Jumaat, 14 Ogos 2009

LeMaHnYa ImAn InI....

Ya ALLAH,
betapa lemahnya iman ini...menitis air mata bila mengingatkan kembali betapa jahilnya diri ini...susahnya YA ALLAH menjaga hati yang satu ini...menjauhkan diri dari perkara yang tak kau redhai...Ya Rabb ampunilah dosa-dosaku...pimpinlah aku ke jalan yang kau redhai...Ya ALLAH,aku malu padaMU,jagakanlah hatiku ini hanya untukMU....

YA ALLAH,
Aku memohon kepada Mu,
rahmat yang memberi hidayah pada hatiku dan melengkapkan kesempurnaanku.
Dan menampung kekurangan dan membaiki apa yang tiada pada diriku dan menaikkan kedudukanku dengan persaksian dan menyucikan perbuatanku,dan memberikan padaku ilham dan mengembalikan padaku ketenangan dan melindungiku daripada kejahatan.

YA ALLAH,
anugerahkan padaku keimanan dan keyakinan yang tidak kufur selepasnya dan rahmat yang membolehkan aku mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.

YA ALLAH,
ku pohon pada Mu kemenangan dan kemuliaan para syuhada dan kehidupan yang mulia atas kemenangan musuh.

YA ALLAH,
penuhi hajatku walaupun lemahnya diriku dan amalanku, namun aku tetap mengharapkan rahmat Mu. Maka aku memohon pada Mu menunaikan segala perkara yang melegakan dada sebagaimana Engkau menyelamatkan, selamatkan kami dari api neraka dan daripada gangguan kekufuran dan fitnah kubur.

YA ALLAH,
jadikan kami ini sentiasa menyampaikan hidayah dan mendapat hidayah, bukannya sesat dan menyesatkan, pembawa keselamatan buat para wali Mu memerangi musuh Mu.

YA ALLAH,
kurniakan cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya dihadapanku, dan cahaya dibelakangku,dan cahaya disebelah kananku dan cahaya disebelah kiriku dan cahaya dari atasku dan cahaya dari sebelah bawahku .

YA ALLAH,
kurniakan buatku cahaya yang agung dan kurniakan buatku cahaya. Maha Suci Dia yang memiliki keagungan dan Maha Mulia dengannya, Maha Mulia Dia yang Tasbih itu khas Untuknya, Maha Suci Dia yang memiliki anugerah dan Nikmat, Maha suci Dia Yang Memiliki anugerah dan Nikmat, Maha Suci Dia yang memiliki kemuliaan dan Pemurah, Maha Suci Dia Yang memiliki Keagungan dan Ketinggian..
Thanks God...

Tika kau lemah,jadikanlah ALLAH tempat kau meluah rasa,
Tika kau goyah,kau perlu kuat kerana kau pembawa agama,







Tiada ulasan:

Catat Ulasan