Ahad, 13 Februari 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

BELAJAR UNTUK BERDIRI SEBELUM CUBA UNTUK BERLARI


Mencari ungkapan yang terbaik untuk diterjemahkan….mencari hati dan kekuatan untuk menulis ...cuba meng”control” emosi diri untuk ditafsir dalam setiap gerak dimensi HATI…
Alhamdulillah, BUMI KENYALANG telah dijejaki..membawa “amanah” yang telah ditaklifkan pada diri …Bertarikh 7 FEBRUARI mula melangkah sebagai seorang guru,meninggalkan bumi serambi mekah,meninggalkan umi dan abah….waaaaaa….~adrina sila control diri~…BAIK…


Walaupun agak payah dan sukar….namun terpaksa dikunyah dan ditelan…Hakikat kehidupan yang kita sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya…kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakkal...


Berusaha:Jadikan diri untuk jadi lebih baik…Bangkit dari kegelisahan dan kesedihan…ITU AMAT PERLU…sedih itu perlu,tapi jangan terlalu….sejenak merenung kata-kata motivasi:

“Fokus kepada rangsangan negative akan menyebabkan ramai yang tidak sedar potensi diri”…

~Amat setuju~


Berdoa: Tiada apa yang boleh menjadi senjata bagi seseorang mukmin itu kecuali DOA..Doa menjadi wasilah antara kita dan pencipta…. tersuntik motivasi diri dengan ayat 83 dan 86 dari surah Yusuff,yang bermaksud:


Dia (Yaakub)berkata”Sebenarnya hanya dirimu sendiri yang memandang baik urusan(yang buruk)itu.Maka kesabaranku adalah kesabaran yang baik.Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semua kepadaku.Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui,Maha bijaksana”(Yusuf :83)

Dia (Yaakub)menjawab:”Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihan.Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”(Yusuff:86)

Tawakkal:Merupakan usaha terakhir setelah dua usaha diatas telah kita laksanakan…manakan mungkin kita hanya duduk berteleku sahaja tanpa membuat apa-apa usaha dan diserahkan bulat-bulat kepada Allah..bak kata pepatah”yang pipih tidak datang melayang,yang bulat tidak datang bergolek”…

When you stand up to pray,pray us if it is your last prayer…



Memetik kata-kata dari Dr.Aidh Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan(dibuka kembali edisi 1,setelah dikhatam kali 1)…


Sesungguhnya ketulusan doa itu muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap dari hati yang sakit…

Atur kembali langkah kaki bersama titipan iman dan mulakan langkah yang baru,sedangkan jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh inikan sy yang dianugerahkan akal fikiran…boleh berfikir dan hanya perlu bijak mencari jalan penyelesaian..
Sk jalan haji baki,kuching,Sarawak….langkah 1 untuk menguji diri…adakah layak adrina digelar guru @ hanya sekadar gelaran sahaja?...~cuba untuk mencabar diri~….


Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik………Ikhlaskan niat,bulatkan tekad,satukan hati untuk mencapai 1 matlamat….

Umi,abah dan adik-adik…hanya doa shj yang mampu sy titipkan…semoga diberi kesihatan dan dijagai oleh-NYA ,kerana DIA sebaik-baik penjaga..

Diri>>Semoga tabah untuk hadapi segalanya...Sabar penghilang penat,Tekun pembawa dekat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan