Sabtu, 19 Mac 2011

1,......2......3......????





بسم الله الرحمن الرحيم

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabNYA. (Al Israa':36)

Jangan terhenti…dan jangan berhenti..

~La Tas’aluni~

Jangan tanyakan aku tentang hidupku..
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan..
Ia adalah anugerah..
...Ia adalah ujian..
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita..
Aku telah menjualnya kepada Allah..
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk..

Jalan hidupku adalah al-Quran, pedang dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya..
Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka..
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya..

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah...
Dan apa yang diinginkanNya..
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian...
Jika engkau telah berada di muka bumi..
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas..
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk..
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu..

JANGAN TANYAKAN AKU TENTANG HIDUPKU..
IA ADALAH SEBUAH RAHSIA KEHIDUPAN..
IA ADALAH ANUGERAH..
IA ADALAH UJIAN..
IA ADALAH DUNIA YANG PENUH DENGAN CITA-CITA..
AKU TELAH MENJUALNYA KEPADA ALLAH..
KEMUDIAN AKU BERJALAN DALAM BARISAN PARA PEMBAWA PETUNJUK..

لا تسألوني عن حياتي فهي أسرار الحياة هي منحة

.. هي محنة هي عالم من أمنيات قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة أما طريقي فهو قرآن

.. وسيف ..

وابتلاء الله باركه وسار قبلي الأنبياء

و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو مايرضي الإله

وما يريد الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود

فإذا وجدت على الثرى

والعمر محدود الحدود فكن البطولة

والهداية أو فيا بئس الوجود

Wallahu’alam.. Salam muhasabah diri..

Cuti seminggu dah berakhir…kini kembali menggenggam “amanah”….benarlah apa yang dikata..masa sekarang berlalu amat pentas,sukar untuk mengejar tapi akan terus ditinggalkan jika terlalai dan terleka….~inilah Drama kehidupan~

16/3/2011…..tarikh penamatan bagi episode 1 kehidupan sebagai pelajar…telah pun menemui penamatnya…Insya Allah,jika diberi ruang dan peluang bakal kembali membuka langkah utk episode 2 bagi fasa 1…

Alhamdulillah..syukur pada yang Maha Pencipta diatas kejayaan demi kejayaan,kenikmatan demi kenikmatan yang DIA berikan tak terhingga buat hambaNYA yang serba kekurangan ini…akhirnya..dapat jugak adrina “berkonvo” ye…menggembirakan hati umi dan abah(ini penting)…~keluar dewan lepas adat istiadat konvo tu,sy dah terpisah dah dengan kawan2..yang penting,cari umi n abah untuk ucapkan terima kasih atas pengorbanan selama ini yang memberi semangat pada anaknya~…

Terima kasih jua saya titipkan buat pensyarah-pensyarah di IPG,khasnya buat pensyarah di JAPIM yang banyak membantu dan memberi nasihat kepada kami…yang penting mengasuh kami dari umur remaja hingga ke umur dewasa….banyak benar pengalaman yang di IPG…~PENGALAMAN AKAN TERCIPTA,APABILA KITA SENDIRI MELALUINYA~…

Buat sahabat-sahabat perjuangan…Tahniah!!kerana telah berjaya berkonvo..Ingat!!!amanah dan tanggungjawab yang diberikan,bukan sekadar hanya menggenggam segulung ijazah…~peringatan ini ditujukan buat diri juga yang kadang-kadang lupa amanah yang diberikan~

Fasa 2..telah pun menjengah…tarikh keramat 7 feb..melangkah sebagai seorang guru..meninggalkan status “bakal guru”…Tiada lagi istilah observe oleh pensyarah…tapi akan menghadapi “observe” oleh pentadbir~makin x keruan rasanya~

Fasa 3:Insya ALLAH..bakal melangkah jua…moga dipermudah segala urusan…aminn…

Kadangkala kita sering mencari, Sedangkan kekeliruan telahpun berjawab,Kadangkala kita berlari, Sedangkan realiti sudahpun pasti,Kadangkala kita memikirkan erti sebuah kehidupan, Sedangkan alam kekal kita abaikan, Tanyalah diri,di bumi nyatakah kita berdiri??
p/s:sekolah dah nak buka esok..persediaan fizikal dan mental bagaimana nak mengadap si cilik??...fikirkan mereka membuatkan saya “gawat” aje…hebatkan mereka???...ape2 pun ingatlah:
Kau memilih menjadi pendakwah, Menyeru manusia ke pintu kebaikan.... Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Jangan lupa membaja taman hatimu sendiri...Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan ALLAH...
Semoga Allah memberi kekuatan,ketabahan dan kesabaran utk menghadapi cabaran dan dugaan dengan sebaik mungkin…
Allah berfirman yang bermaksud:
“Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi ini.”Mereka berkata:”Mengapa Engkau hendak menjadikan(Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami yang senantiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan-MU?.Tuhan berfirman:”Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Surah Al-Baqarah 2:30)
p/s:sila packing barang2 anda... adrina…kembali ke sekolah!!!....beratnye rasa kaki nak melangkah pergi meninggalkan bumi semenanjung…ape2 pun…nak tak nak…perlu juga pergi ke bumi kenyalang…`~seakan berada 2 bumi yg berlainan je~….~__*

Amik semangat ckit....>>>>><<<<<<


Institut Pendidikan Guru

kami sentiasa bersedia,

menjulang etika kerja

berkorban jiwa raga

menjunjung aspirasi

...bangsa negara tercinta


Berwibawa,berintegriti,

keunggulan peribadi,

berteraskan keimanan,

mendidik anak bangsa


kami bangga menjadi guru,

kerjaya dihormati

tidak jemu menimba ilmu

bakti setulus hati yang murni,


IPG Malaysia berikrar,

membentuk guru berkualiti,

penyayang,berakhlak mulia,

mendukung visi misi IPG


Ahad, 13 Mac 2011

~KaDanG-KaLa dEnGaN kEpAyAhAn iTU dAtAnGnYA kEkUATAN~



Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya. Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya. Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya.

Jangan kata orang, saya sendiri juga biasa merasakan kelemahan-kelemahan itu apabila diletakkan dugaan dan ujian di dalam perjalanan kehidupan saya. Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”


Tetapi kadangkala keimanan itulah yang membangkitkan semula pemerhatian adil kepada Allah SWT. Allah mustahil meninggalkan hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNyalah yang meninggalkan dia. Jadi pokok pangkalnya, kita perlu bertenang dan melihat semula.


Apakah yang sebenarnya Allah mahu berikan kepada kita dalam kepayahan itu?

Pasti ada hikmahnya.

Bukanlah kita yang layak hendak menyelongkarnya. Tetapi…

Kalau membicarakan ilmu Allah SWT, memang kita tak akan mampu menyelongkarnya secara sempurna. Tiadalah ilmu kita melainkan sedikit sahaja. Itupun, Allah jugalah yang memberikan yang sedikit itu.

Tetapi dengan sedikit ilmu pemberian Allah SWT itu, kita cuba juga melihat hikmah-hikmah yang mampu kita lihat.

Dengan ilmu itulah, kita menilai.


Contoh yang akan diambil: Tarbiyah Allah SWT kepada mereka.

Siapakah mereka?


Mereka adalah para anbiya’. Kita ambil contoh daripada mereka, untuk menunjukkan bahawa, segala cubaan dan dugaan yang Allah turunkan kepada kita ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita. Tinggal, kita sahajalah yang perlu memerhatikannya dengan teliti, dan belajar untuk memupuk sangka baik kepada Allah SWT dalam diri kita.

Mari, perhatikan, bagaimanakah kepayahan dan ujian itu membina peribadi mereka.


Contoh 1: Musa AS


Kita melihat kepada Nabi Allah Musa. Antara tarbiyah menarik yang berjalan ke atasnya adalah perjalanannya dengan seorang lelaki soleh(dunia mengenali lelaki ini sebagai Khidr).

Baginda berhadapan dengan kesukaran memahami tindakan lelaki tersebut, sehingga tercabar kesabarannya. Jika kita perhatikan, sebelum baginda Musa AS menjadi Nabi, baginda digambarkan oleh Allah SWT sebagai seorang yang kasar, kurang sabar, dan cepat terjun kepada keputusan.

“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) .” Surah Al-Qasas ayat 15.


Tanpa usul periksa bukan? Terus-terus sahaja ditumbuknya lelaki itu, dan lelaki itu ditakdirkan Allah mati hanya dengan satu tumbukan.


Maka apabila bersama Khidr, kesabaran Musa yang tipis itu diuji. Khidr melakukan tiga perkara yang ketiga-tiganya membuatkan Musa tidak sabar untuk melemparkan soalan bagi menyatakan tidak bersetujunya dia akan perbuatan-perbuatan itu. Hinggakan Khidr akhirnya terpaksa meninggalkan Musa, kerana perjanjian mereka adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa berkenaan tindakan Khidr. Kisah ini tercatat kemas dalam Surah Al-Kahfi.

Di sini, kesabaran Musa terdidik. Bahkan, kesabaran itu tertingkat diasimilasikan dengan peningkatan keimanan. Yakni, walaupun sesuatu perkara itu nampak seperti tidak logik, atau tidak menguntungkan kita, Allah SWT lebih tahu akan kebaikannya bila perkara itu berlaku. Dan mustahil apabila kita mentaati Allah, Allah akan memberikan keburukan kepada kita.


Peningkatan Musa AS ini terbukti, apabila Allah SWT mengarahkan baginda keluar pada waktu malam, membawa Bani Israel melarikan diri daripada Firaun, tetapi akhirnya baginda dilorongkan ke jalan mati – yakni jalannya membawa ke hadapan laut merah.


Bani Israel ketika itu panik. Ada yang mencadangkan untuk menyerah sahaja kepada Firaun. Tetapi Nabi Musa ketika itu, yang telah terdidik dan tertingkat, apakah yang diucapkan pada saat penuh kecemasan ketika itu?

“Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. Nabi Musa menjawab: Sesekali tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61-62.

Lihat. Jawapan dia yang pertama sekali adalah “Kalla.” Yang membawa maksud: “Sesekali tidak akan berlaku sedemikian!” Nabi Musa itu telah tertingkat. Hingga bila di hadapannya kesukaran, bahkan kesukaran itu nampak sungguh macam tiada jalan keluar(Laut di hadapan, Tentera Firaun di belakang), tetapi dia yang telah memahami bahawa dalam setiap masalah itu, Allah hanya akan memberikan kebaikan, kekal percaya bahawa Allah akan membantunya. Apakah hasil kepercayaan ini?


“Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63-65.


Dan Musa terselamat. Kepayahan yang dilalui sebelum itu, memberikan Musa kekuatan pada hari dia tersekat antara laut dan tentera Firaun. Dan kepayahan tika dia tersekat antara laut dan tentera Firaun, memberikannya pula kekuatan untuk mengharungi perjuangan-perjuangan selepas itu. Tidakkah kita melihat?

Contoh 2: Yusuf AS.


Kita pergi melihat kepada Yusuf AS pula. Baginda adalah antara manusia yang teruji semenjak kecil. Dari kecil dibenci oleh saudara-saudaranya hingga dicampak ke dalam telaga. Allah selamatkan dia dari telaga tersebut. Sedangkan, saat dia berada di dalam telaga, apakah terfikir akannya akan kewujudan bantuan? Nyata bila dia bersabar dan melalui ujian itu dengan tabah, bila dia diselamatkan nyata akan wujud pertambahan kekuatan dalam jiwanya bukan?

Allah tidak meninggalkannya. Nyata dibiar ke dalam telaga itu adalah baik buat seorang Yusuf AS.


Kemudian, apabila dikutip, dan dibesarkan oleh tokoh kebesaran, pemerintah Mesir, dia diuji pula dengan perempuan kepada tokoh itu. Dia digoda. Tetapi lihatlah Yusuf, apakah dia merebahkan dirinya dalam godaan itu? Sesekali tidak. Dia melawannya dengan bersungguh-sungguh. Walau dalam bilik terkunci, dia berlari juga ke muka pintu.


Akhirnya Allah selamatkan dia sekali lagi. Namun perempuan tokoh itu tidak berhenti begitu sahaja, dia cuba pula membawa Yusuf kepada teman-temannya, dan setelah menunjukkan betapa kacaknya Yusuf dan menyalahkan Yusuf atas kekacakan itu, perempuan tokoh itu menawarkan Yusuf sekali lagi dirinya, atau kali ini Yusuf akan dipenjara.

Kali ini, sebagaimana kekuatan yang tertingkat yang diterimanya dari peristiwa telaga, dan peristiwa diselamatkan dalam bilik terkunci, Yusuf dengan yakin memilih penjara.

Namun, segala peningkatan itu, tidak bermakna menjadikan Yusuf sempurna. Di dalam penjara, dia menta’wil mimpi dua rakan penjaranya. Tetapi akhirnya, apabila dua rakan penjaranya dilepaskan, dia tersilap meletakkan tawakkal. Dia yang awalnya memilih penjara sebagai rumah perlindungan hubungannya terhadap Allah SWT, meminta manusia pula untuk mengeluarkannya.


Akhirnya Allah didik Yusuf dengan membuatkan rakan yang dipesannya itu terlupa.

Hinggalah Allah lepaskan Yusuf, dalam peristiwa Tokoh Mesir itu memerlukan seseorang yang boleh menta’wil mimpi. Ketika inilah Yusuf keluar dengan menjadi seseorang yang sekali lagi tertingkat. Kepayahan hidup dalam penjara, memberikannya kekuatan.


Hidup dalam penjara itu nyata baik bagi seorang Yusuf. Mengajarnya banyak lagi perkara. Seakan-akan penyempurna kepada pembinaan seorang Yusuf AS. Lihatlah selepas itu, apakah yang Allah jadikan buat seorang Yusuf AS? Bukankah seorang pemerintah Mesir yang berjaya membawa negaranya selamat mengharungi 7 tahun yang gersang? Bukan mudah bukan? Tetapi Yusuf itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya itu, kerana dia telah dibina dengan pelbagai ujian. Maka 7 tahun gersang itu berjaya dihadapinya dengan kegemilangan.


Bukan setakat itu sahaja, 7 tahun yang gersang itu, keperitan itu, juga baik untuk Yusuf, apabila kegersangan itu membuatkan 11 saudaranya terpaksa mengetuk pintu Kerajaan Mesir bagi meminta bantuan makanan, sekaligus mengembalikan Yusuf ke pangkuan keluarganya.


Lihat, bukankah pada keperitan itu, sentiasa ada hikmahnya?


Contoh 3: Muhammad SAW


Kita lihat pula kepada Rasulullah SAW.

Kita amat mengetahui bagaimana baginda ini teruji. Pelbagai cabaran, pelbagai mehnah dan tribulasi. Tidak perlu kita terangkan panjang-panjang. Tetapi apa yang perlu kita lihat adalah bagaimana semua mehnah dan tribulasi itu, memberikan peningkatan terhadap seorang Rasulullah SAW.


Bagaimana Rasulullah SAW ini, meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Allah SWT dalam setiap apa yang berlaku terhadap dirinya. Baginda dilontar batu di Taif hingga cedera, baginda kembali kepada Allah SWT dan percaya. Segala tarbiyah yang Allah berikan baginda di Makkah, dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, baginda tetap percaya kepada Allah SWT, dan percaya. Baginda hingga terpaksa keluar daripada Makkah yang dicintainya, baginda tetap percaya kepada Allah SWT dan percaya.


Hinggalah Allah bayar semua itu, dengan membukakan pintu langit kepada baginda. Menunjukkan ‘kebenaran’ yang selama ini tersingkap daripada mata seorang manusia. Membasuh hati baginda sebersih-bersihnya, dan ‘membuka’ mata baginda seluas-luasnya.


Dan lihatlah, selepas itu bagaimana seorang Rasulullah SAW, yang tatkala sahabatnya di dalam gua kerisauan, baginda dengan tenang menenangkan: “Apakah pandangan kamu Wahai Abu Bakr, kita berdua dan Allah adalah yang ketiganya?”


Dan lihatlah bagaimana baginda selepas itu mengharungi fasa Madinah dengan lebih kuat, dengan lebih bijaksana, dengan kredibiliti yang lebih tinggi. Semuanya hasil peningkatan daripada cabaran-cabaran yang dilalui baginda.

Akhirnya, di akhir usia baginda, seluruh jazirah arab menerima cahaya Islam.


Semua ini terhasil daripada kekuatan, yang selama ini terbina daripada keperitan yang dilalui. Baginda tertingkat. Sahabat-sahabat baginda turut tertingkat. Lihatlah kekuatan keimanan yang ada pada Abu Bakr RA. Lihatlah kekuatan dan ketegasan Umar Al-Khattab RA. Perhatikan sahabat-sahabat yang lain, yang mengharungi perjuangan bersama baginda. Semuanya mengalami peningkatan. Mereka adalah yang lain, daripada mereka semasa di awal keislaman.

Sebab itulah, ketika Allah SWT memujuk Rasulullah SAW dalam Surah Ad-Dhuha, Allah SWT menyatakan:


“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” Surah Ad-Dhuha ayat 4.


Penutup: Maka kita perhatikan diri kita, dan cabaran-cabaran yang Allah SWT berikan.


Maka kita perhatikan diri kita semula. Cabaran-cabaran yang kita lalui. Ya, benar sukar. Ya, benar pedih. Ya, benar pahit. Tetapi lihatlah semula, apakah cabaran-cabaran itu diturunkan kepada kita sekadar sia-sia? Sekadar Allah nak bagi kita susah? Sekadar Allah nak cari fasal dengan kita? Sekadar Allah nak buat kita berputus asa?

Mustahil!


Allah itu tidak akan melakukan terhadap hamba-hambaNya demikian.

Di dalam kesukaran itu ada kekuatan yang sebenarnya Allah hendak binakan dalam diri kita. Diberikan kesusahan itu kerana Dia tahu kita mampu melaluinya, bila kita ‘push’ diri kita naik setahap lagi dalam hendak melangkaui halangan yang diberikan. Kita memang nampak macam tak mampu, tetapi Allah lebih tahu daripada kita sendiri, bahawa kita sebenarnya mampu.


Dalam ujian itulah adanya ‘upgrade’.


Tetapi tidak ramai kita melihatnya. Maka kita tewas. Kita jatuh. Kemudian kita salah-salahkan Allah. Sedangkan yang Allah ingin berikan kepada kita adalah kekuatan. Untuk mempersiapkan diri kita, akan sesuatu yang mungkin lebih besar lagi pada masa akan datang.


Maka di sinilah kita lihat semula kesukaran-kesukaran kita. Muhasabah.

Pasti di dalamnya ada kebaikan. Maka harungilah dengan penuh ketabahan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT. InsyaAllah, apabila kita berjaya melaluinya, kita akan melihatnya.

~dipetik dari:::

http://langitilahi.com/2011/03/14/motivasi-kadangkala-daripada-kepayahan-itu-datangnya-kekuatan/


sesekali merasa kepayahan itu lebih baik dari terus dilena kesenangan....sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita perlu sentiasa bergantung kepada-NYA dalam setiap langkah perjalanan...

~Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama ASIYAH(isteri firaun),setia dari SITI KHADIJAH(Isteri nabi Muhammad s.a.w yang 1) jujur dari AISYAH(isteri yang paling muda umurnya)dan teguh hati dari FATIMAH(puteri nabi Muhammad s.a.w)~





Jumaat, 11 Mac 2011

~KaleNdAr hIduP~

Musim terus beralih…

Zaman terus berlalu…




Setitis embun nan yang jernih…
dihujung dedaunan bersih..
kemilau warnanya bagaikan..
permata disuluh cahaya…

dinginnya menyentuh dijiwa..
menyingkap jendela hati..
itulah setitis hidayah…
membasahi di jiwa………

~Embun Hidayah-hijjaz~


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim tinta mula menari…err…bukan nak bermadah ye…hehehehe…:P…terasa nak update blog hari ni…...dah sebulan 3 hari sy kat bumi sarawak…~aiyooo..adrina sdg mengira waktu~

DULU DAN KINI…Berubahkah???
DULU…sy adalah insan yang paling tak alert bila cuti sekolah

SEKARANG…sy adalah insan yang paling hampir dengan calendar...

DULU…sy orang yang paling tak kisah apa yang sedang berlaku…

KINI…sy semakin peduli dengan kehidupan…

DULU...sy ada umi dan abah di sisi..

SEKARANG...kena berdikari utk berdiri diatas kaki sendiri..

Kesimpulan:manusia boleh berubah mengikut keadaan sekeliling~~~…perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa,cuma perlukan "persediaan" utk menghadapinya,agar diri tak dilanda "kejutan"...

Oke..sudah cukup tentang dulu dan sekarang…

Menyentuh perihal CUTI..saat yang paling ditunggu dan dinanti…dulu tak pernah pun rasa excited nak cuti..x rasa pun rindu-rindu kat umi,abah n adik-adik…kerana mereka ada depan mata…sekarang…saya dah mula belajar tentang “rindu”…


Kisah di bumi Sarawak..



Tempat bertapa dan menyibukkan diri....


7 feb(dikira sebagai tarikh keramat buat diri):Mendaftar sebagai seorang MUALLIMAH..perkara yg paling sy tak sangka dan mungkin mengejutkan semua pihak…sy seorang je wakil perempuan ipg kkb ke sini..huhuhu..ape nak buat dah “takdir”…siapa saya utk menolak rezeki yang telah ditetapkan di luh mahfuz…antara takdir dan tadbir…pasti takdir yang akan menang…senyum sokmo~~

Rasanya kehidupan sekarang ni dah kembali normal kot…maybe sy dah dapat terima hakikat yang saya dah pun berada di sini....bergumbira di hari konvo….jumpe kawan-kawan dan yang PALING PENTING umi dan abah saya juga akan hadir…rindu sama mereka.

Semalam pun dah bagitau kat anak jiran sebelah”erm..esok dan seminggu ni,ustazah tak der eh..ustazah balik,jadi kelas mengaji kita jumpe 2 minggu lagi”..huhuhu…dengan bangganya sy mengungkap kata-kata “balik” tu…keh3…x pe bagi diorang rehat….alang-alang tu saya bleh bergumbira dengan baik skali…x agak2 ustazah bagi cuti awal kat anak murid....harap maklum…~___*.

Segala kerje kat skolah dah settle…tapi settle cr sy lah…:P…~tak nak pikir hal skolah..yang perlu di pikir ialah nak balik~...walaupun tak pulang ke kelate...aduss...~nada sedih seposen~...

kehidupan di sini..biase2 aje...tapi banyak benda nak kena belajar...ialahlah..orang baru,guru baru dan penghuni baru di bumi sarawak ni...nak jgak saya kongsikan beberapa perkataan yang membuatkan sy ternganga da terpinga-pinga bila duk kat sini...

pertama:polah to'=buat ni..pernah skali budak tya sy sambil tunjuk kat buku dia..."muallimah,polah to' oong?"...

okes...muka adrina dah macam ape dah...nsb baik masuk ngan ustaz yang dah lama kat c ni dan tlg jwb..kalau sy...jawab je "aok"...w/pun x faham ape yang diorang nak...abesslah kalau benda2 yang diorang minta tak masuk dek akal...semua nak "aok je"..huhuhu..

kedua:pusak=kucing(aduss,lain bena ni)

ketiga:asuk=anjing(anjing kat sini mcm kambing je,bebas berkeliaran tak kira masa dan ketika)
lain benar dengan panorama di kampung sy..kubang kerian(nak jugak promo kk tersayang...)

keempat:pusuk:ikan bilis...jangan tertukar dengan asuk suda...

~yang lain-lain tu,dalam sistem penerokaan lagi~..huhuhu...

masuk bab kelas pra....kisah PRA OH PRA...~macam menarik je nak crite bab pra ni~





okeh..mengikut perkiraan saya...satu perubahan juga berlaku pada diri saya...

sehari sebelum masuk kelas pra:beberapa kali belek jadual waktu...esok ada pra?..ooo...esok ada pra...pra???...oh tuhan....~check suara n mood ok tak?~

malamnye:tgk jadual skali lagi..n bagitau kawan2..."esok kak na ade kelas pra"...dengan nada "gembira" dan "teruja".........:(

pagi:pastikan makan dulu.....~perkara penting,untuk menjana tenaga bersama adik-adik pra...~...adik??..layak dipanggil adik,sebab sy dewasa "ckit" je dari diorang.....:P

kelas bersama pra:mula-mula masuk ok lagi..bagi salam..baca doa..tu pun dah ade dah aksi cuit-mencuit dengan rakan mereka...abis selesai je doa...suh duduk..nak mulakan sesi p&p la ni....punyer semangatlah saya....tetiba,adelah sorang budak tu wat aksi dramatik,mengalir air mata pulak dah...~ape hal pulak ni~...tetiba kawan-kawan dia kata kata saya..."ustazah,nya gilak sama bapaknya"...aduhh...ape pulak bhs ni....oo...maksudnya dia teringat kat ayah dia..~tu sy agak jelah...tapi logik jgkkan...~ade ke guna perkataan "gilak"...aduss...macam2lah....~ni kisah masa sy firstime ngajar pra~..

p/s:dah lah sy baru posting kat c 2..pastu ada plak yang wat aksi dramatik kat kelas...maunye saya melakonkan watak yang sama...

oke2...kisah pra belum berakhir,mula-mula pujuk jgk...tapi kan...asyik nangis je...x larat dah sy nak pujuk..biarkan aje...~zalim x?~..huhuhu...lama-lama oklah....yang paling geramnye...menangis boleh,suh wat kerje 1 pun tak sentuh...~suci murni buku dia~...inilah kisah kanak-kanak yang perlu saya hadapi...

oppps,ade lagi...ni masuk bab murid lelaki pulak...

biaselah kalau main kejar-kejar tu...sy rase tu memang dah jadi salah satu aktiviti sy di pagi hari nan indah..kiranya ganti dengan "berjogging" la eh...huhuhuh....kalau suh baca aliff,ba,ta...4,5 orang je yang bunyi selebihnya....suara sy jelah yang bunyi...~kekadang malu jugak kat cikgu2 kat c 2~...mane taknye....kawalan kelas hancuss~~...memang kena pegi kursus khas utk pra....~~yang penting kursus kawal emosi...

kalau suh wat kerje kan..ape yang diorang buat,nak tahu tak???.....main2 kat bwh meja......aiyooookkkk....mane tak "hot"nye...punyelah kita semangat nk suh diorang gembira dengan wat xtiviti kaler2...alih2...beberapa kali istighfar,menyabarkan hati yang satu ni...sentiasa ingatkan pada diri...mereka masih budak2....hurmm....ape nak buat...nasiblah...kadang-kadang skali pkir...best jgk jadi kanak2 ribena ni...pikir main je,tak pyh pikir bile nak posting balik?~..macam tak der kaitan je....

abis je kelas pra:lega...perkataan yang paling best utk diucapkan ialah..."ok,sekarang simpan sume buku,kita nak pegi makan ni"...~kelas sy rapat2 sangat dengan waktu rehat...sangat molek lah...sebab sy pun kembali ke"lapar"an....hebat adik2 pra...bikin sy lapar kembali....:)

~stakat ni sajelah crita sy kat skjhb..ada 1 lagi..skolah sy x perlu naik tangga tau...semua bangunan atas tanah je DAN deruan bunyi kapal terbang amatlah dekat...kira oklah tu~...~__^

~Alhamdulillah,sy dah sampai(walaupun dlm keadaan demam dan sakit batuk-batuk hinggakan suara pun dah macam chipsmore sekejap ada,sekajap tak der.)kui3..tapi... tak pulang ke kampung halaman pun...:(...tak pelah,itu pun dah mencukupi coz umi n abah saya akan sampai di sini..berkampunglah adrina di bandar baru bangi selama seminggu sebelum berangkat menyambung tugas di bumi kenyalang...

15 mac-amik jubah konvo n raptai 16 mac-konvo...

Akhirnya...berkonvo jugak Nor Adrina...Alhamdulillah...hasil daripada pengajian 5 tahun setengah...boleh tak,kalau nak ucapkan tahniah utk diri sendiri????..kira aci lah eh...hehehe...:P

~mencari solusi 29....ESOK AKAN MEMULAKAN PENCARIAN~~~

kisah............


mereka..sahabat2 baru(kak nor-Guru J-qaf,dah 7 tahun,Zai,kak da n kak fatin(j-qaf baru dan ana-kerja kat hospital sbg pegawai pemakanan...semua org semenanjung...:)

....~berjalan2 di serikin...dan makan di tasik biru~~

Rasulullah S.A.W bersabda:Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat:"Dimanakah golongan yang berkasih sayang kerana AKU?.Hari ini aku akan letakkan mereka dibawah bayangan,pada hari yang tiada bayangan selain teduhan ini"
(Riwayat Muslim)


renungan:

~sedekah tak semestinya dengan wang,tetapi cukup dengan senyuman,doa dan kata-kata yang baik.Rasulullah S.A.W bersabda"Manusia itu mempunyai 360 persendian.Masing-masing persendian itu mestilah dikeluarkan sedekahnya masing-masing pada setiap hari.Perkataan yang baik juga merupakan sedekah.Pertolongan seseorang yang dilakukan oleh saudaranya ialah sedekah.Dan air yang diberi kepada saudaranya ialah sedekah serta menyingkirkan gangguan dari jalan pun sedekah..(Riwayat AL-Tabrani)..

Adakah kita seorang yang pandai bertutur tanpa gagal menyebut perkataan ketika kecil?adakah kita sejak lahir sudah pandai memasak dengan sedap@kita perlu melalui pengalaman yang pahit sebelum mendapat pujian masakan?..

begitulah juga dengan anak-anak didik kita...

Adakah mereka akan terus pandai membaca tanpa perlu mengenal huruf??


Yang paling singkat adalah waktu,
Yang paling menipu adalah dunia,

Yang paling dekat adalah kematian,
Yang paling besar adalah hawa nafsu,
Yang paling berat adalah amanah,
Yang paling sulit ialah amanah dan sabar,

Yang paling mudah adalah membuat dosa,
Yang paling di lupa adalah bersyukur,

Yang paling membakar adalah ghibah,
Yang paling mendorong kepada neraka adalah lidah,

Yang paling berharga adalah iman,

Yang paling ditunggu Allah adalah taubat.




gambar 1:insan tersayang...:)
gambar 2: nasi ayam penyet...



~gambar 1:Ok lah lagi...masih boleh difahami..
~gambar 2:??????.....



'
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6








~Panorama dihadapan rumah~
Black n white>>>Bergabung.......

~Untuk hidup..banyak perkara perlu ditempuhi oleh manusia..manis, masam, masin, pahit, tawar..lengkap dengan aneka perisa dan perasa..namun, apa jua perisa dan perasa yg kita rasakan..pastikan ia adalah perencah hidup kita yang ada nilainya~walaupun mungkin tiada nilai di mata orang lain...namun yang pasti, masakan hari ini pasti takkan sama dgn masakan semalam walaupun mungkin menu yg sama dgn perencah yg sama~