Jumaat, 14 Ogos 2009

BiLa kEmAtIaN mEnJelMa...

Terkejut,tak percaya dan kebingungan...iye ke?!itulah ungkapan yang pertama bila saya membaca berita di Internet mengenai kematian seorang ahli nasyid rabbani iaitu Ustaz Asri...masa tu saya kat bilik access,ehem..biasalah ari kamis memang free x der kelas...tapi msuk kat bilik access tu pun dah lewat dah...masa tuh saya tengah membelek2 blog saya dan tetiba pulak rasa macam nak baca berita ari ni....terkejut dengan berita kematian ustaz Asri tu...Kenapa tiba2x?!Siapa kita untuk mengatakan "Tidak"pada sebuah kematian...

Hati saya masih x percaya,saya pun mencari2 lagi berita mengenai Kematian Ustaz Asri ni...macam tak percaya,terasa baru jer saya mendengar coletahnya di IKIM... Namun saya perlu akur kepada sebuah ketetapan Ilahi...pemergiannya dalam industri nasyid amat terasa...sedarilah bahawa kematian itu bakal menjelma jua...tidak kira kita berusia berapa pun...hatta yang baru lahir pun boleh mati,inikan pula kita yang berumur bepuluh-puluh tahun..

Dikhabarkan,ustaz Asri terjatuh semasa membuat persembahan di RTM1,umur beliau baru mengjangkau 40 tahun,Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...Ucapan takziah ku ucapkan kepada keluarga beliau...disaat ini kau yang pergi,suatu hari nanti kita semua akan menyusul..


Banyak benar kisah perkahwinan yang telah didengar,namun banyak jua kisah kematian yang telah kita ketahui...berita kematian kadang-kadang kita buat endah tak endah jer.. kisah perkahwinan itulah yang cuba di"gempak"kan...

ingatlah...

Cukuplah mati itu sebagai peringatan.Kematian perkara yang biasa. Mati sama ada melalui faktor umur yang dikatakan layak untuk mati, atau diambil nyawa oleh Allah dalam keadaan kemalangan, kebakaran, pembunuhan dan sebagainya. Ianya tatapan biasa di dada akhbar setiap hari.Justeru lambakan berita kematian sebegini hakikatnya dibaca sebagai hanya sebagai sebuah berita. Jarang sekali hadirnya getaran dihati takutkan kematian menjelang dengan persiapan yang masih belum mencukupi...

Cukup banyakkah amalan kita untuk bertemu DenganNYA?!fikir2kanlah...sama2lah kita bermuhasabah,sebelum "mati"menjemput kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan