Selasa, 21 Disember 2010

1 tujuan...1 maksud...1 persamaan...



Diam-diam ubi berisi,

Diam utk mencari keinginan,

Hati yang kosong perlu diisi,

Diisi dengan sebuah ketenangan..

~pantun yg terlakar scr tak sengaja~....


Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

~KeredhaanMU~..IN-TEAM

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

~sketsa kehidupan~…THE ZIKR

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

~Jika terakhir buatku~…SAUJANA

Semalam sudah sampai ke penghujungnya…

kisah 1000 duka,ku harap sudah berlalu..

tak ingin lagi ku ulangi kembali..

gerak dosa menghiris hati…

Tuhan dosaku menggunung tinggi..

tp rahmatMU,melangit luas..

harga selautan syukurku..

hanyalah setitis nikmatMU di bumi..

tuhan…walau taubat seringku ukir..

namun pengampunanMU tak pernah bertepi..

BILA SELANGKAH KU RAPAT PADAMU,

1000 LANGKAH KAU RAPAT PADAKU…..

Mengemis kasih~The Zikr~.

p/s:Setiap bait-bait yang terukir benar-benar memberi “kesan” di hati sy…hamba yang tak sunyi dari melakukan dosa ini….hamba yang kian “jauh” namun DIA semakin “dekat”….

~jalan kebenaran tak akan sunyi,ada ujian yang bakal melanda ada perangkap yang menunggu mangsa…akan kuatkah kaki yang melangkah bila di sapa duri yang menanti?,akan kaburkah mata yang akan menatap pada debu yang pastikan hinggap?~

INGATLAH!!!!......


Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.



Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi."

(Hud:47)



Jumaat, 17 Disember 2010

~Alhamdulillah...syukri ilallah~


إنما عبد الله من يرضيه ما يرضي الله ويسخطه ما يسخط الله ويحب ما أحب الله و رسوله,
ويبغض ما أبغض الله و رسوله ويوالي أولياء الله و يعادي أعداء الله تعالي, وهذا هو الذي استكمل الإيمان

Sesungguhnya hamba Allah itu ialah orang yang meredho'i apa yang diredho'i Allah dan marah dengan apa yang Allah marah dan mengasihi apa yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya, dan membenci apa yang dibenci Allah dan Rasul-Nya, dan berteman dengan teman-teman dari Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah swt,dan inilah iman yang telah disempurnakan

Bukankah tuhan ciptakan malam....untuk beradu menanti siang...
Bukankah tuhan titiskan hujan...menanti limpah kemarau panjang...


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


p/s:Istirehat bagi seseorang mukmin itu ialah kelalaian..waktu yang luang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan.Dan kebanyakkan manusia yang besusah hati,bersedih dan kegelisahan adalah manusia yang tiada dalam pekerjaan.Adapun manfaat yang mereka perolehi adalah sekadar khabar angin dan angan-angan yang tidak berguna.Itulah keuntungan juga yang diraih oleh mereka yang tidak mengerjakan amalan yang bermakna dan berbuahkan pahala.

Oleh itu,bergeraklah dan bekerjalah,berlatihlah dan kajilah sesuatu,bacalah Al-Quran dan bertasbihlah,tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat-sahabat.Manfaatkanlah waktu dengan sebaiknya jangan biarkan sedetik pun waktu sia-sia...Peringatan!!!Sehari waktu anda dibiarkan kosong tanpa sebarang kegiatan,nescaya kesedihan,kedukaan dan kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda.Dan apabila berlaku demikian,maka anda akan menjadi lapangan permainan syaitan....

Bacalah surah al-Asr dan hayatilah setiap bait-bait yang terkandung...Insya Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah..kerana...

“Siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupinya.” (At-Talaq : 3)


Khamis, 16 Disember 2010

~SyUkUr~




"dlm sempit yg menghimpit,
dlm mencapai yg dicapai,
ku melilit x membelit,
ku melangkah yg x memangkah,
DAN
dlm diam yg membingit ku terus yakin
ALLAH jualah penyelamatku"


~Alhamdulillah..kelmarin dah kuar result pismp sem 8....Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....semua pelajar pismp sem 8..LULUS dan sedang tunggu utk di postingkan.....hurm...dan saya?!...sama macam mereka...menunggu dan menunggu utk ke tangga yang seterusnya...menanti dalam debaran....pelbagai persoalan yang ada dalam minda ni...nak melangkah ke alam kerjaya..perlukan persediaan fizikal dan mental...nak berhadapan dengan masyarakat sekeliling,anak-anak didik,ibu bapa dan rakan sekerja...berdebar-debar...bagaimanalah reaksi sekolah nanti dengan kehadiran kami...yang pasti kehadiran kami amat di tunggu-tunggukan kerana kami adalah produk IPG yang pertama...berkali-kali menarik nafas,menghilangkan rasa yang tak berapa "sedap" di hati ini...memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin itu yang paling penting....menaiki tangga demi tangga menuju ke alam kerjaya sebagai seorang guru memerlukan "PERSEDIAAN"...dan sy sedaya upaya untuk membuat "persediaan" itu....persediaan yang pertama ialah...meneutralkan hati tatkala diberitahu tempat di postingkan.....bimbang terkena penyakit "terkejut"....huhu....dimana kemana?..wallahua'lam...tunggu jelah...sy pun redha je kemana utk dihantar...kerana di situ adalah punca rezeki sy yang pertama dan disitu jualah sy "pemikul amanah sebagai seorang guru" setelah 5 tahun setengah di IPG....tiada lagi gelaran guru pelatih....tiada lagi gelaran student....sedih gak...bile teringatkan,zaman tersebut telah pun berlalu....terasa dewasa yang amat bila bakal digelar sebagai guru....sekarang ni,sy terpaksa menyambung kontrak menjadi suri rumah sepenuh masa sambil menunggu tempat yg diposting...pelbagai andaian dan tekaan yang rakan-rakan sy buat...ada...yang kata posting bln 1,ada yang kata bulan 3 dan ada yang kata pulak bulan 6...hehehe...dan sy hanya jadi pemerhati setia...lambat atau cepat terserah jelah...kalau lambat nampaknye sy terpaksa cari kerja dulu...wink wink...sy dah cari gali dah tempat yg sesuai utk sy bekerja seandainya lambat...eheks...no.fon mereka pun dah di save kan dalam fon sy...tunggu on je...kalau lambat posting,col je tempat kerja tu...stand by...stand by...stand by...(^___^)...~insya Allah,doa sy semoga dipermudahkan segala urusan~...aminnnnn....

p/s:masih berpeluang membaca buku lagi...manfaatkan masa cuti ini sebaiknya..lepas ni kembali menjadi kanak-kanak riang....hehehehehe....

sedikit perkongsian utk tatapan diri sendiri dan sahabat-sahabat mahupun anak didik saya....

Abu Ubaidah mengatakan bahawa Al-Muhallab pernah berkata kepada anak-anaknya dalam wasiatnya.."wahai anak-anakku,jangan lah anda berada dipasar kecuali dengan beberapa catatan atau lembaran"...

dan...salah seorang sahabat pernah berkata...."dia telah membaca sebuah buku kepada syeikh syami..yang di dalamnya terdapat catatan sejarah Ghatafan.katanya"Semua kebajikan kembali lenyap dari seseorang kecuali buku"....