Rabu, 5 Januari 2011

rEaLiTi SeBuAh kEhIdUpAn...!!!!






Semaikan ISLAM dihati...Tanamkan IMAN nan suci...

Bajai TAQWA setiap hari...Berbuahlah BAHAGIA hakiki...


Dari Sa'id Bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu dia berkata,"Aku pernah bertanya:Wahai Rasulullah,Siapakah yang paling keras cubaannya?Beliau menjawab"para nabi",kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi.Maka seseorang akan diuji menurut agamanya.Apabila agamanya kuat,maka cubaannya juga berat.Dan apabila di dalam agamanya ada kelemahan,maka dia akan diuji menurut agamanya.Tidaklah cubaan menyusahkan seseorang hamba itu sehingga dia meninggalkannya berjalan diatas bumi dan tidak ada kesalahan pun pada dirinya.


Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu. Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.


Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.


Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh- sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?

Fikirkanlah!.

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan". Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut! Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!! Tiada siapa yang berhak mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari. Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!.........

Tiada siapa yang hidup di dunia ini yang tidak pernah membuat kesilapan...jika ada pun hanyalah orang yang membuat kesilapan dan tidak mahu mengakuinya...gagal mengaku yang diri bersalah dan gagal menundukkan keegoan lantaran diri sudah terasa HEBAT....

Dengan siapa kita nak hebat??dengan pencipta kita yang menjadikan kita???....alangkah tidak malunya kita merasa diri hebat sedangkan DIA yang menjadikan kita.....

Kepada Siapa harus kita mengadu andai diri tidak lagi mampu berdiri lantaran kegagalan menghimpit???....Anda dan saya tahu ..bahawa "bergantung" sepenuhnya pada Allah adalah cara yang terbaik untuk kita meraih kebahagiaan dunia malahan mendapat ganjaran di akhirat.

Firman Allah:"Katakanlah,siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan)Allah.Jika DIA mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu,mereka itu tidak akan mendapat pelindung selain daripada Allah"(Surah Al-ahzab:17)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.

"setiap kesulitan akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tak menghiraukannya lagi~(Imam malik)

"Sometimes..by winning something it is not good for you.But sometimes,by losing something it very good for you~..(^__^)

~gema kalimah alunan yang ESA,
Hiasi seluruh semesta,
Hanya padaNYA tempat meminta,
Damaikan resah yang melanda,
Bersatu rahmat dan kasih sayangNYA,
Limpahi semua hamba,
Tiada yang disembah melainkan Allah,
Hanya DIA yang MAHA KUASA,MAHA PEMURAH........

~Zapin zikir by suhaimi~

~perkongsian doa~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan