Rabu, 27 Oktober 2010

~ExAm sEm 8~



pantun pembuka bicara...

Saya suka no.8,
berebut pula dengan pak wahab,
owh EDU 3108,
APELAH nanti nak ku jawab...

Indah sungguh diterangi bulan,
Indah tak terperi hingga terjungkit kening,
aduyaiiiiii,edu 3109...
tgk silibus dah mula pening...

pat pat siku lipat,
siku dilipat tersengat lipan,
eh3,,pim 3114,
rupanya penutup exam sem 8..

niat dihati memang nak study,
tetapi terlena di awal waktu,
chaiyookk adrina,anda kene steady,
hadam lah ilmu tu satu-satu..

Indah sungguh si bunga melati,
cantik terpamer di atas tangan,
akan ku ukir di dalam hati,
memori indah bersama kenangan....

berjalan-jalan dengan Ramu,
sambil makan sebiji coklat,
di hati ku ini ada kamu,
akan ku pegang ianya erat-erat

tangan berjabat memohon ampun,
rindu terhenti buat seketika,
jika ade tersilap sekalipun,
harap diampun di suatu ketika..

makan kfc bersama family,
tp kini dah ada rfc,
kitakan satu unity,
x percaya?..wait n see...

Dari pena menari....Tercetus wadah idea...Dalam mencari mimpi...akan tercetus realiti


huhuhu....dah abis dah sesi berpantun...entah betul,entah tidak pantun sy tu...macam mengarut je...ahaks...

tahun 2010,tinggal beberapa bulan lagi nak melabuhkan tirai...bima'na ha..2011 bakal menjelma dan sy juga bakal melangkah ke fasa 2????...cepatnye masa berlalu...ape2 pun sy perlu menyusuri langkah saya dengan menghadapi exam terlebih dahulu...terasa sayu tatkala lecturer mengatakan "bagi sem 8,anda adalah semester akhir yang akan mengambil peperiksaan di IPG"...wuhuhu...sedes seyh....w/pun exam adalah sesuatu yg tak disukai...hehehehe...iyap,dah last dah...tp INGATLAH!!,DUHAI DIRI..perjuangan belum bermula...berada di medan pun belum...hurm...inilah hakikat yang perlu ditelan...5 tahun setengah berjuang di IPG...dan kini bakal berakhir dengan hanya 3 kertas exam sahaja...

buat sahabat2 saya...selamat kembali ke kampung masing2..jika dipanjangkan umur kita jumpa nati konvo yer...yang penting kita sudahkan dulu exam akhir kita....(^_^)

Selasa, 19 Oktober 2010

~CeRiTa~...23 to 24~...



Dengan lafaz........

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum tinta memulakan lakaran,imbauan kenangan zaman kanak-kanak hingga remaja (umur 23 tahun) telah sy coretkan pada entry 17 oct 2009.....dan kini...17 0ct menjelma lagi...dah bleh agakkan umur sy brape?...huhuhu.....alhamdulillah,masih diberi kekuatan dan nafas untuk menghirup nikmat-nikmat kurniaan Ilahi...alhamdulillah...alhamdulillah..

Sy bukan lagi kanak-kanak yg menunggu hadiah dari "santa claus" bila tibanya hari krimas...iya...sy tak inginkan hadiah-hadiah itu semua...tp apa yg sy inginkan ialah "ingatan" yg tulus ikhlas dan doa dari sahabat-sahabat saya....itu sahaja yg saya pinta.....

Ingin juga saya kongsi 1 cerita tentang pen dan usia..........


Pen telah direka dan digunakan sejak berabad abad yang lampau. sehingga zaman sekarang yg merupakan zaman canggih (paperless, etc), namun manusia tetap memerlukan pen dan kertas sebagai alat untuk menulis sesuatu maklumat mahupun mesej.

kita banyak mengenali jenama jenama pen seperti parker, bic, pantel, papermate, etc. harga juga pelbagai. daripada 20 sen sehinggalah beribu ribu ringgit. tetapi tujuan memiliki pen pada asasnya adalah utk menulis.

alat ini jugalah satu keperluan penting utk pelajar pelajar mencatat nota pelajaran sehinggalah dibawa masuk ke dewan peperiksaan. tiada siapa pun mengambil peduli, apakah jenama pen yg digunakan oleh pelajar pelajar utk menjawab soalan peperiksaan. persembahan jawapan adalah perkara utama yg dititik beratkan oleh para pemeriksa utk memberikan nilai markah yg sewajarnya.

ada mungkin pelajar yg menggunakan pen berharga 20 sen, tetapi persembahan dan kualiti jawapan yg ditulis mampu menambat hati para pemeriksa. sebaliknya, apa guna kalau pen berharga RM 1000 (bertatahkan berlian diatasnya, mungkin) tetapi tidak mampu menjawab dengan cemerlang.

diingatkan bahawa, setiap pelajar dikurniakan masa yg terhad utk menjawab setiap kertas soalan. daripada satu (1) jam sehinggalah kepada 3 atau 4 atau 5 atau mungkin ada yg lebih dr itu. para pelajar hanya boleh mula menjawab apabila diarahkan berbuat demikian dan perlu berhenti apabila ketua pengawas peperiksaan mengumumkan masa sudah tamat.

begitu juga,
kehidupan manusia, yg terdiri drp pelbagai lapisan masyarakat. bahkan juga memiliki kriteria yg berbeza. namun, Allah tidak memandang rupa bentuk fizikal manusia, tetapi bentuk persembahan ibadah kepada-Nya. Dia hanya memandang dari segi kualiti termasuklah ikhlas yg menjadi syarat utk sesuatu amalan itu diterima sepenuhnya.

dan...
setiap manusia memiliki tempoh tempoh tertentu utk berada di dalam dunia ini. apabila masa telah sampai utk Allah menjemputnya, pasti tiada siapa yg mampu menghalang. pada masa itulah seluruh ibadah (yg diterima Allah) yg dilakukan semasa hidup akan menjadi penyelamat yg unggul.

manusia dihidupkan apabila diarahkan (ditakdirkan) oleh Allah dan akan ditamatkan hidupnya apabila Allah menentukan masanya telah tiba.


Usia kita sebagai manusia ini boleh diibaratkan sebatang pen...kadang-kadang pen yang baru sahaja kita beli itu,hanya 2 hari sahaja yg dapat kita gunakan kerana dakwatnya telah kering ataupun pen tersebut tidak berfungsi dengan baik,lantas kita buangkan ia,dan kadang-kadang pen yang kita beli itu boleh digunakan berbulan-bulan tanpa ada masalah....sama juga dengan usia kita...jangan katakan yg "berusia" akan meninggalkan "dunia" lebih awal,tetapi kita juga perlu menerima takdir bahawa bila tiba dan saat jemputan daripada yang Maha Esa untuk menjemput orang yang lebih "muda" terlebih dahulu untuk menemui-NYA....


~Tetiba sahaja layaran memori menangkap beberapa detik dan peristiwa tentang sahabat yang telah meninggalkan "kami" sahabat2 perjuangannya di usia yg begitu muda...~pelikkan sepatutnya yg berusia perlu "tiada" dahulu~.........tapi....INGATLAH......ajal dan maut tidak mengenal usia....~saya amat rindukannya...dan kini hampir 9 bulan sahabat saya meninggalkan saya dan rakan2 seperjuangan,smg rohnya di cucuri rahmat...~al-fatihah~....


menyingkap kembali usia yang semakin meningkat.....seringkali saya tertanya2 apa yg sy inginkan sebenarnya dalam hidup ini????.........dan alhamdulillah telah sy temui jawapan apa yg saya inginkan......~biarlah ia menjadi rahsia sy~.....cuma harapan sy biarlah ia diiringi dengan restu umi dan abah serta keputusan yang saya buat ini tidak merugikan mana-mana pihak....dan yang paling penting ialah "kebergantungan" hidup kepada yang MAHA ESA.....(^_^)..first things first..mungkin itu yg terbaik....memperbaiki diri sebaiknya....


~terima kasih buat umi dan abah..yg membesarkan saya selama 24 tahun ini....bersabar dengan anak perempuan tunggalnya ini...kadang2 terasa macam terlebih manja pulak berbanding adik bongsu....nasiblah......keh3...jasa umi dan abah takkan saya lupakan....berbakti pada mereka perlu diutamakan sebelum saya melangkahkan kaki berjalan lebih jauh lagi....


~terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yg tak putus-putus mendoakan "kebahagiaan" sy...doakan kalian amat-amat saya hargai..buat along sy...w/pun terlambat wish..it's ok...coz u sentiasa di sisi saya......buat angah dan adik su...terima kasih sokong dan memberi nasihat apa yg patut.....~terasa rindu zaman maahad dulu`..uhhuk3...


~terima kasih buat sahabat2 perjuangan walau dimana anda berada...saya doakan kalian semua dapat apa yang diimpikan~...


Moga Allah ampunkan diri yang selalu lalai ini, kurniakan daku sekeping hati yang sentiasa rindu untuk menyebut nama Mu ya Allah, berikan daku sekeping hati yang sentiasa insaf atas setiap kelalaian ini. Tubna ya Allah. Tubna ya Allah. Waroja’na ya Allah. Wanadimna ya Allah...
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.


dan sebelum berakhirnya entry kali ini........ingin saya kongsikan sesuatu...buat tatapan diri....



Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.


... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. [Surah Yusuf : 87]

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali Imran : 31]




terima kasih dan saaaaaaaaayang kamooo...my x-rumate...
~rindu kenangan kat bb16~






~SELAMAT TINGGAL 23~
(tp tiada onkos lg nk tukar no. kat cermin mata)

Selasa, 12 Oktober 2010

~RaHmAt uJiAn~


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


p/s:Ya Allah,kau permudahkanlah urusanku...bantulah aku memahami apa yang tidak aku fahami...Ya Allah...hanya padaMU ku berserah segalanya...~exam2~...owh,adrina,jwb gapo hok dio tyo jange jwb gapo hok dio tok tya...it's simple k...~jangan pening2..teruskan usaha sebaik mungkin~...rabbi yassir wala tuassir...la takhof wala tahzan,innallah ha ma'na..(لا تخاف ولا تحزن ان الله معنا)....x sabarnye menunggu jam selepas 11.00 am...huhuhu...

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10



aloss weiiiiii lok...comei sungguh tarikh arini....sungguh bertuah siapa yg dilahirkan pada tarikh ini......huhuhu.....dan saya....macam biasa meneruskan kehidupan macam biasa....pening..sedih...haru..bercampur baur semuanya....malas nak study subjek yg paling sy x suka......tak tahu nak study mcm mane...terasa mcm dah tepu jer......aiyakkkkkk........hurm....~semoga ari rabu ni,dipermudahkan segala urusan~....takotttttttt sangat....sekali fikir x nak pegi je exam.......tu kalau skali pikir la....tp bile msuk 2x pikir....ish2...kena pegi...tp ape yg nak dijawab....

Telahku lalui jalan berduri...
sejuta harapan terusku pertahankan..
bukan mudah menggapai bintang..
bersilih dugaan mendatang...
disebalik kepayahan,disitulah ada kekuatan..
tekad hati azimat diperjalanan....
mengejar impian...

pabila seakan sukar..
bagai tak berdaya untuk terus bertahan...
Namun kasihMU menyedarkanku tak pernah sendirian.....

disebalik kepayahan,disitulah ada kekuatan..
tekad hati azimat diperjalanan....
tinggi langit mimpi ini..
takku ragu untuk membuktikan..
indah bintang...
yg terang bukan khayalan...
tp kenyataan...

akan kau saksikan kesulitan ini..
pasti berganti kebahgiaan..
disebalik kepayahan,disitulah ada kekuatan..
tekad hati azimat diperjalanan....
tinggi langit mimpi ini..
takku ragu untuk membuktikan..
indah bintang...
yg terang bukan khayalan...
tp kenyataan...

telah kau dengar kisahku ini...
pernahkah kau cuba untuk mengerti..

Aku meminta kepada Allah setangkai bunga yang segar,Tapi Allah memberiku kaktus berduri .. Aku minta kepada Allah haiwan kecil nan cantik,Tapi Allah memberiku ulat berbulu .. Aku sedih, kecewa dan bertanya-tanya .. Betapa tidak adilnya Allah kepadaku. Namun seiring dengan berjalannya waktu .. Kaktus itu berbunga indah .. bahkan sangat indah. Dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah, menjadi kupu kupu yang amat cantik ... Semua indah pada waktunya .. Rupanya baru ku tahu .. Allah tidak memberi apa yang aku inginkan, Tapi Allah memberi apa yang aku perlukan..

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,Tapi rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi".....

owh.adrina.....teruskan usaha.........chaiyokkkkk3...(^_^)

Ahad, 3 Oktober 2010

~TeNaNgKaNlAh hAtiKU~


PadaMu kuberserah andai pengorbanan itu mahar keredhaan krn saat Kau hadirkn pertemuan, telahku redha utk sbuah perpisahan..Kalau kehadiran dianggap mnyusahkn, moga pemergian mnghembuskan ketenangan. Bila benih subur krn ukhuwah, biar jatuh gugur dlm mahabbah. Krn daun yg jatuh takkan sekali-kali membenci angin. & amankan...lah hatimu dgn janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat:46

~sedikit perkongsian diri buat diri yang makin hilang keyakinan diri~

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

CINTA TAHAJJUD: Bila hati merasakan pergantungan secara total hanyalah kepada Allah Tuhan yg menjemput kita menumpang duniaNya.. bila hati ingin meluahkan rasa, ingin berbicara tentang hajat2 yg menjengah di dada, tanda penghambaan pada Tuhan al-Wadud lagi al-Lathif (Maha Pencinta lagi Maha Halus), nescaya jisim akan bingkas bangun dalam linangan air mata, bergegas ingin menerpa Tuhan Penciptanya yg sentiasa di jiwa.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. =)
~Jika terasa tidak mampu menghadapi kemungkinan2 yang mendatang,usah "berani" untuk mencuba,namun...jika sudah "terjerat"...ketahuilah Allah ingin menguji sejauhmana iman di dada...dan yang paling penting.....Allah ingin kita sebagai hamba sujud dan meminta kepadaNYA,Kadang-kadang kita lupa,kadang2 kita sedikit alpa....mungkin inilah peringatan yang ingin disampaikan kepada kita...cume caranya sahaja yang berlainan,hiduplah dengan redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi,dekatkan diri dengan Allah,sentiasa solat malam dan yang paling penting jangan dilupai kitab suci AL-QURAN kerana di dalamnya terdapat "penawar" yang bisa meneutralkan hati yang kian rapuh~