Jumaat, 30 Julai 2010

PaStI AdA HiKmAhnYa




Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."


Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah

~nukilan dr>>>>>i luv islam>>>>

sekadar renungan ringkas:

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...
tapi,banyak pula dugaan yang datang...
Kadang-kadang kita minta cerdik...
tapi,masalah pula yang bertandang...
kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
tapi huru hara pula yang datang...

Dugaan menjadikan mental kita kuat...
masalah menjadikan kita berfikir...
huru hara menjadikan kita tabah...

SUBHANALLAH betapa hebatnya Allah...
semua aturan ada hikmahnya.....

P/s:DAH seminggu mengadap esei tuk dihantar ke madam...alahaaaiiiiiiiiii,hanya 350 words je,amik ms seminggu?!....hurm...alhamdulillah,dah siap...kui3...arini dah nak hantar kat madam dah......wakaka...dapat saya rasa madam akan "kepeningan" membaca ayt2 yg sy tulis..tah ape2 tah...sy kalau bab current issue ni meme lemah le,try la bg suh sy karang story..mesti menjadi punye,tp syg...dalam exam nanti semua general..adey~~~..huhuhu...terasa sedikit bimbang....mcm manelah respond madam nati ble baca essay sy...ahaks....biasalah adab belajar,salah silap dah jadi asam garam student...tol x?...ape2 pun,mcm sy katakan sebelum ni...>>>takkan mengalah sebelum berjuang.....huhuhu>>>>k...adiossssssss....



Rabu, 28 Julai 2010

~ReDhA~






Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Rabu, 14 Julai 2010

1 PeNgAlAmAn..

Si kancil comel berotak geliga,

Hendak menipu si buaya pelik,

Berakhir sudah projek ketiga,

"Pertandingan muazzin dan hafizah cilik"..


Minum petang dengan teh boh,

Sambik2 belajar abcd,

Bersatu teguh bercerai roboh,

Syukran jazilan warga skgd.



Makan nasi dengan tangan,

makan diatas kertas putih,

maafkan... kami jika kekurangan,

Kamikan budak br bertatih....



Tadah air dalam baldi,

Mari mandi bersama-sama,

Indah sungguh kenangan tadi,

Percubaan pertama,pengalaman pertama..


Duduk bersila panglima Masai,

Sambil makan kerang dan lala.

Kertas kerje bereh projek pun selesai.

Tibalah masa laporan pula...


ALHAMDULILLAH,~~~selesai sudah 3 projek kami.....Udah2 le berpantunnye.tiba masa sy nak wat refleks ckit perihal peristiwa program last tuh.kami(sy dan nik) hampir 2 minggu bertungkus lumus menyiapkan kertas projek untuk program:pertandingan muazzin dan hafizah cilik" ni...Tadi sedikit kalut bile peserta al-Hafizah dapat menghabiskan bacaan x sampai 2 minit sorang.....~adey~....masa yg diperuntukkan adalah 5 minit........sah...kene tukar plan....

~menyingkap memori pemilihan peserta~....entahlah,kami ni mungkin mudah kesian kot,dek kerana kekesianan kami tu menyebabkan plan asal kami berubah2....sehinggalah diakhir pertandingan....asal2nye kami meletakkan syarat peserta hafizah(p) perlu menghafaz 3 surah iaitu surah al-qadr,surah,al-Bayyinah dan surah al-a'laq....namun pun begitu......thp kesian kami ni meningkat bile murid2 mengadu susahnye nak hafaz,pyhnye nak ingat...lantas kami pun tukar plan....erm...x pelah awak hafaz surah yg awk ingat...pe lagi,mereka pun pakat2 la hafaz surah al-qadr,sebab surah tu paling pendek......aiyakkk.....lantas sy pun memberitahu salah seorang guru GPI..ttg mslh ni..dia pun gi tau...suh budak2 tu hafaz surah al-bayyinah dan al-alaq sahaja....hurm....masalahnye ialah masa....esok adalah hari pertandingan tu....kami dah mula pening2...tp x pelah kami pun pergi ke kelas2 dan memesan suh hafaz 2 surah lagi....bile kami pandang je muka dak2 ni...teruskan kami pkir?...sempat ke diorang hafaz surah2 tu semua...dahlah panjang2....nampaknye ada jgk yg merungut....bila tiba hari pertandingan....cabutan nama2 surah dibuat.........dan ternyata semua 6 peserta mencabut surah yg sama dan hanya seorang sahaja yg membaca surah lain.......ah~~bygkan kami ms tu.....mcm mane..kalut pun ade....iyelah sorang naik bc al-Qadr,2 naik bc al-Qadr....aiiiiiii~sudah nampak kepincangan program kami adakan~masa ni kami dah kalut dah....kemudian pertandingan diteruskan dengan pertandingan azan oleh peserta-peserta lelaki.....nampaknya x sampai setengah jam pertandingan itu dijalankan......sedangkan waktu persatuan masih lg berbaki 2 jam......ape nak buat?...fikiran sy buntu ms tu......x tahu,x tahu,x tahu...bincang2..hakim x setuju,kna wat second round...yeah.....~terima kasih kepada penyelamat2 kami,kalau tak, tak tahulah ape nak jadi ngan pertandingan tu~

Kali ni peserta hafizah diminta untuk membaca 1 surah wajib,dan ketiga2 surah yg telah ditetapkan......ambik korang!!sape suh nak skip2..x nak hafaz.huhuhu.......dan bagi peserta azan plak diminta untuk membaca doa selepas azan.......hurm......br lah masa abis sharp2 jam 3 petang......siap2 ngan penyampaian hadiah lagi...........

kan Indahnya pengalaman itu......~terima kasih kepada semua guru2 yang terlibat,dek kerana kejahilan kami ini,semua terpaksa berpanjang akal~....hurm......kami blurrr terus,x tahu nk wat pe......teruskan majlis jelah.......

Kami dah byk wat rujukan rasenye....tp mungkin adalah seorang dua yg kami tertinggal untuk bertanya2....MAAF DIMINTA buat kalian.......1 kekurangan kami ialah mahu menyiapkan 3 projek seawal mungkin...sebab kami nak amik ms untuk kumpul data tesis pulak...2 minggu kat sekolah memang x der ms nak kumpul data.....penumpuan kami hanya 3 projek tu dulu.......tapi....nak siapkan awl pun.mslh timbul jgk......>>>>x puas hati dengan hasil kerja kami~...namun kini kami boleh menarik nafas lega....perkara wajib bagi internship dah selesai.....masa untuk menyiapkan laporan....

Alhamdulillah~segala kepincangan program tadi dapat dicover oleh guru2 persatuan yg terlibat....~1 experience yang mengajar kami ttg cara menguruskan program yang agak2 besar gaklah bg kami...hanya berdua je tau........bermula dengan perancangan,kertas kerja,siapkan borang-borang,jemput guru,balut hadiah dan sebagainya......tp dengan membuat rujukan guru2 la..kalau tanpa mereka siapalah kami........~terasa malu jgk tadi,rancangnye lain,jadinye lain~..siap2 ade second round lagi......hak3...oklah tu,blajar dari kesilapan.......jika sentiasa perfect sentiasa,kita tidak tahu setakat mane kemampuan kita...kritikan jg perlu .untuk mengkaji sejauh mane kelemahan kita........

Moral of the story>>>>

1)kena ada back up plan

2)sebagai guru kita kna panjang akal....

3)positive thinking

4)sanggup terima kritikan sebab melalui kritikan tersebut kita tahu kelemahan kita

5)sentiasa berusaha untuk lakukan yg terbaik

6)Rujuklah semua pihak yg berpengalaman....

7)Jangan kalut2..tenang je......~tp dah tabiat,ada mslh ckit mulalah kalut~

8)Doa senjata orang mukmin.....jadi dalam setiap langkah kita perlulah sentiasa berdoa agar perjalanan kita diredhai olehNYA.....



~raso2 bleh dop atar hok ni tuk laporan, dalam folio internship~...hehehe.......





Projek 1----->pertandingan mewarna tahap 1



Projek 2:Ceramah israk mikraj tahap 2




Last projek:pertandingan muazzin dan hafizah cilik



BICARA TUHAN~PENGUAT HATI,DIKALA RAPUH~

Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...


DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!


Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...

Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna di situ lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!

DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caraNya tersendiri!

Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!

Kerna kau menjadi pilihanNya!

Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!


Isnin, 5 Julai 2010

Fb Vs PrOjEk



Dah 2 hari kat sekolah....esok nak masuk hari ke 3....macam mane dengan 3 projek yg bakal di langsungkan?.adeh~~~ada tu memang ade,merancangnye best...tp masuk bab nak laksanakan...memang agak2 pening jgk...kena siapkan byk kerja gokkan...iyelah kami hya berdua je kat skolah tu...tp masa memilih dan merancang projek apa nak dibuat tu,masa hari pertama tu,kami dah bertanya kabar kot2 ada perancangan terdekat yang bakal pihak sekolah nak langsungkan...alhamdulillah~~program israk mikraj bakal diadakan...lantas kami pun mengambil peluang keemasan tersebut membantu pihak sekolah menyiapkan kertas kerja dan menyumbang idea2 "sumbang" kami yg tah pape....~agak2 macam projek besar jgk kan...tp guru2 j-qaf dan p.i kat sane meme best dan saling kerjasama...~satu paduan yg hebat~....sy tak katakan guru2 lain x der kerjasama..malahan semua guru2,pentadbir hatta pekerja sekalipun amat2 lah baik,cumenye sy ingin highligtkan guru2 j-qaf dan gpi ni kerana mereka yg byk berhubung dengan kami....

projek yang telah kami rancang bakal berlangsung dalam minggu depan..kalau boleh kami nak siapkan cepat2....yelah,masa sebulan bukannye lame...skang ni dah hampir seminggu berlalu...kami harap2 sangat projek "besar" kami yg telah kami rancang diluluskan pihak sekolah...bukan ape...kalau boleh dah Tak nak pikir dah projek lain....asal2nye projek yg telah kami cadangkan ialah menguruskan program israk mikraj hari ahad ni.....namun dalam proses persiapan kini,dan projek kedua kami ialah "pencarian muazzin dan al-hafizah cilik" yang bakal dijalankan waktu persatuan....huhuhu,3 hari bincang,cr guru yg terlibat dan jumpe guru besar...aiiiiii....terasa berdebar2 jgk..kot2 x lulus,namun alhamdulillah projek kami yg 1 ni tlh lulus scr x formal dengan gb....namun,scr formalnya belum...skang ni kami tengah bertungkus lumus untuk menyiapakan kertas kerja secepat mungkin.....kredit to guru2 gpi yg banyak bantu kami...kalau nak harapkan kami ni...hurm,alamatnya entah bleh siap ke tak projek2 tu....diharap kali dah tak der masalah.....diharap jg dipermudahkan segala urusan....huhuhu....

dan projek ke-3 pulak,aslnya nak wat pertandingan mewarna bagi murid pra sekolah,namun bincang2,pihak pra mahu masukkan pertandingan tersebut dalam majlis israk mikraj nanti..hurm,nampak gayanya kna tukar plan lah...sedikit kecewa sebab dah rancang,namun ada hikamahnya...x semestinya apa yg dirancang akan menjadi kenyataan,so...kami bercadang nak wat secara individu,juz melibatkan kelas kami sahaja....tadi br decide....aiyakkkkk....sy plak tetiba je terkeluar tema "siapa cepat"...adeiiiii....pelaksanaan dan strateginya?...huhuhu........masih tak terbayang di kepala ni.....ape2 pun dah ada tajuk pun kira ok lah kan?..eheks...stakat ni dah cukup 3 projek....huhuhu......masa untuk pelaksanaanya pulalah...(",)...

Facebook?..ape crite.......entah knp bile buka je internet msti nak berfb,mesti nak komen2.mesti nak post something kat wall....pas tu sampai berjam2 merenung facebook.....ape yg direnung pun x tahu...aishhhhhhh...mslh jgk nih.....satu kerja x menjadi bila fb di buka.....terasa masa terbuang begitu je......awl2 ngadap fb...ble dah malam..mata dah mula lah mengantuk...pas tu tidow....memang hidup bahagia sungguh~~~w/pun hati sy tak menginginkannya begitu........hurm.........the solution>>>>>jenguk sebetar2 wat iley tension doh lah....skang ni kena guna gear 3 doh wat kijo....ok x cadangan tu?~...

AR?.....huhuhu...perancangan dah ade ape yg nak dibuat..tp x berjalan je lg.....skang ni sy tgh fahamkan proposal yg sy wat ari tu...ble tgk proposal tu...aiiii,tah ape2 lah sy mengarut...memang kna study smula le gamaknye.......


Sabtu, 3 Julai 2010

InTeRnShIp





waduh2....esok dah bermula internship......ape mende pon x tau nak wat kat skolah nanti..."kesaruan " molek la sero nye...huh!...sy cube meneutralkan hati yang berdup dap dup dap menanti ape yang bakal kami laksanakan di sekolah nanti.....terselit bimbang di hati ini,terasa berat sekali cabaran yang bakal dilalui....di harap2 akan dipermudahkan segala urusan kami......

~Hidup ini ibarat satu pelayaran,mengemudi bahtera untuk sampai ke terminal kejayaan,dengan itu layarlah usaha gigihmu agar tidak tenggelam di dalam di lema kekecewaan~

~Jangan pernah merasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini penuh dengan masalah,sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik,Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri~

Terasa tersuntik motivasi diri dengan kata-kata hikmah di atas......~perlu semangat,semangat,semangat~...

~takkanku digelar pendekar sebelum bertarung~......ape kaitan?!...hehehe...fahamilah disebalik perkataan "pendekar" dan "bertarung" itu...