Sabtu, 5 September 2009

PeRnAhKaH TeRfIkIr?!......



"Pernahkah kita terfikir, kita hidup untuk apa?
Sama juga seperti kalau kita bertanya, kita belajaruntuk apa? Kita berusaha belajar dari tadika,
sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga
menjejakkan kaki ke menara gading ini untuk apa?
Kalau ikut kitaran hidup biasa, setelah tamat
universiti kita akan bekerja, kemudian kahwin,
kemudian ada anak, cucu cicit, kemudian bersara,
bermain dengan cucu cicit, dan menunaikan haji di
Mekah.

Kalau tidak bernasib baik, kita akan tinggal di
rumah orang - orang tua, menghabiskan sisa hidup
kita dan pengakhirannya sama iaitu mati. Ini
kitaran hidup yang biasa kita lalui, yang biasa
dilihat oleh mata kita.

Namun kadang kala ajal dan maut itu menjemput
kita dengan lebih awal. Mungkin tika kita belum
sempat menghabiskan pengajian di universiti,
belum sempat nak kahwin, belum sempat nak
bersara, belum sempat nak menunaikan haji.
Pernahkah kita terfikir tentang ini?

Zaman universiti, dulu semasa sekolah rendah dan
sekolah menengah, ada juga terdengar ada cikgu
cikgu yang berkata, budak budak sekolah rendah
dan sekolah menengah tidak boleh bercinta,
dengan kata lain bercouple. Nanti dah masuk u
baru boleh bercouple. Mungkin kerana itu, kita
melihat di IPT sekarang ni berlambak mahasiswa
mahasiswi yang asyik masyuk bercouple coupling.
sini kelihatan couple couple yang membuat
durjana, berpegang tangan, bercubit cubitan.....

Ya ALLAH, setiap hari mata ini dihidangkan
dengan adegan adegan yang cukup mengaibkan.
Ana yang melihat pun terasa malu, lantas apakah
mereka yang melakukan dan melakonkan adegan
itu tidak terasa malu. Memang benar dan tepatlah,
andai kata malu telah dicabut dari dalam hati dan diri kita
maksiat dan dosa kita anggap perkara biasa
astaghfirullah.......................
Siapa yang tidak ingin disayangi dan dicintai. Itu
naluri manusia, itu fitrah kita. Namun sekiranya
sudah melampau dan melanggar batas batas
agama dan syariat, sehingga kita melebihkan
kasih manusia berbanding kasih ALLAH.

KEMBALI DIRI KITA, DENGAN KATA LAIN,
MUHASABAH DIRI
Mari kita periksa balik apa yang kita buat dalam
24 jam sehari yang ALLAH bagikan kepada kita.
Subuh - adakah kita bangun sebelum azan
berkumandang, dan membersihkan diri kita dan
bersiap sedia untuk menghadap Ilahi. Adakah kaki
kita, kita biasakan dengan meredah angin dingin di
kala subuh melangkahkan kaki ke masjid
mahupun surau???

Selepas solat subuh - adakah kita selalu
basahkan lidah kita dsengan zikir, bacaan al
mathurat, doa doa, bacaan al-quran, atau kita
hanya menarik balik selimut itu dan menyambung
lena setelah solat subuh dengan kadar yang
pantas sebelum sempat kereta ferrari yang
bertanding dalam F1 itu menghabiskan satu
pusingan pun???

Sekejap, dah berapa lama kita tak baca Quran?
Bila kali terakhir kita membacanya? Atau kita
hanya membacanya sekali seminggu, malam
jumaat, malam jumaat kena baca yassin? Itu
sahaja ke?

Pagi - pernahkah kita solat dhuha atau kita tak
pernah? Sarapan dicafe lebih penting, makanan
jasmani kita berikan, tapi makanan rohani?

Tengahari - solat zohor, dan kemudiannya solat
asar. Bagaimana dengan kedua dua solat ini.
cepat...cepat.....selepas zohor kena berkejar
untuk kuliah, selepas asar kena berkejar ke
, nak main bola..

Maghrib... Isyak.....Apa pula yang kita buat antara
maghrib dan isyak? Malam pula? Sepertiga
malam, kita sibuk menyiapkan assigment kita,
due date dah semakin mengejar. Tak pun, kalau
free kita kumpul ramai ramai, lepak - lepak, cerita -
cerita, makan -makan. Bila kali terakhir kita
bertahajud dan bermunajat kepada ALLAH?
Semasa final semester lepas ke?

apakah isi percakapan kita seharian. Pergaulan
kita antara muslimin dan muslimat, pergaulan
antara muslim dan non muslim, banyak lagi....
Hubungan dengan kedua ayah dan ibu kita, adik
adik kita, saudara mara kita, guru - guru, lecturer,
banyak lagi......

Malu...malu...malu......

Lebih banyak ana ingat dan fikirkan, rasa malu
kepada ALLAH kian bertambah.
Inikah buktinya kita kasih kepada ALLAH,
inikah caranya menunjukkan kita adalah hambaNYA.

Tak terasa malukah kita,
kita cuma teringat kepada ALLAH ketika kita dilanda musibah.
Kita tidak berpuashati, kita kecewa,
kita mengadu hanya ketika kita bermasalah
Pernahkah kita melaksanakan tanggungjawab
sebagai khalifah ALLAH.


Perjuangan.... apakah yang kita perjuangkan?
Adakah untuk diri kita sendirisahaja?
Kepuasan diri sahaja? Kepentingan diri
Ya ALLAH, ampunilah dosa - dosa kami yang
begitu banyak ini....
Janganlah biarkan kami terus leka,
lalai dan alpa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan