2 sebab masih dapat merasai suasana ramadhan..tahun depan belun tentukan?!...Alhamdulillah,semalam tarawikh pertama dah bermula…diharap ramadhan tahun 2009memberi seribu perubahan pada diri ini…terasa banyak perkara yang perluku ubah pada ramadhan kali ini…anjakan paradigma perlu disegerakan…

YA ALLAH,KAU KUATLAH IMANKU…

SEDARKAN AKU KETIKA AKU KEALPAAN,

SEDARKAN JUA DIRI INI JIKA DIRI INI TENGGELAM DALAM NIKMAT DUNIAMU..

YA RAHMAN,

DEKAT DIRIKU DENGANMU…

JANGAN BIARKAN AKU SENDIRIAN DALAM MENCARI KASIH SAYANGMU..

YA RABB,

JIKA RAMADHAN INI,

RAMADHAN TERAKHIR BUATKU,

BANTULAH AKU DALAM MENCARI REDHAMU DAN

KEBERKATAN RAMADHAN,

JAUHKANLAH AKU DARI MELAKUKAN MAKSIAT,

SAMADA KU SEDAR ATAUPUN...

DALAM KEADAAN TIDAK SEDAR..

YA FATAH,YA ALIM…

DI BULAN YANG MULIA INI,

KU POHON SINAR RAHMAT DARIMU…

AMIN YA RABBAL ALAMIN..

AKU INGINKAN MENIKMATI MALAM LAILATUL QADAR..







Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
Dikurnia bulan yang mulia
Beruntunglah bagi mereka
Yang mendapat keberkatan-Nya

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir ramadhan
Dikurniakan lailatul qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan


bErAkHiR SuDaH....

Setelah 8 minggu di SKM,macam-macam perkara yang dapatku belajar dan dapat kutimba ilmu serta pengalaman..(“,)..kenangan bersama murid2 di SKM terpahat disanubari..ahaks..

Ari kamis(20/08/09),berakhir sudah tempoh praktikumku selama 8minggu,dalam bahasa yang mudah 2 bulan…kejap je kan..sempatlah ari kamis tu kami(sahabat praktikum-me,nik,yani n dila)buat sedikit jamuan sempena perpisahan di sekolah tersebut..nak tahu kami wat make gapo?!makaroni bakar.makaroni che nah tu..jangan main2x…hehehe..diawal 6.30 pagi(lebih kuranglah)aku n nik bertolak ke rumah che nah..sebab dah janji nak amik kul 7..bimbang sebenarnya takut terlewat ke sekolah…tapi Alhamdulillah sempat jugak sampai sekolah jam 7.30 pagi..korang bayangkan cam maner keadaanku men’drift’ kereta…sabaw jelah...

Mula2 nak tempah makanan lain..kira puya kira..alahaii..bujet tak cukup maaa…hehehe..nampaknya oklah macaroni pon..dan kami juga ada menyediakan sedikit sumbangan pada sekolah berupa frame Al-Quran..sori gambar frame tu x amik..

Jamuan tu kami adakan jam lebih kurang kul 10.00 pagi..suh pk 1 wat announcement jemput semua guru2..sibuk jgklah ari kamis tu..nak amik gambar ngan budak sbe dari IPKT pun x sempat…masing2 nak uruskan hal yang terakhir,sebelum berangkat meninggalkan sekolah tersebut…Minggu tu asyik bergambor jerk..bermula dari tahun 1,2,4,5..kelas yang kami ngajar jelah…huhuhu..ape2 pun praktikum di SKM meninggalkan seribu kenangan buat diri ini…


NIK N YANIE...PRACMATE KU..


Pertemuan indah untuk dikenangkan…

perpisahan pahit untuk dimemorikan…

Ingatlah setiap pertemuan ada perpisahan…

Selasa, 18 Ogos 2009

TaHnIaH sAhAbAt-sAhAbAtKu....


Tahniah buat sahabat-sahabatku yang telah berkonvo pada hari isnin baru-baru ni di UKM..maaflah diri ini tidak dapat bersama kalian untuk berkongsi kegembiraan tu(kalu x dop praktikum,gi doh)..ehhek.T-T..

Ape-ape pun semoga kalian semua dapat menempuh hari yang mendatang dengan baik selepas ni...dah bergelar graduankan..bestnyer..jelesi maaa....Ucapan tahniah tak ku lupakan untukku ucapkan kepada alongku,Nor Laili Bt Abdul Rani yang telah berjaya mendapat segulung ijazah dalam pengajiannya..long nak tunggu giliran achik lambat lagi..uhhuk..sedihnya..nak convo jgk...

Tak lupa juga kuucapkan tahniah kepada sahabat-sahabatku yang berada di ukm,samada sahabat yang baru kukenali ataupun dah lama(ex-student MMPPP)...buat nik Zubaidah...Tahniah,begitu juga buat k.ct,k.dah dan lain2 lagi...Doakan kejayaan Na jugak ek..

Lambatnyew nak abis blajar...ada setahun lagi...banyak lagi dugaan dan cabaran yang perluku hadapi next year..apa yang penting ku harap hadapinya dengan baik...Aminn...



Sahabat
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...



Aku masih di sini meneruskan impianku...



Rindu saat ini-(along-li,angah-je,achik n adik su-dayah)










Ahad, 16 Ogos 2009

hAmPiR 8 mInGgU-PaRt 2

Ceewah..siap2 ada part2 lagi ek..huhuhu..sempat lagi ku update blog ni,walaupun tempoh praktikum masih bersisa..erm,ada lagi 4 hari...4 hari?!biar betol...cam tak caya jer cepatnyer masa berlalukan....dulu ingat(2 bulan lepas)...rasa cam lambat lagi nak abis..tup tup..tinggal 4 hari lagi..


Sepanjang tempoh praktikum ke-2 ni biasalah aktiviti agak banyak jgak..hari biasa ahad-rabu ada tasmik budak2 tahun 1-4,erm..pada minggu pertama n kedua tu,adalah jugak kitaorang(me n nik)join tasmik tu,bantu akak2 j-qaf,namun pada minggu-minggu seterusnya kesibukan mula menjengah..hurm..everyday RPH,png jgk nak pkir cara nak mengajar yang berkesan ni.ABM lagi..aiyookkk,tuhan jelah yang tahu..pntnya as a guru praktikum ni...nak lepas jadi guru yang benar2 guru ni pyhnya..terasa sungguh kepayahan tu...




gambar1-semangat sungguh cik dila mengajar budak2 kawad?!



sesi meng"kubang"kan barang2x..uhhuk...konon rajinlah...



ok lah ckit pada yang atas tu...bestlah ckit mata memandang..lps tu...paham2 jelah..

Kalau nak dihitung-hitung,cutiku ini hanya jumaat sehari je yang betul2 boleh rehat,dah 3 minggu berturut tiap2 hari sabtu ada je program yang berlangsung...bukan shj ari sabtu ku menjengah ke maktab ku tercinta,boleh dikatakan hampir tiap2 hari ku kesana bersama sahabat"pracmate"ku..NIK HAKIMAH...


First pegi maktab tu,ada taklimat tugasan..adoiiyaiii..ada xsiment jgk ke masa praktikal ni?!semestinya ada..2 lagi tuh..erm,kna buat kaji selidik murid2 tahap dua pasal pengetahuan mereka dalam bidang Aqidah..siap2 kna wat borang survey lagi...xsiment kedua lak...pasal tokoh-tokoh,ntahlah tak ingat plak tokoh mende...dah lama sangat tugasan tersimpan rapi dalam fail...mana der masa nak jenguk xsiment..x sempat...huhuhu..Tu tak dikira lagi surah-surah yangku perlu hafal untuk ditasmik lepas ni...haru2x..sempat ke?!tak tahulah..usaha sedaya mungkin...


Selepas sesi taklimat xsiment tu,boleh dikatakan hampir setiap hari ke maktab,jumpa lecturer,kursus kawen,ahakss..kursus kawen?!ni ape kes nak kawen dah ker...ish2x..jgn salah paham..x nak kawen lagi,juz amik jer..anjuran maktab,byrn pun tak mahal..alang2 murah amik jelah..boleh tambahkan ilmu pengetahuan(",)...seterusnya ada taklimat psl MQA plak..benda lak MQA ni...susah tul nak xplain coz ku sendiri pun tak tahu...hehehe,tapi apa yang pntg sangat dengan papa n mama MQA ni...kami pelajar pismp batch pertama akan akan disemak segala hasil kerja dari semester 1-semester 6..huh!!maner nak cari bahan2 sem 1 dan sem 2 ni...bygkan kami terpaksa meng"kubang"kan balik barang2 kami yang dah tersimpan rapi..rapi ke?!campur aduk sebenarnya fail2 dari sem 1-6...tak tahu yang maner 1.fail sem 1 dan 2...tercampur ngan fail foundation pun ada..tak kiralah ape yang penting bahan ada...huhuhu..tapi yang paling tak tahan tu,,cari bahan yang kita sendiri tak pernah buat,contohnya fail pbs..maner nak cari dah tak der n tak pernah buat pon..borang survey lak..masaku check2x tu ada yang masih kosong tapi siap bertanda tangan dah..erm...biasalah hari akhir kat sekolah ms PBS tu,cari jer cikgu maner2 suh tandatangan,isi perbincangan tu belakang kira,


Kisah MQA tak abis lagi..ari sabtu tu,kami bebudak kelas p.a mulalah operasi menyusun fail2 yang berkenaan..Ya Allah penat sangat2x..sorang2 bwk 2,3 kotak besar...hari tu kami balik dah hampir pukul 2 lebih,tapi ku n Nik je balik lambat skit...nak kena kemas JAPIM..hasil lambakan kami yang banyak...lepas tu,makan sup ngan ustazah norma n ustazah ismaliza.(sempat lagi)...

Dahlah minggu tu.minggu kritikal...lecturer nak mai observe..erm,nak wat cam maner,dua2 adalah tanggungjawabku as a student...sampaikan minggu tu ku tidur hampir jam 5 pagi...tapi penatku berbalas kerana lepas ni.ak boleh rehat dan bebananku dah kurang kerana ms observe ku dah tamat..tunggu next year plak...


Lepas jer,minggu yang memenatkan tu,budak2 exam..biasalah setiap guru praktikal ada jadual jadi pengawas peperiksaan...kami kna jg kelas tahap dua..masa bebudak ni exam..barulah dapat rehat ckit..sampaikan nak wat lesson plan minggu ni pon dah jadi kurang rajin..wawawa,hebat betullah penangan exam ni ek..cikgu2 boleh relax...ari sabtu tu plak,ada gotong-royong kat sekolah,disamping tu kami semua dijamu makan "pulut durian"...kenangan di mentuan..uhhu...





bebudak sdg menjawab exam lukisan..ahaks..rupanya png jgk ek..nak melukis..
nasiblah...gambar2 tersebut adalah hasil lukisan murid2 tahun 4..





Semangat betul nik ek..huhuhu...



semasa program kem bestari solat..x sempat nak cerita..byk sangat story nak tulis...
ape2 pon dah ader gambar kira oklah ek..ni murid tahun 3...




sapow plop budop 2 ore atas ni..yang ni x masuk story ek..huhuhu..sajew nok wat masuk
gambar sepupu hok byk mulut ni...dok baloh sokmo nga cik na dio nih..uhhuk..ade ke patut baloh ngan budop?!
setelah selesai exam,mestilah kena mark paperkan?!..haa...time masa nak mark paper nilah hatiku berdebar2..tak leh nak cakap..bimbang..mcm2 ada dalam pkiran ni...rusing kot2 selama ni apa yang kita ajar budak2 tak paham...so,markah diorang akan jadi rendah...agak2lah ginilah perasaan guru2 kita dulu yang mark paper exam yang tah aper2 ditulis..hehehe,sekarang baru terasa apa yang dirasa oleh guru.ALHAMDULILLAH,markah diorang meningkat daripada bulan lepas(subjek p.a jelah),,subjek lain tak tahulah plak macam maner..dulu hanya beberapa orang jer yang dapat A,dan sekarang dah hampir 20 orang dapat A...yang dapat 90 Keatas pun ada..syukur sangat2x....sekurang2nya dapatlahku menilai sejauh maner tahap pengajaranku selama ni,tapi ku yakin ak perlu lagi memperbaiki tahap pengajaranku,kerana tak semua yang mendapat markah yang membanggakan...kekecewaanku adalah terasa..tapi ak yakin mereka mampu lakukan yang terbaik lagi pada masa akan datang...itu nasihatku pada mereka semua...


Cukuplah rasanya Entri hampir 8 minggu ni..pengalaman mengajar erti kedewasaan....Pengalaman praktikum kali ke-2...udah2lah hal praktikumnyew..masa tuk xsiment n ngafal plop..uhhuk...sebut pasal ngafal ni,mai debar plop doss...