Khamis, 13 Januari 2011

~SaBaR,PoSiTiVe dAn sAiNs~


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.......

كيف حالكم جميعا؟؟

~EKSPLORASI diri membaca zahiri...menyingkap realiti yg tersembunyi...
EKSPLORASI hati mengungkai nubari..cermin peribadi bias tulus budi~
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam jumaat dan salam keceriaan buat semua....kali ini entri saya berkenaan "sabar,positive dan sains"...cuba kita sama-sama selami dan fahami...adakah benar ada perkaitan antara 3 rangkaian berikut?...

Beberapa kajian mengenai fikiran positif telah ditemui..apa kata kalau kita susuri satu persatu...

kajian pertama:

Fikiran positif akan meningkatkan kesihatan seseorang. Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari. Penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine bagi edisi November / Disember, 2001.

Kajian kedua:


Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria. Para saintis merumuskan hal ini mungkin disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menjadi semakin baik dirangsang oleh fikiran yang positif. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah American Psychological Association's Journal of Personality and Social Psychology pada tahun 2002
Kajian ketiga:

Mereka yang berfikiran negatif sering kali dihinggapi tekanan atau stress. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat di dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah dan apabila ini berlaku di dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Kajian keempat:

Mengikut satu lagi kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan boleh menyebabkan pembuluh darah koronari menguncup (constriction) dan hal ini meningkatkan risiko seseorang diserang sakit jantung koronari. Homocysteine pula ialah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Justeru peningkatannya ketika stres meningkatkan risiko diserang penyakit ini.

Kajian kelima:

Web MD Health bertarikh 25 September 2000 melaporkan, mengikut beberapa kajian, mereka yang mengalami tekanan yang kronik mempunyai kadar sel putih yang rendah. Sel-sel putih merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan di dalam darah dan penurunan kadarnya mendedahkan seseorang kepada infeksi kuman.

Pengeluaran hormon cortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat dan apabila keadaan ini berterusan seseorang boleh menghidap penyakit darah tinggi. Tekanan juga merangsang pengeluaran hormon adrenaline dan homocysteine. Hormon adrenaline memudahkan proses pembekuan darah dan ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung berlaku.

setelah kelima-lima kajian diatas telah kita temui,dan ia berkaitan sekali dengan sudut sains, mekanisme saintifik yang bergerak selari dengan kehidupan manusia...~agak kepeningan utk memahami bahasa-bahasa sains...tp perlu diketahui juga kerana ia adalah ilmu~

seterusnya kita kembali menjelajah kisah Perang Badar dan perang khandak...ape kaitannya pula dengan fikiran positif???...tahukah kita kemenangan umat islam ketika Perang Badar dan perang khandak dikaitkan dengan "positive thinking"...

ketika berlaku Perang Badar tentera Islam berjumlah hanya 313 orang berbanding tentera Quraisy 1,000 orang. Namun tentera Islam dapat mengalahkan Quraisy. Demikian juga di Perang Khandak, tentera Islam berjumlah 3,000 orang berbanding tentera Ahzab 10,000 orang. Di Yarmuk tentera Islam berjumlah 39,000 orang berbanding tentera Rom 240,000 orang. Di Qadisiyah pula jumlah tentera Islam ialah 41,000 orang berbanding tentera Parsi 200,000 orang.

Dalam kesemua peperangan ini umat Islam dapat mengalahkan musuh-musuh mereka! Di manakah terletaknya kekuatan umat Islam? Ya, di dalam diri mereka.

Benarlah nabi ketika baginda bersabda, “Keadaan orang mukmin amat menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya jika dia menghadapi kesusahan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.” (Muslim)

Teramatlah beruntunglah orang-orang Islam kerana mereka dididik oleh al-Quran dan Sunah untuk berfikiran positif bertunjangkan iman dalam setiap keadaan. Letaklah mereka di manapun, mereka akan cemerlang.

Fikiran Positif Dari Penjuru Taif

Ketika Islam ditentang dengan kerasnya di Mekah, di akhir bulan Syawal tahun ke-10 selepas kebangkitan nabi (mengikut Abu Zahrah dalam Khatimun Nabiyyin), nabi bertolak menuju ke kota Taif bertujuan untuk menyebarkan Islam di sana. Baginda ditemani oleh sahabat Zaid bin Harithah. Setibanya baginda di Taif baginda menemui pemuka-pemuka Taif terlebih dahulu dan mengajak mereka kepada Islam. Sambutan masyarakat Taif terhadap seruan nabi amat dingin sekali. Hamba-hamba sahaya serta kanak-kanak dari kalangan Bani Thaqif melempari baginda dengan batu sehingga berdarah kepala serta kedua belah kaki baginda. Nabi pun mengundurkan diri dan berehat di bawah satu pohon yang rendang dan terus bermunajat kepada Allah. Antara isi munajat baginda ialah, “Jika Engkau tidak murka ke atas ku aku tidak mempedulikan apa yang telah berlaku.”

Mengikut Imam Muslim, ketika itu datanglah malaikat penjaga gunung meminta izin kepada baginda untuk menimpakan gunung Taif ke atas mereka. Hasrat malaikat gunung ini dilarang oleh nabi. Sebaliknya baginda berkata, “Aku mengharapkan Allah akan membangkitkan dari kalangan mereka satu generasi yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukan apa-apa pun dengannya.”

Inilah kesabaran dan fikiran positif yang tidak ada tolok bandingannya. Baginda mendapat kesempatan untuk membalas dendam ke atas Bani Thaqif, namun baginda bersabar dan tidak berputus asa. Lebih dari itu baginda berkeyakinan bahawa masa depan mereka masih cerah. Tidak mustahil pada suatu hari nanti generasi muda dari kalangan mereka akan memeluk agama Islam.

Pernahkah anda menemui fikiran positif yang lebih hebat dari ini?

Musibah Dan Sikap Yang Betul

Umat Islam menyedari sejak dari awal lagi dunia ialah tempat ujian dan tribulasi dan syurga ialah tempat kesenangan yang abadi. Justeru umat Islam bersedia untuk bersabar dengan segala ujian di dunia. Pada ketika yang sama mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 155 Allah berfirman,

“Sesungguhnya Kami pasti menguji mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.”

Walau bagaimanapun ujian yang menimpa ini tidak akan berterusan selama-lamanya. Ia hanyalah merupakan satu proses pendidikan dan pembangunan diri yang diperlukan sebelum kejayaan dan kemenangan dicapai. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah As-Syarh ayat 5-6, yang bermaksud,

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.”

Hal ini diperkukuhkan lagi melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud,

“Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”

Tambahan dari itu ujian menggugurkan dosa.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda,

“Tidak ada satu pun musibat yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa-dosa.”

Oleh sebab itu bukanlah suatu yang pelik jika umat Islam berterima kasih serta bersyukur kepada Allah apabila sesuatu ujian menimpa mereka. Berhubung dengan ini Omar Al-Khattab pernah berkata,

“Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaannya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.”

Inilah fikiran positif yang hebat lagi mengagumkan.

Islam mahu umatnya bersikap positif dalam hidup. Oleh kerana itu umat Islam disuruh bersabar dan cekal ketika dilanda ujian. Lebih dari itu mereka juga disuruh bersangka baik dengan Allah dan menganggap ujian yang menimpa mempunyai banyak kebaikan bagi kehidupan mereka. Dengan sikap yang positif seperti ini umat Islam mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”

Kesabaran dalam Islam mempunyai hubung kait dengan Allah. Umat Islam dididik untuk memahami bahawa kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Justeru kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikannya di sisi Allah. Jika umat Islam bersabar ketika menerima musibat, ia akan jambatan untuk mendapat pertolongan Illahi.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah menjanjikan, “Berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar.” Ini bermaksud kesabaran ada khabar gembiranya dan ada keuntungannya! Jaminan seperti ini sudah pasti akan melahirkan optimisme di hati mereka yang diuji. Optimisme ini akan melahirkan usaha dan amal dan kesemua ini akan dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan. Justeru dalam Islam kesabaran tidak dapat dipisahkan dari optimisme dan sikap yang positif. Kesemua ini lahir disebabkan keimanan dan keyakinan kepada Allah.

sekarang ni...saya,kamu dan awak cuba timbulkan satu persoalan....

“Adakah aku memiliki ciri-ciri pemikiran yang hebat ini?”

nukilan asal dari:

Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)

Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan selama 20 tahun,

Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,

Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i

Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

kajian daripada beberapa buah negara barat telah menunjukkan hasilnya ,sistem saraf dan organ dalam badan akan bermasalah apabila dilanda masalah,namun kita perlu mengetahui cara untuk mengelakkan sesuatu masalah tersebut terus menyempitkan fikiran kita dan menyesakkan dada utk kita bernafas...as a muslim or muslimah kita ada KITAB AL-QURAN iaitu kalam Allah yang dikhazanahkan kepada kita utk kita selaminya satu persatu...kita juga ada kisah-kisah para anbiya' untuk kita baca dan renunginya,kita ada juga zikir-zikir untuk memberi ketenangan di dalam hati,melalaikan zikir lebih teruk dari zikir dalam kelalaian..kemudian cuba kita muhasabahkan diri kita...adakah kita sekuat mereka yang hidup di zaman Rasulullah???...~anda..opss kita pasti ada jawapannya~..

taman nasihat,kebun pendengaran:

Ibnul Qoyyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu lengah dari dzikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”
Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang
meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu...kedamaian.
"Ya Haiyyum,Ya Qayyum,dengan rahmatMU daku memohon pertolongan.Baikilah seluruh urusanku,dan janganlah ENGKAU serahkan diriku ini kepdaku walaupun sekelip mata"(hadith riwayat al-Nasai,dinilai sahih oleh al-Albani)
Imbang Penuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan