Ahad, 31 Januari 2010

PrAkTiKuM fAsA 3...pArT 1..


Alhamdulillah syukur sesangat2....sekolah kebangsaan gong dermin adalah sekolah yg ke-3 untuk latihan mengajar saya...semua baik2...so,strategi senyum dalam subjek bimbingan dan kaunseling menjadi....hehehe...
ape yang penting kita perlu menghormati komuniti tempat yang kita pergi..usah meminta orang menghormati kita...biarlah kita yang mulakan dulu...walaupun susah diawalnya...namun diakhirnya,kita sendiri yang dapat kebaikannya..bukan susah nak buat baik...ye tak?...
kajian tindakan?..sebut je pasal proposal kajian tindakan ni..mulala sy pening2...knp ye?..aiseh...entah,mungkin sebab belum bersedia pon..pape pon saya perlu ada perancangan yang baik....barulah dapat selesaikan dengan baik jgk...

kata-kata semangat buat diri ini:

  • >>>>Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah dan ditetapkan iman. ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. DIA sayangkan kau dan aku. DIA tak pernah lupakan kita Hidup ini ibarat mimpi, kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad. Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman, tetapi sebenarnya 1 bentuk penyerahan diri dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap janji-NYA. Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janji-NYA. Percayalah! syurga | neraka . pilih2.. tazkirah pada diri ini yang alpa...


  • p/s:esok mula nak bertaaruf ngan anak2 murid tahun 3 dan tahun 4...

    Rabu, 13 Januari 2010

    Al-FaTiHaH....


    kenangan bersama arwah....semasa di HUSM tahun 2009


    Bertarikh 12 januari 2010...di pagi yang indah itu..sy dapat berita menyedihkan daripada beberapa orang sahabat sy yang hantar msg pada pagi tu...
    "Al-Fatihah buat sahabat kita Nur Amalina Bt Abdullah,yang telah meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi"....
    Innalillahi wa inna ilaihirajiun..sekaligus air mata sy gugur setitik,setitik dan akhirnya.....makin banyak(gi kelas pon mata merah)..akhirnya tamat sudah penderitaannya...ketabahan dirinya melawan penyakit yang dialami selama ini...hampir satahun setengah dirinya menahan kesakitan...Allah lebih menyayangimu..
    ku doakan agar kau ditempatkan bersama orang2 yang soleh....
    balik dari kelas,kemarin...lepas zohor terus sy berjanji dengan beberapa orang sahabat sy untuk kerumahnya...walaupun tak sempat melihat jenazahnya buat kali terakhir...sekurang2nya dapat saya bertemu mata dengan keluarganya...
    teringat 2 minggu lepas sy pergi jumpa dia..kami berbual panjang...tak pernah sedikit pun dia menunjukkan kesakitannya...walaupun dapat sy lihat air matanya...bila teringat saat2 2 minggu lepas...sy terus sebak....
    semoga arwah berbahagia di sana....masanya dah tiba,masa kita?!...x tahu lagikan...


    Jumaat, 1 Januari 2010

    HEpY NeW YeAr...

    Pergh..oram putih la plak..apa kna lak dengan sy nih...bukan ape..tahun baru 2010 menjelang jua..tepat jam 12 tengah malam pada 1.1.2010..alarm handset sy berbunyi,dan terteralah "tahun baru,azam baru,semangat baru"...owho..tapi bila plak sy set alarm ni?..ehheks..sy pun tak ingat..
    hehehe...terasa gembira bercampur takut nak menyambut tahun baru ni...entah kenapa?..gembira mungkin sebab..tahun ni dah tahun last saya belajar...ada 2 semester lagi nak abis ni...takut plak,aish...cam mana nak habaq eh...mungkin sebab cabaran di semester 7 dan semester 8,makin mencabar dan ada satu lagi yg paling membimbangkan saya,mampukah saya untuk menghadapi rintangan hidup dengan baik tahun ini...harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar....

    Esok dah bermula sesi kembali ke maktab,semester 7....yea2..gembira ke>>>kna amik feel,baru semangat skit...ape2 pun hidup mesti diteruskan...takkan seseorang itu digelar pendekar jika dia takut pada perjuangan....samalah macam saya...takkanlah saya nak berhenti dipertengahan jalan,sedangkan kejayaan sedang menunggu dihadapan...tahun ini mungkin hati saya dah sedikit terbuka untuk berfikir tentang sebuah kehidupan kot..usah ditanya apa ertinya "kehidupan"....hehehe....tapi tidaklah fokus sy pada matlamat yang telah sy sematkan akan saya lupai..ohh..itu tidak mungkin sesekali terjadi....cumanya diharap sinar kejayaan akan menyinari hidup saya dihujung episod kehidupan...Insya Allah....