Ahad, 11 Oktober 2009

BeRikAn dIrI iNi SeDiKiT wAkTu


Alangkah indahnya,jika setiap waktu boleh diundur..namun ia sekadar impian dan imaginasi yang tak mungkin berlaku…

Begitu cepat masa berlalu…tak sempat rasanya diri ini melakukan berbagai kerja dalam satu masa..ini lah dikatakan dugaan…masa inilah kita diuji dengan kebijaksanaan untuk mengatasi segala masalah…setelah selesai majlis hari raya bagi pismp gen 1,lega rasanya…namun tanpa bantuan AMT dan ajk yang lain..rasanya tak mampu untuk menjayakan majlis hari raya yang begitu meriah sekali..tak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang hadir pada malam tersebut,dan juga peserta-peserta yang membuat persembahan pada malam tu..antaranya PISMP B.M,PISMP P.A DAN PISMP SAINS yang menganjurkan acara main teka-teki…meriah..meriah..tanpa anda semua,majlis tersebut takkan semeriah ini…

Satu-satu majlis hari raya telah disambut…makan dan makan dan terus makan…”selamat hari raya diucapkan kepada adik-adik junior p.a”..majlis yang disambut pada hari khamis bertarikh 30 september 2009 bersama adik-adk junior dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami antara senior dan junior serta antara JAPIM dan pelajar-pelajarnya….

Erm…detik demi detik berlalu …AKHIRNYA “jaulah ilmiah”bertandang jua…setelah sekian lama AJK lawatan serta KK dan PKK PISMP P.A bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja,akhirnya kami pelajar PISMP PA telah diberi peluang untuk melawat ke beberapa tempat,antaranya ILIM,Bahagian pendidikan Islam(BPI,putrajaya),UIA dan JAKIM…Walaupun terlalu banyak musyaqah yang berlaku namun ia dapat diatasi dengan baik…tahniah KK dan PKK semester 6…sudah lama rasanya tertangguh “jaulah”ini…diharap ia memberi satu kesan yang positif serta ilmu yang berguna kepada diri kita semua…JANGAN LUPA UJIAN HAFAZAN NEXT WEEK…

Namun masa terus berlalu dan berlalu meninggalkan kita…dan kini hampirlah masa untuk ujian tasmik pula..hurm…tersekat segala kerja,termenung seketika…bersediakah aku untuk ujian amali ini?Allahu Akbar….SENTIASA LEKA DENGAN DUNIAWI…hinggakan lupa amanat yang telah diberikan….

Tarikh 14 dan 15 oktober….diri ini bakal diuji dengan ujian tasmik…diharap ianya dapat berjalan dengan lancar…Ya Allah,hanya padamu ku berserah…

P/s:lakukan sedaya mampu...UMPAMA NYAWA DI HUJUNG TANDUK…BE THE BEST…

انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan