Sabtu, 29 Januari 2011

~MeDaN TaRbiAh~




Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”


بسم الله الرحمن الرحيم

Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu
apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada
hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran
dan adakalanya tidak.

Sejenak bertadabbur:

“Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-NYA dan menetapkan apa yang dikehendaki-NYA di sisi Allah ada ibu segala suratan”

(Ar-Ra’du 13:39)

“DIA mengatur urusan dari langit ke bumi,kemudian (urusan) itu naik kepada-NYA dalam satu hari yang kadarnya 1000 tahun menurut perhitunganmu.(As-Sajadah:5)

“Yang demikian itu,ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,yang Maha Perkasa Maha Penyayang”(As-Sajadah:6)


Begitulah sebuah kehidupan…kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan adalah Allah s.w.t.

Alhamdulillah…Akhirnya penyeksaan penantian berakhir jua…seksa ke menanti ni?...bolehlah tahan,terseksa jgk…sy tya ,sy jwb…hehehhe…erm…Tahniah!!buat sahabat-sahabat saya di IPG KKB terutamanya dan lain-lain IPG khususnya kerana dapat berposting dengan jayanya.


Khas utk student opsyen p.a di ipg kkb..Tahniah,tahniah dan tahniah…semoga dapat menjalankan misi “dakwah” di tempat anda dipostingkan….pesanan buat teman seperjuangan dan destinasi mereka….

4 orang dapat kat Pahang-kak he,amni,sabil dan shu….korang balik ngr sdiri tu,ingat2lah kat hamba di sini.di sini???...di mana??..ahha..

2 orang balik johor-Afie dan awe…korang pun balik ngr sdiri…mesti bestkan????

2 orang kat perak-kak ra dan afzan…ahha..bersama lagi korang ye?...ape2 pun semoga bahgia sentiasa,pengorbanan seorang isteri berpisah dengan suami…sabar ye korang eh…J

seorang di Selangor-amirah…tahniah dapat dekat dengan family…

4 orang ke sabah-fairiz,hafiz yassin,asyrof dan hafiz marzuki…PERANTAU tegar di sabah ni…

5 orang ke SARAWAK- syed,pok leh,huzaimi,qadri dan syafiq….dan…..

2 orang tambahan ke SARAWAK-insan yang di pilih oleh-NYA dan merupakan wakil gadis-gadis IPG kkb…Nik n NA…ahha,sep praktikum skali,tidak disangka posting pun skali eh,dah jodoh nak wat cam mane eh nik?….:)

Putaran waktu bakal menemukan kita dengan cabaran yang lebih besar,tatkala meledani perjuangan yang telah diamanahkan oleh ALLAH keatas setiap insan yang mengaku sebagai hambanya...

Bumi kenyalang ialah destinasi NOR ADRINA di medan tarbiah,memikul amanah yang telah di taklifkan kepada dirinya,Mabruk ila nafsi …Alhamdulillah,rezeki di sana….ada hikmahnya…Insya Allah,moga dipermudahkan segala urusan…J…semangat!!!….sematkan niat kerana Allah…khidmatmu amat diperlukan di sana…POSITIF….~__^

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

(Al-Baqarah:286)

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

~The Zikr-Perantau….~

Bermulalah episod kehidupan seorang perantau….

tatkala "hati" dan "akal" berbicara.....Ukirkan rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH...izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu menggantikan dengan rancangan yang baik..Kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik utk kita,mungkin bukan seperti yang manusia sangka.Selalu ada hikmah di sebalik rancangan Allah yang siapkan khas utk kita org yang beriman...
Iyap…Allah lebih mengetahuinya….

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
~Wali band-Ya Allah~
kata pujangga:
Seorang mukmin tidak akan berasa takut dengan tidak tercapainya di dunia,tidak pernah mempedulikannya,dan tidak pernah tergoncang oleh kata henti.Sebab ia percaya bahawa dunia ini akan berakhir,tidak berharga dan fana
Pujangga juga berkata:Terdapat 3 doktor yang perlu anda bincangkan-Kegembiraan,ketenangan dan melindungi diri….manakala 3 musuh yang anda perlu jauhi-Pesimisme(sikap yang melihat sesuatu dari sudut keburukan)…waham(was-was) dan putus asa…
Pesimisme ialah satu sikap yang perlu dijauhi oleh kita…(kita tu termasuk sayalah jugak)…hehehe..pergerakkan minda yang pantas mengatasi reality kadang-kadang begitu merusingkan diri…positif perlu sentiasa ada dalam diri…pemikiran yang negative akan menyebabkan hidup akan rasa “tidak bahagia”…insya Allah..serahkan segala yang ESA..kerana DIA yang akan menentukan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri hambanya….ibtisam daiman....:)

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia


~Cuba-aidil~

~The best plan begins and ends with Allah.May HE show us with HIS Bless~..
Pepatah arab ada mengatakan:
Sesungguhnya kehidupan ini ialah kepercayaan dan perjuangan
ان الحياة عقيدة وجهاد
Inna alhayata a’qidatun wa jihadun.
penerangan keyakinan adalah asas kehidupan,keyakinan kepada masa depan,keyakinan terhadap kekayaan dan pelbagai lagi keyakinan dan kepercayaan.Bersumberkan keyakinan inilah manusia bergerak dan meneruskan kehidupan mereka yang juga memerlukan perjuangan dalam bentuk usaha dan sebagainya.Benarlah,kehidupan ini adalah satu kepercayaan dan JIHAD…
Diri…sila bermujahadah dan bermuhasabah sentiasa yer!!!
“Tidak ada kesusahan@bala bencana yang menimpa sesorang melainkan dengan izin Allah,dan sesiapa yang beriman kepada Allah,maka Allah akan memimpin hatinya(untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar),dan Ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
(At-Taghaabun:11)




Akhir tinta:
DOA ROBITAH buat sahabat-sahabat dan diri di medan tarbiah……..
Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihani-MU,bertemu untuk mematuhi(perintah)-MU,
Bersatu memikul beban dakwahMU.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-MU,
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,Kekalkan kemesraan antara HATI-HATI ini.Tunjukkanlah kepada hati-hati ini kebenaranMU (yang benar)
Penuhkan Hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-MU yang tidak akan malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keimanan dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepada-MU.
Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah(pengetahuan sebenar) tentang-MU.
Jika ENGKAU mentakdirkannya mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-MU.
Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya ALLAH PERKENANLAH PERMINTAAN KAMI INI…
“Ya Allah,aku memohon dari-MU ilmu yang bermanfaat,rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit”

Allahummala sahla illa ma ja'altahu sahla,wa anta taja'l huzni iza syi'ta sahla.

Ya Allah,ya tuhanku tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah,sedangkan tanah yang gersang sahaja,Apabila Engkau kehendaki ia menjadi subur(Hadis riwayat ibnu sunni)

pantun posting...........

Cantik sungguh sang puteri,

gelaran diberi cik siti,

Bukan niat membawa diri,

Tapi ku pergi mencurah bakti.


Warna pink si labah-labah,

diorder dari las vegas,

Usah risau duhai umi dan abah,

Anakmu pergi menjalankan tugas.


Comel sungguh si anak angsa,

Dibeli oleh saudagar khana,

niat mendidik anak bangsa,

agar menjadi generasi sempurna.


Duduk termenung si anak dara,

Terpikir sesuatu sambil berdiri,

Cuba mengubat hati yang lara,

Bimbang tak terpikul amanah yang diberi.


Amy mastura artis lama,

berdrama dalam ratu impian,

5 tahun 1/2 kita bersama,

dengan niat 1 tujuan.


Buah "star"namanya pelik,

makan bersama papa dan mama,

aiii...mengajar si anak cilik.

sabar adalah tunjang utama.


Membaca novel sambil makan,

novel berjudul lentera mustika,

selamat tinggal ku ucapkan,

kita bertemu di lain ketika.






Dalam merdu irama bertingkah
Tak lupa pada kuasaNya
Tiap lafaz kata
Juga atur langkah
Tak pernah putus dari mengharap keredhaanNya

Dengan mengingati Allah
Hati akan menjadi tenang
Bertakbir Bertasbih Bertahmid

Subhanallah
La Ilaha illallah
Agungkan kebesaran Allah

~zapin zikir-suhaimi...~


Selasa, 25 Januari 2011

NuKiLaN BuAt teMaN






Sesekali berpantun:

Bersama sahabat bersuka ria,
Bersuka ria di pantai Melaka,
Pertemuan melakar ceria,
Perpisahan membuah duka.


Dalam dunia ini,kita tidak punyai sesiapa,

Kecuali diri sendiri,tetapi…

Dalam kita bersendirian,

Kita beruntung kerana MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT

YANG MEMAHAMI KITA…

sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan,

dan kejujuran seorang sahabat…

begitulah jua dia,

tapi kita sering terlupa akan hal itu,

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janji,

Kita tidak memberi dia peluang,

Untuk menerangkan keadaannya,

Bagi kita,itu alasannya utk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,

kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati,

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,

Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?..

Seperti kita…

Dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa,

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang memahami,

Yang selalu berada di sisi,

Pada waktu kita memerlukannya,

Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian juga kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,

Selalunya kita asyik menceritakan tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang kita terlupa,

Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi,

Bersama kita.

Pernahkah kita memberi peluang kepadanya

Untuk menceritakan kebimbangan dan rasa takutnya,

Pernahkah menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat .

Setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan bahawa kita boleh dipercayai?

Kita boleh dijadikan tempat utk bersandar,

bila terasa lemah agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia menyandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang bercerita…

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,

Kerana dia juga seorang manusia?

Dia juga ada rasa takut ,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,

Dia juga ada kelemahan,dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan,jadilah kita sahabatnya itu,

Kita selalu melihat dia ketawa,

Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang dia sangka,

Disebalik senyumannya,

Mungkin byk cerita sedih yang ingin diluahkan,

Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,

Kita tidak tahu,

Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu,

DAMAINYA SEBUAH PERSAHABATAN..

Jika saling memahami,

Marilah wahai sahabat2 tersayang..

Kita semai sinar kasih sayang dihati ini,


RENUNGILAH…

Hargailah sebuah persahabatan kerana...

disebaliknya tersimpul segala-galanya,

Satu-satunya cara utk kita memperolehi kasih sayang,

Ialah JANGAN MENUNTUT agar kita DICINTAI,

Tetapi mulailah memberi kasih sayang,

Kepada org lain tanpa MENGHARAPKAN BALASAN,

ORANG YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN ADALAH

SAHABAT YANG BAIK,

DAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN ,

ADALAH SAHABAT PALING BAIK,

Jika kamu tak mahu kehilangan insan yang menyayangimu,

Dengan kekecewaan,

Hargailah kehadirannya dengan keberkatan dan kasih sayang…(~__^)







Berpisah jasad sudah ketentuan,
Biarkan ia subur dalam ukhuwah,
Bisikan doa sebagai laluan,
Di dalam nukilan kini terluah.

P/S:

Dari A’isyah r.a ,nabi s.a.w bersabda:Orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sukakan permusuhan.

(Riwayat Al-Bukhari)

Bandingan orang mukmin dalam berkasih sayang,bekerjasama seperti satu jasad.Apabila ada anggota yang sakit,seluruh jasadnya berasa sakit,panas dan berjaga malam.

(riwayat Al-Bukhari)





Dan aku…masih di sini,
Terus mendaki..
Puncak tertinggi hidupku,
Dan aku…
Terus menanti…
Saat yang manis,
Akan berulang kembali…
Sahabat…
~DEVOTEES-SAHABATKU~

Jumaat, 21 Januari 2011

~SeKiLaS PaNdAnGaN….CheCk……~


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Dunia ini diibaratkan sebuah medan pertempuran…Di suatu saat kita kan menang,dan di suatu saat kita kan kalah,namun kalah biarkan kalah yang digelar “syahid” bukan kalah dengan istilah “mati katak” yang tak membawa apa-apa makna….Di saat kita berada di puncak kemenangan,JANGAN sesekali di lupa pada YANG MEMBERI KEMENANGAN itu…tanpaNYA kita takkan menang….TAPI sudah menjadi aturan dunia yang menang takkan sentiasa menang…sesekali akan “terjatuh” jua…betul tak????....saya ingin memetik kata-kata motivasi yang pernah saya dengar …NIKMAT itu sesekali,namun bersyukur perlu sentiasa….


Hurm…tajuk entri saya kali ini sepertimana yang saya tulis diatas …”Sekilas pandangan…Check”…erm…ape ye???


kali ni kita bicara tentang UJIAN….exam ke?...kalau student tiap-tiap sem,tidak dapat tidak ,akan hadapi exam semester…cumanya exam yang ingin diutarakan bukanlah exam peperiksaan tapi “exam” dalam “kehidupan”…..hurm…..


Exam hidup ataupun ujian hidup ini diibaratkan sebuah adat pertandingan…ada yang menang dan ada yang kalah,Untuk si pemenang..TAHNIAH diucapkan kerana dapat melepasinya dengan baik,tingkatkan prestasi dan teruskan menggilap kemenangan agar terus menjadi JUARA…..Bagaimana yang kalah pula????....sedih itu pasti,kecewa itu mesti…TAPI….JANGAN sesekali menganggap diri kalah untuk selamanya….Bahkan jadikan kekalahan itu untuk kita memperbaiki diri dan kumpulkan kekuatan yang baru untuk terus bangkit…tidakkah sesuatu kekalahan itu akan mengajar kita sesuatu yang berharga????...


Okey2….sabar dulu…izinkan saya bernafas untuk tenang seketika…


Ingin saya kongsi satu pepatah arab”

انت بالنفس لا بالجسم انسان

Anta binnafsi la biljismi insan


Penerangan dari pepatah arab tersebut:Beza manusia dan binatang ialah manusia dikurniakan AKAL dan JIWA.Kalau nilai manusia pada badannya,maka apa bezanya dengan binatang tadi.JADI,insannya seorang insan adalah insan kerana jiwanya,JIWA pula termasuk akal dan akhlaknya.


Akal dan jiwa dua aset berharga yang Allah bagi kat manusia ni,HARGAINYA sebaik mungkin!!!....tidakkah jika kita melakukan tindakan tanpa meletakkan fikiran diawalnya dikatakan kita ini persis binatang yang tiada otak…oh,maaf sedikit kasar…bukan berniat nak menutur kata yang kasar tapi itulah sebaik-baik pengibaratan yang saya boleh lakukan.


Apa kaitannya dengan ujian,hati dan jiwa???


Di sini ingin sekali saya tegaskan…JANGAN sesekali mengambil jalan salah tatkala dilanda ujian,kelak akan memakan diri….


Ingin sekali saya memetik kata-kata Saidina Umar Al-khattab:

“Jika aku mendapat ujian duniawi,aku bersyukur kerana terdapat padanya nikmat.Pertama,ujian itu tidak ada kaitan dengan agama.Kedua,ia tidak besar berbanding dengan ujian agama.Ketiga,aku akan mendapat keredhaanNYA dengan ujian ini,Keempat aku mengharapkan pahala daripada-Nya”


Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah... .dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap dan jawapan ada di dalamnya...


Allah menguji manusia yang beriman padanya dengan pelbagai cara,Nabi bersabda:

Tidak ada satu musibah pun yang akan menimpa keatas seorang muslim,samada kepenatan,sakit yang kronik,kerisauan,kesedihan,sebarang kesakitan dan kemurungan sehingga duri yang terkena dibadannya melainkan ia akan menjadi baginya terhapus dari dosa-dosa”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Setiap persoalan ada jawapannya,ayuh..kita selongkar satu persatu:


KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK???~begitu tertekan nampaknya~~sabar!!

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?~berat ke??~


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah Al-Baqarah ayat:286)


RASA FRUST???kasih terhenti dipertengahan jalan??..~usah MENCARI tapi teruskan MENJADI,itu kan lebih baik~


Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.(Surah Al-Imran ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA???


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Surah Al-Imran ayat:200)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA NATIJAHNYA AKU DIUJI?...


Duhai sahabatku……


Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..(Surah At-Taubah ayat 111)


Terus diasak persoalan….Tolong jawab,pada SIAPA HARUS AKU BERHARAP??...


Lupakah kamu pada tuhan Rabbul izzati…yang menciptakan kita dan mematikan kita???....

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.(Surah At-Taubah ayat 129 )


Arghh….AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


sahabatku….

…Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatanKU,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit(surah Thaha:124)

Setiap persoalan tersebut ada jawapannya…


Abu Al-Ittahiyyah berkata:

Betapa seorang hidupnya terancam,

Namun Allah sentiasa menjaganya,

Dan memberi yang terbaik untukmu,

Masih sahaja engkau membenci segala keputusan-NYA????


Saya belum habis bicara lagi sahabat….

Jom kita renung beberapa sejarawan islam…


Kisah 1:

Umar mengatakan:”Inilah aku,Tidak pernah aku menuntut,malah aku menikmati apa yang telah ditetapkan dalam qadha’”

Ertinya Saidina Umar sangat bahagia menghadapi qadha’ dan qadar Allah,baik yang manis mahupun baik.


Kisah 2:

Abu Dzuhaib al-Hudzli pernah kehilangan 8 orang anaknya kerana wabak penyakit taun,Apakah reaksinya??Dia tetap beriman,berserah diri,dan tunduk kepada Qadha Tuhannya seraya berkata:

Kepada orang yang suka mencela.

Sungguh aku tidak pernah menyerah,

Atas perjalanan waktu,

Jika harapan dan impian sudah menggenggam,

Dan mengajar jalan hidupmu,

Tak akan bermanfaat lagi,

jalan yang ampuh,


Firman Allah Subhanahu Wa Taa’la:

Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah...(At-Taghabun:11)


Kisah 3

Ibnu Abbas kehilangan pandangannya(buta) tapi dia berkata sambil menghibur dirinya:


Jika Allah telah mengambil sinar

Dari redha mataku

Masih bersisa di hati dan sanubariku

Cahaya yang lain

Aku masih dianugerahi hati yang cerdas

Sang aqal yang tidak menyimpang

Sedang lisanku dibuat tajam

Bagaikan pedang menyambar


~indahkan kata-kata diatas,saya benar-benar terpaut dengan setiap butir bicara Ibnu Abbas~

Demikian Ibnu Abbas menghiburkan dirinya dengan mengingat berbagai nikmat yang terdapat pada dirinya,meskipun kehilangan sedikit nikmat.


Kisah 4


Abdullah bin Ash-Shammah saudara Duraid telah terbunuh.Maka Duraid pun menghiburkan dirinya setelah menyedari bahawa dirinya telah membela saudaranya itu sekuat tenaganya.Namun,tidak ada jalan menghindari takdir.Saat kematian saudaranya,Abdullah,DURAID berkata:


Aku serang kuda hingga lari terbirit-birit

Meski aku berlari di tengah gelita malam,

Aku bersedih dan cuba menghiburkan hati,

Saat salah seorang saudara mati dan menjadi sedar diri,

Bahawa tiada yang kekal hidup di dunia,

Aku cuba menahan diri,

Untuk tidak berkata kepadanya,

Bahawa anda berdusta,

Dan aku pun tidak kikir

Menyembunyikan apa yang kumiliki.


Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahawa beliau pernah memberi nasihat dan ,menghibur orang-orang yang ditipa musibah:


Lupakanlah hari-hari yang lalu,

Dan kerjakan apa yang kau suka,

Dan siapkan diri saat qadha’ telah bertindak

Jika qadha’ telah turun pada suatu kaum

Tidak ada bumi dan langit

Yang mampu menolaknya.


Betapa kita sering takut kepada kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba.

Betapa sering kita mengira bahawa apa yang datang kepada kita adalah sebuah ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata sebaliknya.

Sesiapa yang menyedari bahawa Allah berkuasa atas segala urusannya,mengapa mesti takut kepada kekuasaan dan perintah orang lain?Bagaimana mungkin orang sedar bahawa segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah,akan takut di bawah kekuasaan-NYA?Orang yang takut kepada Allah,mengapa harus takut kepada selain Allah.


Bukankah tuhan telah berfirman:

...janganlah kamu takut kepada mereka,tetapi takutlah kepadaKU...(Al-Imran:175)

Empat kisah yang telah saya sedut dari buku la tahzan karya Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni edisi 2,telah membuka mata saya untuk melihat betapa hebatnya mereka ini dalam menghadapi ujian yang Allah berikan kepada mereka....


Cuba koreksi diri kita,sejenak...


Di sini saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan...sama-sama kita amalkan...insya Allah...hilang resah.hilang gelisah....hadir ketenangan...


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut.


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak

patut di ungkapkan.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari

esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.

menasihati itu utk muhasabah diri,menerima nasihat itu pembuka hati yang alpa....sama-sama kita saling ingat-memperingati....kadang-kadang apa yang kita nasihatkan pada orang lain akan "mengena" pada diri sendiri...disaat itu kita di "uji" masa itulah kita akan tahu kuat atau lemahnya diri kita....entri ini sekadar perkongsian dan renungan utk masa hadapan,tatkala diri bakal dilanda mehnah dan tribulasi....hidup ini PASTI dan MESTI akan diuji,kerana insan yang Allah sayang akan sentiasa dekat dengan Allah dan meminta pertolongan dariNYA,selain dari itu untuk kita sentiasa berkasih sayang denganNYA tanpa henti...

Muhasabah Memperbaiki niat,

Muhasabah menjana taubat,

Muhasabah menjadikan kita insan yang beringat....


Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi

Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…