Sabtu, 1 Januari 2011

1.1.11...aDa APa pAdA UsiA dAn WaKtU???....



Sebuah Hadith sohih>>>Seandainya nilai dunia ini di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,nescaya Allah takkan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Hadis ini menjelaskan bahawa ,menurut Allah dunia ini tidak berharga dari sayap seekor nyamuk pun…sedarkah kita tentang sebuah hakikat nilai dan timbangan dunia di sisi Allah??lalu mengapa kita perlu gelisah dan resah memikirkannya????

Menjelang tahun 2011 iaitu 1.1.11 bersamaan dengan 26 Muharram 1432H..ingin sekali sy mencoretkan sesuatu yang berharga untuk tatapan diri dan renungan bersama ,tentang sebuah perjalanan hidup yang tiada kesudahan…mungkin…berkesudahan tp tidak tahu bila ia akan berakhirrrrrr…

Apabila sy menulis perkataan “Akhir” di entry saya kali ini…sy bertanya pada diri sendiri…akhir bagaimanakah yang ingin sy inginkan dalam hidup ini…samada berakhir dengan sebuah kemanisan(Insya Allah,syurga yang diharapkan) ataupun berakhir dengan sebuah kepahitan(neraka???wanauzubillahi min zalik)…Akhir ialah noktah kehidupan seseorang yang hidup diatas dunia ini…diawalnya kita dilahirkan, kemudian kita berhadapan dengan proses-proses Hidup..bermula dari peringkat anak kecil@ baby...kemudian meningkat ke alam kanak-kanak,jika dipanjangkan usia, kita akan melangkah ke alam remaja,jika diizinkan Allah, kita akan terus melangkah ke alam dewasa…adakah hidup kita akan terhenti di alam dewasa ini,ataupun dilanjutkan usia kearah dewasa-dewasa(tua@usia emas)…..

“Berhenti” ataupun dengan kata lain” mati “adalah satu perkara yang akan ditempuhi oleh setiap manusia di dunia ini….perkataan mati itu sendiri begitu menggerunkan bukan???...jika tiada amalan yang mencukupi,bagaimanakah kita hendak bertemu dengan pencipta kita?..bagaimanakah kita hendak menjawab persoalan-persolan yang bakal diajukan pada kita?...ma rabbuka?>>apa nak dijawab nanti?…di dunia kita masih boleh menjawab tapi di akhirat kelak…tiada siapa yang boleh menjawab kecuali AMALAN kita sendiri…

USIA sering dikaitkan dengan perjalanan waktu,bermula dari hari berganti bulan dan bulan berganti tahun..usia juga sering berkaitan dengan perubahan angka,bermula dari angka 1,2,3 dan….perubahan dari angka 4 ke angka 5…hurm…Usia umpama harta..bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya,Harta yang berkat sedikitnya mencukupi.Banyaknya boleh diagih-agihkan.Begitulah usia yang berkat,pendeknya bermanfaat,panjangnya melimpahkan kebaktian….

Sengaja saya memilih tajuk artikel kali ini berkaitan dengan usia(walaupun pertukaran angka dari 4 kepada 5 lambat lagi)…..(^__^) …kenapa sy memilih tajuk”usia”???...ada sebabnya…kerana sy ingin mengingatkan diri sy bahawa sy dah mula melangkah setapak lagi…iyapppppp…alam kerjaya..Insya Allah….dan,makin dekat dengan hujung usia..bukan bilangan angka yang ingin sy persoalkan, tetapi ada sesuatu yang berharga yang ingin sy kongsikan…

Umur itu Modal????iye ke??...sy mengiyakan apabila sy membaca solusi 24..menyatakan bahawa usia ini modal utk kita menuju ke hari akhirat yang kekal abadi.UMUR yang Allah bagi ini perlu digunakan secara OPTIMUM…ia tidak boleh dipersiakan dan perlu dimanfaatkan…sebagai contoh mudah,dulu saya seorang pelajar…bila sebut je pelajar,mestilah WAJIB utk belajar,dan kini saya bukan lagi seorang pelajar,tidak bermakna saya perlu BERHENTI untuk BELAJAR…Belajar dan terus belajar..Bagi hamba Allah yang taat,umur ialah peluang utk menambahkan kebaktian dan kebaikan…Di usia yang Allah kurniakan kepada hambanya ini…seharusnya kita menggunakan sebaik mungkin utk kita memperbaiki kesilapan kita yang lalu dan bersyukurlah kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan memperbetulkan diri...Rasulullah S.A.W mengingatkan tentang keutamaan usia ini melalui sabdanya:
“Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian,jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yang berbuat buruk,mungkin sahaja dia akan memohon keampunan”,(Riwayat Al-Bukhari)

Panjang dan pendek umur manusia tidak sama.Kehadiran kita di dunia ini diumpamakan seperti menaiki sebuah bas dengan destinasi yang berbeza.Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian,tetapi turun lebih awal.Maksudnya,ada manusia yang baru dilahirkan tetapi usianya tidak panjang…sudah sampai ajal dan pendek umurnya..siapa kita utk menolak jika di angka” 4 “atau di angka “5”kita akan dijemput OLEH KEKASIH kita utk bertemu denganNYA??….Penetapan ajal ini sangat rahsia dan hak mutlak Allah menentukannya…

"Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Oleh sebab umur kita ini tidak diketahui panjang atau pendek,seharusnya hendaklah kita bersedia bila-bila masa utk bertemu ILAHI.Setiap individu mempunyai ketetapan masing-masing.Penetapan usia telah ditentukan semasa manusia berada di alam rahim lagi.Antaranya rezeki,tempoh kematian,celaka dan juga bahagia.


HANYA SATU SETENGAH JAM????


“Umur umat-umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun.sangat sedikit umurnya yang lebih daripada itu”(Riwayat Tarmizi)

Secara kasarnya perhitungan manusia ini adalah sekitar 63 tahun(sama dengan umur nabi Muhammad ketika wafat.Kita dikira seorang yang berjaya jika kita mencapai usia 50 tahun kerana ramai yang menemui ajal sebelum mencecah umur 50 tahun pun.Sekalipun berjaya mencecah usia 63 tahun,tempoh ini dikira terlalu singkat berbanding jangka masa yang hidup di akhirat yang kekal abadi(infiniti).Sebagai perbandingan,Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari diakhirat disama ertikan dengan 1000 tahun di dunia…Allahuakbar…hebatkan,tak terjangkau dek akal apabila kita memikirkan(usah difikir,bukan menjadi point utama)…yg menjadi perkara utama yg perlu kita fikirkan ialah..berjayakah kita utk hidup di dunia dengan menjadi hamba yang soleh @solehah selama mana kita diberi peluang utk bernafas di dunia ini??dengan hanya 1 ½ jam sahaja hidup diakhirat dan di dunia kita berusia 63 tahun..Masa yg terlalu singkat…Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan dapat kita rasai di dunia tetapi kita akan dapat rasai hakikat ini di akhirat.Firman Allah yang menjelaskan hakikat ini berbunyi,yang bermaksud:”Dan (ingatlah)masa tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak)dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan dengan sekadar satu saat sahajadaripada waktu siang hari.Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri.Sesungguhnya rugilah orang yang telah mendustakan hari menemui Allah utk menerima balasan,dan yang tidak mendapat petunjuk(ke jalan yang mencari untung semasa di dunia).”(Surah Yunus 10:45)

Sebenarnya tempoh kita selama 1 ½ jam ini adalah tempoh yang agak kritikal untuk kita menjadikan diri kita ini kearah bahagia mahupun celaka ketika di akhirat.Usia kita adalah tempoh untuk kita “berniaga” dengan perniagaan yg ditawarkan oleh Allah kepada hamba-hambanya.Perniagaan ini telah dinyatakan oleh Allah sendiri dalam firmannya surah Al-shaff yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-NYA serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”.(61:10-11)





Inilah perniagaan yang ditawarkan oleh Allah kepada kita dan modalnya adalah UMUR…


~kita renung sejenak lirik lagu ini~
Andaiku tahu,
kapan tiba ajalku,
ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan usiaku
Andaiku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan KAU ambil nyawaku…


UMPAMA BERADA DI DEWAN PEPERIKSAAN


Umur yang singkat 1 ½ JAM(ukuran akhirat),ketika berada di dunia samalah dengan kita berada di dewan peperiksaan dengan tempoh masa yang diberikan untuk menjawab satu kertas soalan peperiksaan di sekolah.Oleh yang demikian,hidup di dunia ini diumpamakan seperti seperti menduduki peperiksaan selain daripada berniaga.Allah telah menjelaskan bahawa hidup ini adalah menghadapi ujian.
Firman Allah:“Yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji kamu,siapakah antara kamu yg terbaik amalannya”.(Al-Mulk 67:2)

Sekarang kita Tanya diri kita masing-masing…

a)Bagaimana sikap seorang yang sedang berniaga?..adakah bersikap sambil lewa?..ataupun seorang peniaga yang mencatat setiap aliran tunai debit dan kredit(teringat zaman amik exam akaun dulu,owh..tiada kaitan dengan kisah yg sedang kita bicarakan,sekadar selingan sahaja)…apakah kita rugi atau untung setelah sehari,seminggu,sebulan dan setahun berniaga?....

b)Bagaimana sikap seorang pelajar yang sedang hadapi peperiksaan?????...adakah dia berbual-bual,melakukan aktiviti TIDOW sepanjang peperiksaan berlangsung ataupun berangan-angan utk berkahwin seusai exam berlangsung(ada ke yg fikir cam tu??)…hurm…adakah pelajar itu menggunakan masa yang sebaiknya untuk meneliti dan menggunakan masa yang begitu cermat untuk menjawab soalan yang diberikan?..Lepas satu-satu soalan diteliti dan diperhati…sekali menoleh jam di tangan,yang pasti pergerakan masa tetap berjalan..jika masa semakin hampir dengan penamat,dia akan mempercepatkan proses berfikir dan melajukan pergerakan tangan menulis jwpan(semua pelajar pasti ada pengalaman ini,termasuk sy sendiri)…Jika soalan sudah habis di jawab dan masih ada MASA,dia tidak akan membuang masa bahkan akan terus menyemak semula jawapannya.Apakah sudah tepat ataupun perlu diperbetulkan?

Maka begitulah sewajarnya sikap hamba Allah ketika hidup di dunia.Dia hakikatnya sedang berniaga dan sedang menghadapi peperiksaan.Jika setiap manusia menyedari hakikat ini, masakan mereka masih boleh tergamak mensia-siakan masa.Walaupun kita tidak tahu bilakah tempoh usia akan tamat,sepatutnya kita sedari bahawa semakin lama kita hidup semakin pendeklah baki usia yang masih tinggal.Bukankah hari demi hari kita menggunakan jumlah masa dalam tempoh usia yang telah ditetapkan di alam rahim itu?...

Firman Allah yang bermaksud:”Apabila telah datang ajal mereka,sekali-kali mereka tidak dapat menunda atau menyegerakan walau sesaat”(surah Al-A’raf:34)




Kita harus sedar bahawa disana ada ajal yang telah ditentukan yang tidak boleh disegerakan dan tidak boleh ditunda walaupun penduduk langit dan bumi bersatu melakukannya.Dengan adanya ketentuan ajal inilah seorang hamba boleh merasakan ketenangan,ketenteraman dan keteguhan hati.

Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya..”(Al-Qaf:19)

Ingin sy bawa… awak,kamu,dan dia mengimbau kembali kisah-kisah……..

Firaun celaka dengan kedudukannya,Qarun binasa kerana hartanya,Umayyah bin Khalaf hancur kerana perdagangannya dan Al-Walid sengsara kerana anak-anaknya.Demikian juga Abu Jahal yang binasa kerana kedudukannya,Abu Lahab sengsara kerana bangga dengan kedudukannya,Abu Muslim kerana kekuasaanya,Al-Mutanabbi runtuh kerana kemahsyurannya,Al-Hajjaj dengan sikapnya yang bongkak diatas bumi dan Al-Furat dengan kezalimannya sebagai menteri…

Sebagai akhir kalam,sama-sama kita baca,kita fahami ayat suci Al-Quran yang mencatat beribu-ribu cerita,pedoman,pengajaran dan panduan untuk kita….

Firman Allah:“Sesungguhnya hanya di sisi Allah,ilmu tentang hari kiamat,Dan DIA yang menurunkan hujan,dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui(dengan pasti)apa yang dikerjakannya esok.Dan tidak ada seseorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana yang dia akan mati.Sungguh,Allah Maha Mengetahui,Maha Mengenal.”(Surah Luqman:34)

Sama-samalah kita muhasabah diri tatkala usia semakin hampir dengan penamat…meningkatnya usia bukanlah sesuatu yang digembirakan tetapi ia diperlukan untuk menilai sejauh mana kita sebagai hambaNYA yang dhoif ini untuk mendekat kepadaNYA…


~catatan 1 januari 2011 bersamaan 26 Muharram 1432H~….bermula kehidupan menuju destinasi yang pasti….mencari sesuatu untuk sesuatu……..

من يوم لأخر فى تحسن من قبل ايام, باذن الله,انشاءالله...رب يسر ولا تعسر




1 ulasan: