Selasa, 25 Ogos 2009

Ya ALLAH,HaTiKu ReSaH dAn GeLiSaH....



Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masud.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masud:"Wahai ibnu Masud,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."


Lalu Abdullah ibnu Masud menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt.Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."












Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masud,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdoa

- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan:


"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X


sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara
kebaikan.

Solat taubat


- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran


- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari


- Semasa meminta maaf perlu sebutkan

Bisikan kepada diri perkara yang positif


- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya...(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda


- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati


"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

Berpuasa


- Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati


(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

Kekalkan wuduk
Bersedekah
Belanja orang makan.
Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
Berkawan dengan ulama
Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
Pesan pada orang, jadi baik
Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wallahu alam...


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbalalamin "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan