Sabtu, 26 Disember 2009

GeMbIrA vS kEiNsAfAn


Seringkali kita gembira,bukan?..gembira membuatkan bibir kita akan mengukir senyuman yg seikhlas mungkin....gembira membuatkan diri kita sentiasa berada dalam bahagia dan gembira juga membuatkan hati kita akan tenang umpama tiada masalah yang berlaku....

Arini 26 disember 2009...ingatkah kita pada tarikh 26 disember 2004....dimana seluruh negara termasuk negara kita dilanda tsunami yg dahsyat(cerita sy tiada kaitan ngan tsunami,juz nak bagi ingatan je)






arini....sahabat saya merangkap kawan baik saya,yg saya gelarkan dirinya "dik su"...kerana antara kami berempat dialah yg paling bongsu(tarikh lahir lambat)....pulang bercuti ke kelantan..hampir 2 tahun tak ketemu....Alhamdulillah kali ni..Allah gerakkan hatinya untuk pulang ke negeri barakah walaupun hya untuk beberapa hari...

Dah terniat di hati nak bawa dia pegi jalan2...tapi kemana?..terpikir nak pegi PCB...eheks,dekat dengan kb...pada mulanya ianya adalah rancangan di hati sy sahaja sebab sy tak bagitau sesiapun...lepas je,kitaorang>>>me,leli(kak long),n dayah(adik su)...masih x cukup sorang angah(dah kembali ke kampus,meneruskan p'juangan yg belum selesai)>>>>beli2 barang dik su...terus kitaorang pi solat zohor kat masjid muhammadi....sebab lepas ni nak makan..hajat dihati kitaorang nak pi makan kat tambatan diraja....after solat,pegilah kami ke kawasan tu lah...tengok2...ha.............eh,mane gerainya...x der pon..ape lagi,rancangan saya nak ke PCB diteruskan...tapi kali ni adik su yg drive..sy x larat,nak jadi "mem besar"kejap...kekeke...

makan2(part paling best coz dik su belanja),bergambar(posing sakan beb!),ronda2 pantai(burn muka weiii).....hampir 3 jam kami kat pantai tu..macam2 gelagat anak2 muda dapat dilihat....makin hampir dengan petang,makin ramai pulak anak2 remaja kita di pantai ye...siap2 berpasangan lagi...sesekali saya berfikir,kenapalah ramai sangat anak2 muda sekarang mudah terjerumus kearah keseronokkan sementara?"...bagaimanalah generasi akan datang ye,dengan melihat perilaku dan tabiat anak2 muda sekarang, saya semakin bimbang dengan kehidupan anak2 remaja pada 10 or 20 tahun akan datang...<<<.Ya ALLAH,Jauhilah ak daripada kemaksiatan dan kemurkaanmu>>>


dah lama sangat kat PCB(MAKIN SAKIT MATA SY MELIHAT AKSI2 ANAK MUDA)....kami berangkat pulang...dah solat asar rupenye...berenti kat masjid(nama msjid tak ingat)..yg sy tahu lokasi masjid tu,berhampiran dengan sk.abdul hadi...

usai solat zohor,sy dan sahabat2 berangkat ke tumpat,untuk menziarahi sahabat sy yg sdg sakit....timbul keinsafan dihati ini....jika sy diuji sepertinya,mampukah sy untuk hadapi setabahnya?...jika sy diberi dugaan sepertinya,mampukah sy mempunyai semangat yang kental sepertinya untuk hadapi sakitnya?...jika sy diberi cabaran sepertinya,mampukah sy menghadapi sebaiknya?....Hanya orang yang mampu sahaja akan diuji oleh Allah....menitis air mata ini,melihat setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi olehnya....berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....sabarlah duhai sahabat...Insya Allah,akan dibalas kemanisan hikmah dipenghujungnya....sahabatku...walaupun ak tahu kau sedaya upaya menunjukkan kemesraan dan kegembiraan dihadapan kami,namun ak tahu dirimu disebalik senyuman dan kegembiraanmu...aku kagum dengan ketabahan yang kau miliki,sahabat....jika aku ditempatmu....ak rasa aku tak mampu untuk jadi sekentalmu...sahabat,diri ini ingin sekali berkongsi kesedihan bersamamu...usah kau bimbang,kami sahabat2mu yang lain akan sentiasa mendoakan kesihatanmu...kami ingin lihat senyuman dibibirmu.....kami ingin lihat kegembiraan diwajahmu....


p/s:setiap yang gembira mesti diselit dengan keinsafan,agar hati kita tak mati kerana terlalu gembira....usahlah berduka,sapulah air matamu....senyumlah dengan sebuah harapan yang baru..teruskan semangatmu untuk hadapi dugaan....Apabila kita diuji,itu tandanya Allah sayangkan kita....salam senyuman buat sahabat2....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan