Jumaat, 3 Disember 2010

D.i.A.m...............



Sutera ksh m'belai membalut kelukaan itu,

sutera kasih melambai mengisi kekosongan pengharapan,

rela pasrahkan kehidupan mengharungi cabaran,

rintangan perjalanan dihadapan,

Doa dan titis air mata mendamba sutera kasih agar bersemi selamanya..


~Terkadang kita perlu sembunyikan diri utk mencari ketenangan,terkadang kita juga perlu menjadi pemerhati,terkadang kita perlu menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri dari orang lain utk menyembuhkan luka,dukacita dan kesedihan agar tidak tempias kepada orang lain.maka di sini kita dapat 2 kebahagiaan:
1)Kebahagiaan diri...INSYA Allah...innallaha ma'na...
2)Kebahagiaan utk orang lain.

lupakah kita pada firman Allah:

...Dan bertawakkallah kepada dzat yang maha hidup dan tak pernah mati (Al-Furqan:58)

dan jangan dilupa jua...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..."

dah lama sy on off kan fb..entah..mungkin sy perlukan waktu utk "berdiam" seketika...bermuhasabah diri dan cuba menguatkan hati yang semakin rapuh...jiwa yang sedih,hati yang tak keruan dan perlukan pengisian rohani...hurm...x sia-sia sy membeli buku la tahzan edisi 1 baru-baru ni...rupa2nye bermanfaat jugak ye cuti-cuti ni....tgh berusaha untuk membeli dua lagi buku la tahzan edisi 2 dan 3...sekurang-kurangnye...terisi jugak rohani sy di waktu cuti ...saya juga telah membeli 2 biji buku solusi dan newspaper i luv islam...tu pun x abis bace lagi...(^_^)..insya Allah..tengah berusaha untuk menghabiskan bacaan dan meneliti ayat-ayat yg tersusun indah di dalamnya....

Semasa saya tengah membaca solusi isu no.23...saya tertarik dengan satu halaman iaitu halaman muhasabah..~sesuai sangatlah ngan saya,yg sedang mencari-cari sesuatu ini~....lantas,terus sy catit dalam note book sy...skang ni sy n note book berserta pen,sentiasa ada dimana saja sy berada....menulis perkara-perkara penting dan dirasa bermanfaat..terus sy catit..bukannya ape...sekadar membuat modal utk menulis blog dan agar tidak kaku bila berbicara nanti...

Kekuatan mukmin adalah pada HATINYA..Ia raja kepada anggota badan.Apabila hatinya kuat,maka anggotanya dan tindakan juga bermatlamat.Ahli maksiat dan badannya kuat,tetapi hati tetap lemah....

Hurm...bile terbaca ayat sebegini...sy cuba muhasabahkan diri sy...insan yang tak sunyi dari membuat kesilapan ini....,MUJURLAH Allah Maha penyayang dan Maha pengampun...semakin kita jauh darinya,semakin DIA menghampiri kita...terkadang tersadung hampir terjatuh...DIA hampiri kita untuk sedarkannya...terkadang tertusuk duri di jalanan...DIA berikan penawarnya untuk kita merawatnya....Hidup di dunia ini,tidak dinafikan..perkara yang seumpama kayu di jalanan,duri ditepian dan angin beserta kilat yang tak henti mengenai diri kita sering terjadi,walaupun kita berhati-hati melaluinya....tapi sentiasalah ingat...bahawa kita ini hanya manusia biasa,yang tak sunyi dari diberi ujian..layakkah kita dipanggil orang beriman,seandainya tidak diuji?...menyusuri sirah-sirah nabi terutamanya rasul kesayangan kita,ujian demi ujian untuk menegakkan Islam sebagai yang UTAMA dan pemimpin teragung untuk umatnya...lupakah kita pada serikandi-serikandi yang tersenarai dalam sirah-sirah nabawiyyah...ummu khadijah,ummu A'isyah,masitah dan lain-lain lagi....mereka berkorban demi Islam...dan kita?!...berusahalah sentiasa untuk meraih CINTANYA...Allah takkan melupakan kita walaupun sejenak....DIA MAHA MENDENGAR DAN maha MELIHAT...

"Wahai sekalian orang yang beriman,mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah dengan sabar dan mengerjakan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"..(Al-Baqarah:153)..

Jangan sesekali dilupai...bahawa hidup di dunia ini bukan satu jaminan yang berkekalan.Apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan peluang..Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ILAHI...

Hidup ini juga adalah gabungan 2 citra kehidupan...iaitu derita dan Bahagia.Ia adalah menguji keteguhan iman sesorang...beruntunglah bagi orang yang diuji,kerana mereka dilatih utk bersabar,redha dan ikhlas dan amat malanglah bagi mereka yang mengikut kehendak hati kerana mereka tak sanggup menerima penderitaan...

iyap...sy amat beruntung dikurniakan sahabat-sahabat yang membantu dikala sy terjatuh...terima kasih YA Allah kerana kau kurniakan sahabat sepertinya...sape lagi kalau tak my along,huhu...dia sentiasa bagi semangat pada saya,kerana dia je yang tahu semuanya pasal kisah sy...gembira mahupun yang sedih...dia tak pernah tinggalkan saya..dalam keadaan sy yang gelisah itu,dia ingatkan sy 3 perkara..iaitu:

1)Redha 2)Ikhlas 3)Sabar

Ya Allah...kenapalah sy boleh lupa dengan 3 BENDA ni sebelum ini...terkedu seketika...tenangnya rasa hati bila dia nasihatkan saya tentang 3 perkara tersebut....dan ayatnya di akhir..."na,insya Allah,akan ada hikmahnya"....sempat lagi dia menyelit ayt.."awkkan tak der perasaan"...haiyya....ape lah...sengaja bercanda utk sy ketawa...hehehe

~kembali senyum..maal hijrah bakal menjelma~..jalanan dihadapan perlu disusuri dengan tenang......(^__^)

JANGAN DIKENANGI KESEDIHAN lalu,sebaliknya ingatlah kegembiraan yang mendatang....

Tips bagi yang bersedih....lepas baca ni pastikan anda tersenyummmm...hehehe
(terjumpa kat fb kawan..terus copy dan masukkan dalam blog)

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran.

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Insyallah.. :)

~Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan, diam untuk kebaikan..~.....











Tiada ulasan:

Catat Ulasan