Sabtu, 26 Disember 2009

GeMbIrA vS kEiNsAfAn


Seringkali kita gembira,bukan?..gembira membuatkan bibir kita akan mengukir senyuman yg seikhlas mungkin....gembira membuatkan diri kita sentiasa berada dalam bahagia dan gembira juga membuatkan hati kita akan tenang umpama tiada masalah yang berlaku....

Arini 26 disember 2009...ingatkah kita pada tarikh 26 disember 2004....dimana seluruh negara termasuk negara kita dilanda tsunami yg dahsyat(cerita sy tiada kaitan ngan tsunami,juz nak bagi ingatan je)






arini....sahabat saya merangkap kawan baik saya,yg saya gelarkan dirinya "dik su"...kerana antara kami berempat dialah yg paling bongsu(tarikh lahir lambat)....pulang bercuti ke kelantan..hampir 2 tahun tak ketemu....Alhamdulillah kali ni..Allah gerakkan hatinya untuk pulang ke negeri barakah walaupun hya untuk beberapa hari...

Dah terniat di hati nak bawa dia pegi jalan2...tapi kemana?..terpikir nak pegi PCB...eheks,dekat dengan kb...pada mulanya ianya adalah rancangan di hati sy sahaja sebab sy tak bagitau sesiapun...lepas je,kitaorang>>>me,leli(kak long),n dayah(adik su)...masih x cukup sorang angah(dah kembali ke kampus,meneruskan p'juangan yg belum selesai)>>>>beli2 barang dik su...terus kitaorang pi solat zohor kat masjid muhammadi....sebab lepas ni nak makan..hajat dihati kitaorang nak pi makan kat tambatan diraja....after solat,pegilah kami ke kawasan tu lah...tengok2...ha.............eh,mane gerainya...x der pon..ape lagi,rancangan saya nak ke PCB diteruskan...tapi kali ni adik su yg drive..sy x larat,nak jadi "mem besar"kejap...kekeke...

makan2(part paling best coz dik su belanja),bergambar(posing sakan beb!),ronda2 pantai(burn muka weiii).....hampir 3 jam kami kat pantai tu..macam2 gelagat anak2 muda dapat dilihat....makin hampir dengan petang,makin ramai pulak anak2 remaja kita di pantai ye...siap2 berpasangan lagi...sesekali saya berfikir,kenapalah ramai sangat anak2 muda sekarang mudah terjerumus kearah keseronokkan sementara?"...bagaimanalah generasi akan datang ye,dengan melihat perilaku dan tabiat anak2 muda sekarang, saya semakin bimbang dengan kehidupan anak2 remaja pada 10 or 20 tahun akan datang...<<<.Ya ALLAH,Jauhilah ak daripada kemaksiatan dan kemurkaanmu>>>


dah lama sangat kat PCB(MAKIN SAKIT MATA SY MELIHAT AKSI2 ANAK MUDA)....kami berangkat pulang...dah solat asar rupenye...berenti kat masjid(nama msjid tak ingat)..yg sy tahu lokasi masjid tu,berhampiran dengan sk.abdul hadi...

usai solat zohor,sy dan sahabat2 berangkat ke tumpat,untuk menziarahi sahabat sy yg sdg sakit....timbul keinsafan dihati ini....jika sy diuji sepertinya,mampukah sy untuk hadapi setabahnya?...jika sy diberi dugaan sepertinya,mampukah sy mempunyai semangat yang kental sepertinya untuk hadapi sakitnya?...jika sy diberi cabaran sepertinya,mampukah sy menghadapi sebaiknya?....Hanya orang yang mampu sahaja akan diuji oleh Allah....menitis air mata ini,melihat setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi olehnya....berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....sabarlah duhai sahabat...Insya Allah,akan dibalas kemanisan hikmah dipenghujungnya....sahabatku...walaupun ak tahu kau sedaya upaya menunjukkan kemesraan dan kegembiraan dihadapan kami,namun ak tahu dirimu disebalik senyuman dan kegembiraanmu...aku kagum dengan ketabahan yang kau miliki,sahabat....jika aku ditempatmu....ak rasa aku tak mampu untuk jadi sekentalmu...sahabat,diri ini ingin sekali berkongsi kesedihan bersamamu...usah kau bimbang,kami sahabat2mu yang lain akan sentiasa mendoakan kesihatanmu...kami ingin lihat senyuman dibibirmu.....kami ingin lihat kegembiraan diwajahmu....


p/s:setiap yang gembira mesti diselit dengan keinsafan,agar hati kita tak mati kerana terlalu gembira....usahlah berduka,sapulah air matamu....senyumlah dengan sebuah harapan yang baru..teruskan semangatmu untuk hadapi dugaan....Apabila kita diuji,itu tandanya Allah sayangkan kita....salam senyuman buat sahabat2....




Isnin, 21 Disember 2009

kUTiNGGaLkAn SeM 6 dEngAn KeLeGaAn...

Alhamdulillah...ku panjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa pada hari ni..masih lagi sy dapat inspirasi untuk update blog...huhuhu...dah hampir 3 tahun sy berada dalam proses pembelajaran degree ni...hurm..ilmu dah banyak ke?..still tak cukup...selama mana kita hidup di dunia ni,selagi itulah kita perlu mencari ilmu,teringat saya pada kata2 ni(sy x pasti ia adalah pepatah arab atau tidak,yg pasti pernah hafal dulu)>>>طلب العلم ولو بالصين...>>>>tuntutlah ilmu hingga ke negeri china...betapa pentingnya ilmu,hinggakan ada ayat2 begini....

Tersedar dari lamunan yang panjang...tinggal beberapa hari lagi,nak melangkah kaki ke tahun 2010...dan yang pastinya sem 6 jua telah berakhir...beberapa hari lepas,result exam dah keluar...kalimah "alhamdulillah"sentiasa sy titipkan pada Ilahi...bersyukur dengan apa yg telah saya perolehi...sekurang2nya sy melepasi apa yg telah sy target bagi semester ini..w/pun sy perlu lagi berusaha gigih untuk mendapat yang terbaik pada masa hadapan...perlu ada perbaharuan untuk mencipta satu kejayaan yang cemerlang..tol x?...

saya ingin berkongsi beberapa kata hikmat yang telah sy jumpa,sekurang2nya ia memberi perangsang untuk diri ini ,melangkah ke arena perjuangan yg masih berbaki 2 semester lagi..apa yg penting diharapa sy dapat melangkah kaki ke sem 7 dengan baik....

Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur. (Hamka)

"Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas. Kadang - kadang seorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas". (Hamka)


p/s:Berakhirnya episod di semester 6,dengan pelbagai ragam dan kerenah diri ini yg masih tak serik2 dengan sikap yang lama..bilalah nak buang sikap negatif tu...sedar2la wahai diri>>>>gunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan perjuangan........BANGUN!!!!








Jumaat, 18 Disember 2009

tEgUrAN...

Aii..mengeluh sendirian...sudah lama sy tak membuka laman web iluvislam...byk perkara yang telah ketinggalan rupenye...di c ni,ada sdikit perkongsian dari iluvislam...sy juz copy je..





Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Karya asal : daffodil At-toriq


p/s:diharap apa yg tercatat diatas memberi sinar harapan pada diri.............

Khamis, 17 Disember 2009

SaLaM HiJrIaH 1431H...




salam hijrah semua...apakah yg dimaksudkan dengan hijrah?sentiasa kita baca,dengar dan lihat dengan perkataan hijrah..tapi apakah maksud disebalik perkataan hijrah itu sendiri,dan juga di sebalik peristiwa hijrah rasulullah dan umat islam dari mekah ke madinah?...pernah kita selami....
hijrah...bermaksud pindah...dalam konteks yg lebih luas kita boleh simpulkan bhw hijrah satu perubahan...perubahan yg bagaimana?..tentunya perubahan yg lebih baik bukan....

saya suka kaitkan dengan contoh belajar...tahun lepas,belajar antara rajin dengan tidak..iyelah kalau rajin,baca buku..kalau malas...erm buku entah kemana...betol tak?...diharap tahun ni,satu perubahan kearah "kerajinan" akan lebih baik....

contoh kedua..baca Al-Quran...(memang terkena pada diri sy)...kadang2 baca,kadang2 tak...jarang2 sentuh atau renung....jarang2 x sentuh lansung ape lagi nak renung setiap kalimah dalam Al-Quran dek himpitan masa...(seringkali beralasan)....diharap tahun ni..mampu berubah kearah membina kehidupan "generasi Al-Quran)....

hijrah tak semestinya kita berpindah dari sebuah kampung kepada sebuah kampung...tapi kita cuba relate kan dengan perubahan kearah yg positif...perubahan kearah kehidupan yg bermakna...skop berhijrah luas,jika kita sedari...cuma kadang2 kita sendiri buta ataupun memang sengaja tidak mahu memahami konsep hijrah itu sendiri<-----diri sy sendiri juga.yg begitu ego....siapakah kita nak berego2?..renung2kanlah... p/s:nak jadi guru berdedikasi...ahaks..praktikum last(3 bulan)..jangan malas2..tunjuk prestasi baik...terima apa jua kebaikan dan keburukan pada hari yang mendatang..positifkan minda,pertingkatkan usaha kearah kecemerlangan...chaiyokkk.......

Selasa, 15 Disember 2009

cOngRaTuLaTiON tO nEw uMMi





Post entry kali ni,nak ucapkan tahniah buat sahabat sy,yg selamat melahirkan baby boy yg cute lagi comei...tahniah to azmina dan husband kerana telah mendapat cahaya mata yg pertama,diberi nama Nik Ahmad mukhlis kashfullah bin nik kifayatullah...hurm,panjang namenye dan mempunyai makna yg mendalam..Insya Allah,akan menjadi bakal mujahid yg terbilang satu hari nanti...







Antara wajah2 yg pegi menziarahi "baby boy"....

ije,matun,leli,me
&
tak lupa juga pengantin baru

(anis+pasangan)>>>huhuhu..



Rabu, 9 Disember 2009

cErIta HaTi






Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta



lirik&penyanyi:hafiz hamidun

Ahad, 6 Disember 2009

3 KaLi tErKeJuT.....

Arini sy ke kb Mall,berjanji setia..uhhuk,dengan sahabat saya..nik shu..biasolah,KB MALL,adalah tempat kebiasaan sy dan sahabat adakan reunion..tak kiralah ramai atau sedikit...tempat yg tak perlu masuk bandar, yg jalannya berbelit2 dan yg pastinya jika terlepas satu jalan,boleh dikatakan satu negeri Kelantan kna pusing(juz perumpamaan jer)...

ada tiga berita yg mengejut berlaku hari ni...hurm...satu berita yg ala2 sedih,tapi x derlah sedih sangat,yg kedua berita gembira+sedih+terkejut dan yg ketiga berita yg benar2 terkejutt...huh!!istighfar berkali2 sy bila kejadian tersebut benar2 berlaku di depan mata...ingatlah wahai manusia..ajal dan maut ditangan tuhan...siapalah kita untuk menolaknya...

berita pertama-ada orang kata sy dah ada anak...huahuahua...sedih2x..napok sangat saya bukan lagi "remaja"...huhuhu...cikgu sekolah sy dulu siap2 boleh tya..mane anaknye?,setibanya sy di KB MALL tadi....kalau tanya mane husband tu,bolehla jgk...huh!!!sedih pon ada..tp kna terima hakikat yg sy dah semakin dewasa<-----sedak sikit ayt banding denge guna perkataan "tua"...huhuhu...

berita kedua plak-tengah sy dok makan dan borak-borak dengan sahabat saya tu, tiba-tiba handset sy berlagu riang dengan nada ringtone"cinta terakhir_dari aiman"...(x der niat nak promosi ringtone pon,juz gi tau je)...sy pon bacala....terkejut+gembira dengan berita yg telah disampaikan salah seorang sahabat sy di maktab,malahan kelas sy dan semestinya baik dengan sy bakal mendirikan baitul muslim..alhamdulillah...akhirnya seorang lagi sahabat sy bakal mendirikan umah tangga bln 3 tahun 2010...hurmm....tahniah2x,buat sahabatku...dah tiba jodohnya dan sy masih meneruskan perjuangan sy yg blm lagi selesai...Insya Allah,kalau dah tiba masa....kawen jgk saya...hehehe...MASIH MENANTI DAN TERUS MENANTI disamping berdoa dapat zauj yg soleh,dan sy akan cuba mensolehahkan diri sebaik mungkin sementara masa masih ada...congratulation buatmu sahabat...


berita ketiga-benar2 membuatkan sy insaf dan terkejut..setelah dapat berita gembira tadi tu..biasalah semestinya adalah huraian serba sedikit...berita menarik,perlukan perkongsian dan pendapatkan..betol tak?!..tapi bukan itu yg sy nak bagitau dengan berita ke-3 ni....berbalik kepada cerita...sy pon sambunglah borak2 dengan sahabat saya..tiba2,sy nampak ramai orang berlari2 keluar dari KB MALL,nasib baiklah pintu KFC dekat je...saya dengan sahabat saya ni pon terpinga2lah..awatnye la bising2 ni..siap2 lari menuju pintu keluar lagi....sy pon turut bangun jgklah...dahla sy pakai selipar tinggi masa tu,maunya sy cabut selipar sy dan berjalan kaki seterusnya berlari semestinya(lari 2.4 kat maktab pon dah semput weiii),ehhekks,tapi tak sempat nak buat begitu,sebab pintu keluar dekat je...apa yg bermain di fkiran sy masa tu..."KB MALL KENA ROMPAK"...aduss,boleh terpikir mcm tu...dan satu lagi "KERETA KAT PARKING BAWAH TERBAKAR"...haiaahh.....dahla keta sy parking kat bwh, 2 kali berdebar lah saya...lepas beberapa minit,keadaan kembali reda...sy pon ajak kawan sy masuk smula kedalam KB MALL,nak pastikan apa yg berlaku sebenarnya...sy dan kawan sy pon melintang aruslah,orang lain keluar tapi sy menghala masuk..berjalan,berjalan dan terus berjalan..lalu sy ternampak kereta yg terbalik di tengah2 eskalator...Allahuakbar...kereta dari atas menjunam jatuh sampai ke bawah...hati sy masa tu,tuhan sj yg tahu...berdebar,ketar lutut dan yg pasti sy perlu bertenang sebab lepas ni sy nak drive balik umah...iyelah takkan sy nak tidur kat KB MALL kot gara-gara terlalu berdebar...dan KB MALL hari ini dalam sejarah tutup awal..biasa pukul 10.00 malam,tai hari ni pukul 6 dah tutup kedai..saya mengambil kesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar untuk sy muatkan dalam blog saya ni...berkali2 sy melafaz syukur pada ILAHI,kerana ALLAH,masih panjangkan umur sy...dan dikhabarkan 2 orang telah meninggal dunia..INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN...akibat dari jatuhnya kereta tadi...siapalah kita untuk menolak musibah...tapi kita perlu berdoa pada Allah untuk menjauhkan musibah pada kita...masa sy drive pulang tu...hati sy masih tak hilang lagi debaran...menitis juga air mata ni...jika ditakdirkan sy yg meninggal ditempat itu,siapalah sy untuk menolak maut..betol tak?..amalan entah byk mane nak mengadap tuhan RabulIzzati..ALLAH,AMPUNILAH HAMBAMU INI..


.






diantara gambar2 yg sempat sy ambik w/pon sy sdiri ketar lutut masa tuh...