Jumaat, 25 September 2009

LaMaRaNmU kU tErImA.....


بسم الله الرحمن الرحيم...

Bumi tetap setia berputar pada paksinya,bulan pula silih berganti…hari berganti hari tanpa terhenti walaupun sehari..dan beberapa hari sebelum cuti ari rayer,aku telah menerima lamaran darimu…sudah tiba masanya…hatiku berbicara…

Entry kali ni berkisarkan lamaran dari seorang sahabat ke majlis walimatul urusnya di kok lanas,namun sejuta kemaafan ak pohon darimu,k.liz..sebab tak dapat hadir di majlismu itu…huk huk huk..sedih seh,rancang punyer rancang..lastly, kna cancel sebab ada urusan yang lebih penting lagi…kita hanya merancang Allah yang menentukan…

Terdapat 2 perkara penting yang perlu diri ini selesaikan pada tarikh 24 september 2009,setelah ditimbal balikkan…salah satu daripadanya perlu di korbankan,akhirnya dengan berat hati..diri ini menghantar message:

“Salam lebaran,salam kemaafan…na nok mitok maaf dan maaf dan maaf banyak2 sebab x dapat hadir majlis k.liz sok,coz na kna gi p.sdaro tuney”

Lebih kurang gitulah ayat yang ku hantar padanya,pada malam majlis akad nikahnya..iyalah janji nak pegi,tapi x dapat sebab p.sedara bertunang..sori dan sori sekali lagi…

“x pelah na,yang penting hadiah tu mesti v”balasan mssg darinya..aduh!!!..kamoo,memang tak lupa hadiah,kan?kan?kan?..insya Allah,jgn risau bukak mktb nanti,adalah tu…

Secebis pesanan buatmu sahabatku,yang bergelar zaujah:

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

Jadikanlah dirimu sebagai sayap kiri zaujmu…

Disini na doakan semoga k.liz dan husband berbahagia hingga ke akhirnya…semoga dapat melayar bahtera perkahwinan dengan sebaik mungkin…

Buat p.sedara ku,

Tahniah diatas pertunangan yang berlangsung…semoga bahtera yang bakal dibina di bawah rahmat ilahi..Lengkapkanlah ilmu yang secukupnya kearah membina keluarga yang bahagia,sebagai zauj yang soleh dan zaujah yang solehah….tahniah buat kalian berdua…

jauh bebenor jalan ke mache tuh..sari sutuk atah keto….nasib baik x sesat ambo..hurm,apa2 pon..semoga perhubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin…

Tazkirah buat insan yang bergelar an-nisa’,woman,zaujah,wanita,perempuan dan yang sewaktu dengannya,renung2kanlah…jika anda ingin jadikan diri anda sebaik wanita bertakwa(buat diri sendiri juga):

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan