Sabtu, 19 Mac 2011

1,......2......3......????





بسم الله الرحمن الرحيم

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabNYA. (Al Israa':36)

Jangan terhenti…dan jangan berhenti..

~La Tas’aluni~

Jangan tanyakan aku tentang hidupku..
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan..
Ia adalah anugerah..
...Ia adalah ujian..
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita..
Aku telah menjualnya kepada Allah..
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk..

Jalan hidupku adalah al-Quran, pedang dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya..
Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka..
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya..

Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah...
Dan apa yang diinginkanNya..
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian...
Jika engkau telah berada di muka bumi..
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas..
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk..
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu..

JANGAN TANYAKAN AKU TENTANG HIDUPKU..
IA ADALAH SEBUAH RAHSIA KEHIDUPAN..
IA ADALAH ANUGERAH..
IA ADALAH UJIAN..
IA ADALAH DUNIA YANG PENUH DENGAN CITA-CITA..
AKU TELAH MENJUALNYA KEPADA ALLAH..
KEMUDIAN AKU BERJALAN DALAM BARISAN PARA PEMBAWA PETUNJUK..

لا تسألوني عن حياتي فهي أسرار الحياة هي منحة

.. هي محنة هي عالم من أمنيات قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة أما طريقي فهو قرآن

.. وسيف ..

وابتلاء الله باركه وسار قبلي الأنبياء

و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو مايرضي الإله

وما يريد الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود

فإذا وجدت على الثرى

والعمر محدود الحدود فكن البطولة

والهداية أو فيا بئس الوجود

Wallahu’alam.. Salam muhasabah diri..

Cuti seminggu dah berakhir…kini kembali menggenggam “amanah”….benarlah apa yang dikata..masa sekarang berlalu amat pentas,sukar untuk mengejar tapi akan terus ditinggalkan jika terlalai dan terleka….~inilah Drama kehidupan~

16/3/2011…..tarikh penamatan bagi episode 1 kehidupan sebagai pelajar…telah pun menemui penamatnya…Insya Allah,jika diberi ruang dan peluang bakal kembali membuka langkah utk episode 2 bagi fasa 1…

Alhamdulillah..syukur pada yang Maha Pencipta diatas kejayaan demi kejayaan,kenikmatan demi kenikmatan yang DIA berikan tak terhingga buat hambaNYA yang serba kekurangan ini…akhirnya..dapat jugak adrina “berkonvo” ye…menggembirakan hati umi dan abah(ini penting)…~keluar dewan lepas adat istiadat konvo tu,sy dah terpisah dah dengan kawan2..yang penting,cari umi n abah untuk ucapkan terima kasih atas pengorbanan selama ini yang memberi semangat pada anaknya~…

Terima kasih jua saya titipkan buat pensyarah-pensyarah di IPG,khasnya buat pensyarah di JAPIM yang banyak membantu dan memberi nasihat kepada kami…yang penting mengasuh kami dari umur remaja hingga ke umur dewasa….banyak benar pengalaman yang di IPG…~PENGALAMAN AKAN TERCIPTA,APABILA KITA SENDIRI MELALUINYA~…

Buat sahabat-sahabat perjuangan…Tahniah!!kerana telah berjaya berkonvo..Ingat!!!amanah dan tanggungjawab yang diberikan,bukan sekadar hanya menggenggam segulung ijazah…~peringatan ini ditujukan buat diri juga yang kadang-kadang lupa amanah yang diberikan~

Fasa 2..telah pun menjengah…tarikh keramat 7 feb..melangkah sebagai seorang guru..meninggalkan status “bakal guru”…Tiada lagi istilah observe oleh pensyarah…tapi akan menghadapi “observe” oleh pentadbir~makin x keruan rasanya~

Fasa 3:Insya ALLAH..bakal melangkah jua…moga dipermudah segala urusan…aminn…

Kadangkala kita sering mencari, Sedangkan kekeliruan telahpun berjawab,Kadangkala kita berlari, Sedangkan realiti sudahpun pasti,Kadangkala kita memikirkan erti sebuah kehidupan, Sedangkan alam kekal kita abaikan, Tanyalah diri,di bumi nyatakah kita berdiri??
p/s:sekolah dah nak buka esok..persediaan fizikal dan mental bagaimana nak mengadap si cilik??...fikirkan mereka membuatkan saya “gawat” aje…hebatkan mereka???...ape2 pun ingatlah:
Kau memilih menjadi pendakwah, Menyeru manusia ke pintu kebaikan.... Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Jangan lupa membaja taman hatimu sendiri...Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan ALLAH...
Semoga Allah memberi kekuatan,ketabahan dan kesabaran utk menghadapi cabaran dan dugaan dengan sebaik mungkin…
Allah berfirman yang bermaksud:
“Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi ini.”Mereka berkata:”Mengapa Engkau hendak menjadikan(Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami yang senantiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan-MU?.Tuhan berfirman:”Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Surah Al-Baqarah 2:30)
p/s:sila packing barang2 anda... adrina…kembali ke sekolah!!!....beratnye rasa kaki nak melangkah pergi meninggalkan bumi semenanjung…ape2 pun…nak tak nak…perlu juga pergi ke bumi kenyalang…`~seakan berada 2 bumi yg berlainan je~….~__*

Amik semangat ckit....>>>>><<<<<<


Institut Pendidikan Guru

kami sentiasa bersedia,

menjulang etika kerja

berkorban jiwa raga

menjunjung aspirasi

...bangsa negara tercinta


Berwibawa,berintegriti,

keunggulan peribadi,

berteraskan keimanan,

mendidik anak bangsa


kami bangga menjadi guru,

kerjaya dihormati

tidak jemu menimba ilmu

bakti setulus hati yang murni,


IPG Malaysia berikrar,

membentuk guru berkualiti,

penyayang,berakhlak mulia,

mendukung visi misi IPG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan