Ahad, 27 Februari 2011

~InSaN bErNaMa wAnItA~



Doa utk akhlak mulia

اللهم احسنت خلقه فأحسن خلقه

Yang bermaksud:Ya Allah sebagaimana Engkau mencatikkan kejadiannya,maka perbaikilah juga akhlaknya

(Riwayat Ahmad no. 68,105 dan 403)

Kaku tangan menekan butir-butir huruf di keyboard,beku idea lantaran lama benar tak update blog…dah jadi macam dulu,jarang benar menulis,hanya mencari sumber,namun tidak bisa utk menulis…kenapa dan mengapa???...mungkin memerlukan “fokus” dan kesediaan “hati” utk melakar sesuatu di blog yang usang ini…

Indah sungguh ukhuwwah kita,

dijaga dihias adab adan dan sopan,

Pesona kasih seorang wanita,

segala tertib dijagakan.

Kilau emas dan juga permata,

Bisa memukau pandangan mata,

Seindah bicara selunak kata,

Melakar tinta “perihal keindahan wanita.”


Sesekali berbicara tentang seorang gadis,wanita dan ibu meletakkan diri saya berada di situasi berikut….tertarik dengan info dari solusi 25 mengenai islam mengangkat darjat wanita,maka dengan ini saya ingin berkongsi mengenai info tersebut…


1) Mengutamakan ibu dan bapa

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata,”Wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya,”Kemudian siapa?”Nabi s.a.w menjawab”Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya,”kemudian siapa?”Nabi s.a.w menjawab,”Ibumu!”

Sekali lagi dia bertanya,”kemudian siapa?”Nabi s.a.w menjawab,”Bapamu!”

(Riwayat Bukhari dan muslim)

MUHASABAH:Bagaimana sikap dan peribadi kita pada umi,mami dan mama?....jangan di lupa bagaimana pula sikap kita dengan insan yang bergelar abah,abi dan daddy…dari kecil hingga dewasa mereka yang menjaga kita,sakit kita,makan kita,pakaian kita semuanya dijaga dengan baik tanpa ada sedikit cacat celanya..

Hanya 1 persoalan yang timbul di fikiran saya,kenapa makin ramai anak-anak menyerahkan tanggungjawabnya kepada rumah-rumah kebajikan untuk menjaga ibu dan bapa mereka??...sedihkan jika dikurniakan anak yang sebegini…sesibuk mana pun kita,cubalah bertanya khabar umi dan abah dirumah>>>pesanan utk diri…


2.Anak perempuan menjadi penyelamat diakhirat.

“Sesiapa yang menanggung 2 orang anak perempuan,lalu berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka”.(Riwayat Al-Bukhari).Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita BUKAN HAMBA LELAKI tetapi setaraf dari segi nilai kemanuasiaan bagaikan adik-beradik.

“Sebenarnya wanita itu,saudara kandung lelaki”(Riwayat Abu Daud)

Ketika menasihati seseorang wanita hendaklah berhati-hati menyusun kata,kerana wanita ini diumpamakan seperti kayu yang bengkok…jika terlalu kasar utk membetulkannya pastikan patah..jika dibiarkan begitu sahaja,pastikan semakin bengkok dan akan terus bengkok….bijak dan berhikmahlah kerana wanita seorang yang lembut…

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,

Jika datangnya dari kayu yang bengkok,

begitulah peribadi yang dibentuk….

Didiklah wanita dengan keimanan ,

bukannya harta ataupun pujian,

Kelak tidak derita terhalang pada yang binasa..

~Dehearty wanita~


3. Amal solehah wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya,walau sedikit pun”.(Surah an-Nisa’ 6:124)

~walaupun begitu jauh sekali utk mencapai darjat “wanita solehah”..tapi perlu ada usaha utk membuka lorong-lorong menuju kearahnya~


4.Hak wanita diiktiraf.

Umar Al-Khatab r.a berkata”Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita sedikit pun,tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut tentang mereka,barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak keatas kami”.

Umar Al-khatab di zaman jahiliahnya sendiri sempat menanam anak perempuannya sendiri...dan wanita pada zaman tersebut hanya sekadar dijadikan bahan@alat utk berhibur semata-mata….~apa kata kita tengok dan perhati dunia sekarang,macam tak jauh bezanya kan dengan zaman jahiliah dahulu…dulu anak perempuan sahaja yang ditanam,tapi dunia sekarang tak kira anak lelaki dan perempuan dibuang begitu sahaja,tanpa ada belas kasihan…kemana hilangnya perikemanusiaan dan naluri seorang ibu dan bapa?”





P/S:BUAT DIRI SENDIRI:sila update blog sentiasa......~.agak2 pasni nak tulis ape pulak...cerita pasal skolah belum lagikan?...next entry...tentang skolah haji baki pula...insya Allah...harap2 ada peluang dan ruang utk menulis...

~senyum sokmo~...:P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan