Selasa, 20 Oktober 2009

SeTiAp KaLi AkU lUpA...





SETIAP KALI…..

Setiap kali mendapat nikmat,
Jarang kusedari itu pemberianmu,
Terkadang rasa itu kerana segala usaha,
Dan penat lelahku sahaja…
Setiap kali ditimpa musibah,
Ku mengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa padaMU ALLAH,
Tempat kembali segala masalah,
Oh,Tuhan yang maha penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah,
Yang membelenggu jiwa dan fikiran,
Ditambah dengan hasutan syaitan,
Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinarmu berikanku pedoman,
Hanya padaMU segala ketetapan,
Seandainya diri ini,
Mampu meraih CINTA dan KEREDHAANMU,
Seandainya akulah insan yang terpilih…
Pimpini hidupku…..








Setiap dugaan yang menimpa keatas diri seseorang tu..mesti ada hikmahnyakan...mungkin ALLAH menguji setiap manusia dimuka bumi ini dengan ujian yang berbeza-beza...dan ALLAH tahu setiap orang yang diuji tu,mestilah mampu mengatasi ujian yang diberikan dengan baik dan dengan kebijaksanaan..bukan itu sahaja,ALLAH juga ingin manusia tersebut meminta pertolongan dari-NYA...Kini ujian bertandang kembali..mungkin ALLAH nak menguji sejauh mana tahap kesungguhan dan keikhlasan seseorang tu dalam mengerjakan ibadah kepadaNYA...JIKA INILAH UJIANNYA,AK TERIMA DENGAN REDHA DAN IKHLAS...Aku harap aku dapat atasinya dengan baik...dan dengan bantuanMU YA RABB...sabarlah sahabat2ku semua..PISMP PA,PASTI BOLEH...AR-RUHOOL JADID..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hafazan...







AL-QURAN ITU CAHAYA....



Ujian hafazan...kini tiba..berdebar2 tak usah nak dikatalah..BANGUN DI AWAL PAGI...sekadar mengulang apa yang telah dihafal...terpaksa meng"skip" 3 surah...sebab tak mampu nak hafal dalam keadaan terburu-buru....

masa cabutan undi dibuat,no 9 adalah nomborku...okeylah tu,masih ada masa lagi untuk membaca dan mengingat apa yang telah dihafal...

belum pon sempat giliranku tiba...ustaz yang DARI IPIS pon tiba...ingatkan dah terlepas dari dia...Masuk ke dalam dewan dengan lafaz basmalah...duduk dan tiba2 ak senyum..aii..tak tahu kenapa ak boleh senyum plak dah...

Diletakkan depan ak 5 sampul dari amali pertama,sekali dengan lafaz bismillah..ak pun amik dan bukak sampul tu...soklannya ialah...

"soalan 1 set 4"..ish..surah ape plak ni...ak pun tya lah ustaz..ak rasa macam surah yang aku hafal antara ingat tak ingat(x lancar sangat)...dapat peluang 3 x cabut sampul..tapi,ak rasa cukuplah ak sekali cabut je sampul tu..ternyata bacaanku tersekat2..tapi,alhamdulillah,dapat dihabiskan surah-surah tersebut dengan baik walaupun mengambil masa yang agak lama mengingati ayat demi ayat(pengajaran buat diri yang amik masa last minute untuk menghafal)...

soalan amali ke2 plak..

"soalan 2 set 2"...alhamdulillah,surah ni dapat dibaca dengan baik...dan soalan wajib...juga dapat diingat dengan baik...



لا تحرك به لسانك لتعجل به 16



16. janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).




p/s:Diharap ak akan terus istiqamah mengulang apa yang telah dihafal...jangan kerana exam semata2...teringat semasa tengah menghafal surah al-qiyamah...adalah satu ayat tu betul2 terkena batang hidungku...mungkin inilah teguran buat diriku..ak betul2 teruja bila teringat kepada sahabat2 ku yang menghafaz Al-Quran 30 JUZUK..para hafiz dan hafizah..begitu terang hati mereka kerana cahaya al-qURan...mereka berpeluang menghafaz 30 juzuk...namun ak hafal beberapa surah dah mula terlentok lesu..alasan demi alasan diberikan..malas lagilah nak ngafal.alah rileks lah dulu,masa banyak lagi..ish,ngapa awal2 pon tok ingat jugak...akhirnya,last minit baru nak start...dan jadinya....blalah nur al-Quran nak meresap masuk dalam jiwa.jika sering beralasan...


















Ahad, 11 Oktober 2009

BeRikAn dIrI iNi SeDiKiT wAkTu


Alangkah indahnya,jika setiap waktu boleh diundur..namun ia sekadar impian dan imaginasi yang tak mungkin berlaku…

Begitu cepat masa berlalu…tak sempat rasanya diri ini melakukan berbagai kerja dalam satu masa..ini lah dikatakan dugaan…masa inilah kita diuji dengan kebijaksanaan untuk mengatasi segala masalah…setelah selesai majlis hari raya bagi pismp gen 1,lega rasanya…namun tanpa bantuan AMT dan ajk yang lain..rasanya tak mampu untuk menjayakan majlis hari raya yang begitu meriah sekali..tak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang hadir pada malam tersebut,dan juga peserta-peserta yang membuat persembahan pada malam tu..antaranya PISMP B.M,PISMP P.A DAN PISMP SAINS yang menganjurkan acara main teka-teki…meriah..meriah..tanpa anda semua,majlis tersebut takkan semeriah ini…

Satu-satu majlis hari raya telah disambut…makan dan makan dan terus makan…”selamat hari raya diucapkan kepada adik-adik junior p.a”..majlis yang disambut pada hari khamis bertarikh 30 september 2009 bersama adik-adk junior dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami antara senior dan junior serta antara JAPIM dan pelajar-pelajarnya….

Erm…detik demi detik berlalu …AKHIRNYA “jaulah ilmiah”bertandang jua…setelah sekian lama AJK lawatan serta KK dan PKK PISMP P.A bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja,akhirnya kami pelajar PISMP PA telah diberi peluang untuk melawat ke beberapa tempat,antaranya ILIM,Bahagian pendidikan Islam(BPI,putrajaya),UIA dan JAKIM…Walaupun terlalu banyak musyaqah yang berlaku namun ia dapat diatasi dengan baik…tahniah KK dan PKK semester 6…sudah lama rasanya tertangguh “jaulah”ini…diharap ia memberi satu kesan yang positif serta ilmu yang berguna kepada diri kita semua…JANGAN LUPA UJIAN HAFAZAN NEXT WEEK…

Namun masa terus berlalu dan berlalu meninggalkan kita…dan kini hampirlah masa untuk ujian tasmik pula..hurm…tersekat segala kerja,termenung seketika…bersediakah aku untuk ujian amali ini?Allahu Akbar….SENTIASA LEKA DENGAN DUNIAWI…hinggakan lupa amanat yang telah diberikan….

Tarikh 14 dan 15 oktober….diri ini bakal diuji dengan ujian tasmik…diharap ianya dapat berjalan dengan lancar…Ya Allah,hanya padamu ku berserah…

P/s:lakukan sedaya mampu...UMPAMA NYAWA DI HUJUNG TANDUK…BE THE BEST…

انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون.