Selasa, 19 Oktober 2010

~CeRiTa~...23 to 24~...



Dengan lafaz........

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum tinta memulakan lakaran,imbauan kenangan zaman kanak-kanak hingga remaja (umur 23 tahun) telah sy coretkan pada entry 17 oct 2009.....dan kini...17 0ct menjelma lagi...dah bleh agakkan umur sy brape?...huhuhu.....alhamdulillah,masih diberi kekuatan dan nafas untuk menghirup nikmat-nikmat kurniaan Ilahi...alhamdulillah...alhamdulillah..

Sy bukan lagi kanak-kanak yg menunggu hadiah dari "santa claus" bila tibanya hari krimas...iya...sy tak inginkan hadiah-hadiah itu semua...tp apa yg sy inginkan ialah "ingatan" yg tulus ikhlas dan doa dari sahabat-sahabat saya....itu sahaja yg saya pinta.....

Ingin juga saya kongsi 1 cerita tentang pen dan usia..........


Pen telah direka dan digunakan sejak berabad abad yang lampau. sehingga zaman sekarang yg merupakan zaman canggih (paperless, etc), namun manusia tetap memerlukan pen dan kertas sebagai alat untuk menulis sesuatu maklumat mahupun mesej.

kita banyak mengenali jenama jenama pen seperti parker, bic, pantel, papermate, etc. harga juga pelbagai. daripada 20 sen sehinggalah beribu ribu ringgit. tetapi tujuan memiliki pen pada asasnya adalah utk menulis.

alat ini jugalah satu keperluan penting utk pelajar pelajar mencatat nota pelajaran sehinggalah dibawa masuk ke dewan peperiksaan. tiada siapa pun mengambil peduli, apakah jenama pen yg digunakan oleh pelajar pelajar utk menjawab soalan peperiksaan. persembahan jawapan adalah perkara utama yg dititik beratkan oleh para pemeriksa utk memberikan nilai markah yg sewajarnya.

ada mungkin pelajar yg menggunakan pen berharga 20 sen, tetapi persembahan dan kualiti jawapan yg ditulis mampu menambat hati para pemeriksa. sebaliknya, apa guna kalau pen berharga RM 1000 (bertatahkan berlian diatasnya, mungkin) tetapi tidak mampu menjawab dengan cemerlang.

diingatkan bahawa, setiap pelajar dikurniakan masa yg terhad utk menjawab setiap kertas soalan. daripada satu (1) jam sehinggalah kepada 3 atau 4 atau 5 atau mungkin ada yg lebih dr itu. para pelajar hanya boleh mula menjawab apabila diarahkan berbuat demikian dan perlu berhenti apabila ketua pengawas peperiksaan mengumumkan masa sudah tamat.

begitu juga,
kehidupan manusia, yg terdiri drp pelbagai lapisan masyarakat. bahkan juga memiliki kriteria yg berbeza. namun, Allah tidak memandang rupa bentuk fizikal manusia, tetapi bentuk persembahan ibadah kepada-Nya. Dia hanya memandang dari segi kualiti termasuklah ikhlas yg menjadi syarat utk sesuatu amalan itu diterima sepenuhnya.

dan...
setiap manusia memiliki tempoh tempoh tertentu utk berada di dalam dunia ini. apabila masa telah sampai utk Allah menjemputnya, pasti tiada siapa yg mampu menghalang. pada masa itulah seluruh ibadah (yg diterima Allah) yg dilakukan semasa hidup akan menjadi penyelamat yg unggul.

manusia dihidupkan apabila diarahkan (ditakdirkan) oleh Allah dan akan ditamatkan hidupnya apabila Allah menentukan masanya telah tiba.


Usia kita sebagai manusia ini boleh diibaratkan sebatang pen...kadang-kadang pen yang baru sahaja kita beli itu,hanya 2 hari sahaja yg dapat kita gunakan kerana dakwatnya telah kering ataupun pen tersebut tidak berfungsi dengan baik,lantas kita buangkan ia,dan kadang-kadang pen yang kita beli itu boleh digunakan berbulan-bulan tanpa ada masalah....sama juga dengan usia kita...jangan katakan yg "berusia" akan meninggalkan "dunia" lebih awal,tetapi kita juga perlu menerima takdir bahawa bila tiba dan saat jemputan daripada yang Maha Esa untuk menjemput orang yang lebih "muda" terlebih dahulu untuk menemui-NYA....


~Tetiba sahaja layaran memori menangkap beberapa detik dan peristiwa tentang sahabat yang telah meninggalkan "kami" sahabat2 perjuangannya di usia yg begitu muda...~pelikkan sepatutnya yg berusia perlu "tiada" dahulu~.........tapi....INGATLAH......ajal dan maut tidak mengenal usia....~saya amat rindukannya...dan kini hampir 9 bulan sahabat saya meninggalkan saya dan rakan2 seperjuangan,smg rohnya di cucuri rahmat...~al-fatihah~....


menyingkap kembali usia yang semakin meningkat.....seringkali saya tertanya2 apa yg sy inginkan sebenarnya dalam hidup ini????.........dan alhamdulillah telah sy temui jawapan apa yg saya inginkan......~biarlah ia menjadi rahsia sy~.....cuma harapan sy biarlah ia diiringi dengan restu umi dan abah serta keputusan yang saya buat ini tidak merugikan mana-mana pihak....dan yang paling penting ialah "kebergantungan" hidup kepada yang MAHA ESA.....(^_^)..first things first..mungkin itu yg terbaik....memperbaiki diri sebaiknya....


~terima kasih buat umi dan abah..yg membesarkan saya selama 24 tahun ini....bersabar dengan anak perempuan tunggalnya ini...kadang2 terasa macam terlebih manja pulak berbanding adik bongsu....nasiblah......keh3...jasa umi dan abah takkan saya lupakan....berbakti pada mereka perlu diutamakan sebelum saya melangkahkan kaki berjalan lebih jauh lagi....


~terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yg tak putus-putus mendoakan "kebahagiaan" sy...doakan kalian amat-amat saya hargai..buat along sy...w/pun terlambat wish..it's ok...coz u sentiasa di sisi saya......buat angah dan adik su...terima kasih sokong dan memberi nasihat apa yg patut.....~terasa rindu zaman maahad dulu`..uhhuk3...


~terima kasih buat sahabat2 perjuangan walau dimana anda berada...saya doakan kalian semua dapat apa yang diimpikan~...


Moga Allah ampunkan diri yang selalu lalai ini, kurniakan daku sekeping hati yang sentiasa rindu untuk menyebut nama Mu ya Allah, berikan daku sekeping hati yang sentiasa insaf atas setiap kelalaian ini. Tubna ya Allah. Tubna ya Allah. Waroja’na ya Allah. Wanadimna ya Allah...
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.


dan sebelum berakhirnya entry kali ini........ingin saya kongsikan sesuatu...buat tatapan diri....



Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.


... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. [Surah Yusuf : 87]

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali Imran : 31]




terima kasih dan saaaaaaaaayang kamooo...my x-rumate...
~rindu kenangan kat bb16~






~SELAMAT TINGGAL 23~
(tp tiada onkos lg nk tukar no. kat cermin mata)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan