Sabtu, 21 Mei 2011

~cUtI DaN BaLiK.....~~...^__^





Pada awan biruku melakar kata-kata,

Pada langit cerah ku panah semua cerita,
Dengarlah mentari...
Suara hatiku menyanyi,

Berterbangan jiwa....
Merentasi pelangi.....

~Hafiz hamidun:Cerita Hati~

Wink wink.....cuti sekolah bakal menjelma..alahaiiiiii..macam terasa lambat je masa berlalu... nak tunggu hari rabu ni....huhuhu...rata-rata kawan2 sy kat fb mengalami perkara yang sama mcm saya,terutamanya yang duk kat sabah sarawak...masing-masing status mesti ada yang tulis pasal nak balik...ok...samelah mcm saya........huhuhu

Bila dibilang-bilang....ahad,isnin,selasa dan RABU....kejap je kot....4 hari lagi...lalalala.....hati berbunga riang....x sabarnye nak tgk kelantan....dan terasa mau je terbang hari ni...pulang terus ke kampung halaman....huhuhu...~inilah dinamakan "NIKMAT BALIK KAMPUNG"...







2 MINGGU CUTI....ramai yang nak kawen...dan "ME" tett tett tett "WE"???..Insya Allah~kuakhiri sujud dengan doa agar dikabulkan segala hajat..ameenn,buat sahabat-sahabat yang bakal membina baitul muslim...Mabruk alaik....~nak ucapkan mabruk utk diri sendiri pun boleh kan???~....^__^

~umi,abah,adik...tunggu anakmu dan kakakmu pulanggggggggg~~~...yezza~~...SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN....ameenn....:)

~semoga apa yang bakal dibina mendapat mawaddah,rahmah dan sakinah dariNYA~~

p/s:tak nak pikir apa yang bakal terjadi selepas 2 minggu bercuti....diharap...balik dengan GEMBIRA,dan pulang kembali pun dalam keadaan GEMBIRA...Insya Allah....semoga Allah memberi kekuatan pada diri.......~senyum sokmo neh~...
Walau apa pun yang terjadi dalam dunia ni, walau sehebat mana pun dugaan yang berlaku dalam hidup ini... ingatlah bahawa Allah tetap menerima taubat hambanya... Kembalilah pada Pencipta manusia apabila kita tersesat di dunia ini...
~Sabarlah dalam bersabar~

Jika langit hendak runtuh

Bagaimana jari hendak menahannya

Kita hamba yang dibatasi takdir

Di situlah nokhtah segala tadbir

Hitungkan laut kesyukuran

Di pinggir pantai kesabaran

Carilah hikmah tuailah iktibar

Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit

Janganlah hendaknya tercalar tauhid

Sesungguhnya sabar itu indah

Didikan terus daripada Allah

Ujian itu penebus dosa…

Meningkatkan darjat

Menambahkan pahala

Bingkisan tazkirah daripada yang Esa

Bagai ombak…

penghias samudera!


Jumaat, 20 Mei 2011

~SuSaHnYa nAk fAhAm...~



Menyebut perihal faham dan memahami dalam konteks perhubungan antara manusia ini,kita tidak boleh menafikan bahawa ia agak sukar....namun,percubaan demi percubaan untuk kearah memahami itu perlu....sebelum itu,kita perlu faham diri kita sendiri,sebelum cuba memahami diri orang lain...bagaimana sikap kita,bagaimana hubungan kita dengan pencipta kita,sudah terlaksanakah segala perintahNYA,ataupun sekadar biasa-biasa sahaja???...sesekali cubalah renung diri dan atasi segala kelemahan dan kekurangan diri....Teguran dan nasihat adalah jambatan UTAMA utk kita kenal siapa diri kita??..

ada artikel yang saya kira agak menarik utk dikongsikan,yang sy ambil daripada blog langit ilahi...dah lama rasanya tak merewang2 ke blog2 orang....dan hari ini rasa utk melaksanakan aktiviti "merewang" kembali terasa dalam diri....dan hasilnya.....saya dpt artikel yg agak menarik perhatian saya,berkenaan tentang..."FAHAM"

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kehidupan dan dugaan itu hakikatnya adalah kembar. Dilahirkan bersama dan takkan terpisah melainkan dengan kematian semata-mata.

Dan antara dugaan yang sentiasa mengiringi manusia, adalah dugaan berhubungan sesama manusia. Jangan kecilkan skop ini kepada pasangan lelaki perempuan. Hal ini boleh juga terjadi bersama rakan-rakan dan mereka yang punya tali persaudaraan. Tidak terkecuali ayah dan anak, guru dan pelajar, boss dan pekerja dan sebagainya. Manusia dengan manusia, itu kesimpulannya.

Antara yang menjamin hubungan yang baik, adalah kefahaman antara satu sama lain.

Tetapi biasanya yang menimbulkan kerosakan dalam perhubungan, adalah keengganan diri untuk memahami dan mendalami orang lain.

Anani diri
Ananiah adalah sikap ke’aku’an.

Ini adalah punca kepada permasalahan dalam perhubungan. Apabila ‘aku’ menjadi maudu’ utama, dan kita tidak mahu memasukkan ‘dia’ atau ‘mereka’ dalam perkiraan kita, maka hubungan itu akan retak.

Namun kebanyakan orang tidak akan mahu mengakui akan wujudnya sikap ke’aku’an ini di dalam diri. Kerana bersama sikap ke’aku’an ini, wujud kembarnya juga yang bernama ‘ego’ diri.

Dan manusia yang mempunyai ke’ego’an ini, memang tidak akan memahami.

Boleh dikatakan, mereka ini adalah “unreasonable person, but demand people to be reasonable to them.”

Mereka akan rasa bahawa mereka tidak silap. Mereka tidak akan meneliti pandangan dan cadangan. Mereka tidak akan merendahkan diri untuk mendalami dan memahami. Usaha mereka yang sikit dirasakan tinggi. Mereka akan sering menyalahkan orang lain, dan berlagak seakan-akan dirinya menjadi mangsa, sering dizalimi yang lain semua.

Ya. Dan orang-orang ini, memang tidak akan memahami.

Berhadapan dengan mereka 1

Jangan cuba dicairkan sikap mereka dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka akan menafikan sahaja. Walaupun hujah mereka sendiri adalah dangkal. Kita akan melihat nanti apabila hujah-hujah mereka tidak relevan dan tidak boleh diterima pakai, mereka akan beraksi seperti mangsa keadaan. Mereka akan menunjukkan seakan-akan mereka itulah yang ditekan-tekan. Lebih buruk lagi, biasanya manusia yang lain akan terpengaruh dengan perkara ini. Kasihan kononnya.

Maka jadilah kebenaran itu yang batil, manakala kebatilan itulah kebenaran.

Dan manusia-manusia yang memegang kebenaran itu akan rasa sakit, kerana tidak adilnya insan dalam menilai.

Ya. Itulah realiti.

Sebab itu, nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk dicairkan sikap mereka itu, dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka hanya kaum yang tidak akan memahami.

Berhadapan dengan mereka 2

Biarkan. Dan bersabarlah.

“Ha? Takkan itu sahaja solusinya?”

Ya. Itu sahaja solusinya. Pernahkah anda melihat Rasulullah SAW memperpanjangkan perdebatan dengan Abu Jahal?

Tidak. Kerana Abu Jahal bukanlah orang yang tidak mengerti sebenarnya. Tetapi dia hanyalah seorang yang degil untuk mengerti dan mengakui kebenaran. Dia adalah yang terlalu ‘ego’ untuk mengakui kesilapan dan kerendahan. Maka apakah gunanya segala dalil dan petunjuk? Kalau dibentang pun hanya akan memanjangkan perdebatan, dan tidak akan memberikan manfaat.

Kita lihat sendiri bagaimana mereka meminta ditunjukkan terhadap mereka mukjizat. Dan mereka berjanji bahawa selepas mukjizat itu mereka akan beriman. Tetapi lihatlah sikap mereka selepas dipertunjukkan mukjizat:

“Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).” Surah Al-Qamar ayat 1-3.

Bila ditunjuk, mereka mengatakan pula itu adalah sihir. Lihat.

Begitulah juga samanya dengan manusia yang tidak mahu memahami tadi. Sekiranya kita berusaha untuk memahamkan mereka, mereka hanya akan menuduh kita memaksa, kita pula nanti akan dituduh sebagai yang ego, yang keras kepala, yang tidak ambil kira hati orang lain dan sebagainya.

Maka beraksilah sebagaimana aksi orang yang beriman

Allah SWT sendiri telah menjelaskan bagaimana hendak berurusan dengan mereka ini.

Allah SWT berfirman:

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. (tidak memperpanjangkan pergaduhan dan perdebatan).” Surah Al-Furqan ayat 63.

Biarkan mereka. Kalau tidak mampu bersama mereka, tinggalkan mereka. Takut bersama mereka hanya menambah keburukan dan keegoan mereka. Takut kita pula terjerumus dalam lembah yang hina kerana bersengketa dengan mereka. Jika mampu kekal bersama mereka, teruslah berbuat baik dengan mereka.

Penutup: Bertenanglah. Dunia ini sukar kerana adanya syurga.

Dunia ini sukar. Kerana wujudnya syurga.

Ya. Percayalah yang itu.

Bersabarlah.

Allah jugalah sebaik-baik hakim dan wali(penjaga) buat kita.

“…dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Surah Ali-Imran ayat 173.

Kebenaran itu, satu hari nanti akan terjelas juga. Sungguh Allah jugalah sebaik-baik pemisah antara haq dan batil.

“Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” Surah Al-A’raff ayat 89.

Harinya akan tiba.

Kalau bukan di dunia saat manusia itu boleh kembali semula kepada kebenaran apabila menyedarinya. Pasti di akhirat sana, saat manusia terbelalak melihat kebenaran yang dinafikannya.

Yang leka dengan keegoan mereka akan bersusah payah di neraka Allah SWT.

Yang bersusah payah hidup dengan baik di atas muka bumi ini akan bersenang lenang di syurgaNya. Itu yang kita imani, itu yang amat amat amat kita percayai.

© Langitilahi.com

Isnin, 16 Mei 2011

~GuRu oh gUrU~


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)
epilog dulu dan sekarang

Dulu…cikgu marah sy kalau tak siap kerja sekolah..

Sekarang….Saya marah budak kalau tak siapkan kerja sekolah…

~Tidakkah ia berputar seakan roda….dipusing-pusing kita akan alami perkara yang sama dan barulah mengerti hati dan perasaan insan yg bernama “guru”….

~Terima kasih guru~….

Tiada ucapan yang terbaik dapat diungkapkan untuk membalas jasa yang guru berikan kepada diri ini….Buat guru-guru saya di Taski Habibah….guru-guru di SKKK1,ustaz,ustazah cikgu dan cikgi saya di Smu (a) Maahad Muhammadi Pasir Pekan…dan sentiasa diingatan buat semua pensyarah-pensyarah saya di Ipg Kampus KKB…terima kasih mendidik kami selama 5 tahun setengah,tempoh yang agak lama utk mendidik kami dan melayan kerenah kami,huhu…dan akhirnya kami berjaya juga menggenggam segulung ijazah beserta memegang nama “guru” hingga ke akhir hayat kami…Insya Allah..terima kasih CIKGU…..^__^

~Halalkan segala ilmu yang dicurahkan....~

Tak dilupa jua…sahabat seperjuangan walau dimana pun berada….di pelusuk tanah air…samada pendalaman,luar Bandar atau Bandar….selamat hari cikgu semalaysia yer~~

~Tahniah kepada diri sendiri jua kerana dah jadi “cikgi”….err…err…ye ke???mcm tak percaya je sy dah memulakan “peperangan” saya dengan anak-anak murid di Sarawak ni~…ape2 pun ~SELAMAT HARI GURU ADRINA~~~hohoho…

…..teruskan perjuangan mendidik anak bangsa…tett..tettt..tett…kanak-kanak cilik….PRA….oh….pra…ape2 pun senyum je…sebab mereka belum tahu ape2…susah jgk ye nak mendisiplinkan kanak-kanak sekecik 4 dan 5 tahun ni…marah terlebih,kang menangis…siapa yang susah…sy jugakkk….tak marah kan….diaorang tak dengar kata...~buntu~…pasti ada caranya nanti….sy kena byk “s.a.b.a.r”…huhuhu

~Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara~wink wink…..


p/s: sedang membilang waktu dan masa nak balik…..~uhhu…msh sempat menyelit tentang sy dan kampung halaman~…


Selasa, 10 Mei 2011

~SeNyUmLaH~~


Kadangkala,

kita menangisi sebuah kehilangan,

seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.

tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,

kita meratapi sebuah kedukaan,

seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.

tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.

Yang hilang, pastikan berganti.

Jangan berlebihan menangisi.

Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,

pandang pada sekelilingmu,

masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,

sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.

Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.

Namun hari ini ada harapan masih menyinari.


Begitu hebat perancangan Allah dalam mengatur kehidupan makhlukNya di muka bumi .

Oleh itu, kita perlu menerima setiap perkara yang terjadi dengan perasaan redha dan sabar .

Semua itu adalah perancangan dan ketentuan Allah ke atas diri kita .

Kita boleh merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah lebih bijaksana dan adil .



P/S:SENYUMLAH,SABARLAH.....~^__^~

~BerGaBuNg...3 in 1~

~Tak lapuk dek hujan...tak lekang dek panas~

Disimpan cerita-cerita program hingga ke hari ini dan digabung 3 cerita dalam satu entry....~jimat~

Kisah pertama:

Tempat kejadian:di skhb...mane lagi...sarawak.
~bile la sy nk tukar nama ngr ni,asyik sarawak je~

Program:Minggu panitia Agama Islam

Masa dan tarikh:~tak perlu diberitahu~.... dijalankan selama seminggu dan berkampung di dewan....

Kejadian yang menarik:boleh tgk budak2 ni terkial2 dan tersengeh2 serta termenung2 semasa pertandingan dijalankan....yang paling best,semasa pertandingan bercerita b.arab...Assalamualaikum je yang bunyi..lepas tu,senyap terus dan yang bunyi hanya suara ustazahnya sahaja yang membaca skrip disertai dgn budak ikut...kira kaedah b.i.g...dan begitu sabar ustazah mereka membaca satu....satu.....~Tahniah ustazah B.A mereka. anda memang sangat sabar orangnya~....ni pertandingan bercerita ke....pertandingan membaca bahasa Arab kaedah B.I.G???







Kisah 2:Kem Bestari solat siri 2...

kali ni kem Bestari solat digabungkan..iatu tahun 1 dan tahun 5....

Tahun 1..yg perlu diajar dan nilai ialah "cara berwudhuk" teori dan amali....setelah selesai teori selama sejam..kena ajar cr amik wuduk pulak...masa ni la,habis basah baju semuanya....kiranya amik wuduk+mandi terus kot....huhuhu...kanak-kanak oh kanak-kanak....lepas je amik wuduk,suh duk diam-diam,jgn bergerak n jangan sentuh ape2....pastu,datanglah seorang bdk ni gitau"ustazah,kamek sentuh tiang to' "....huhuhu....tetttt....apakah terbatal air wuduk,jika tersentuh tiang,tuan2 dan puan2??...aduhai,kanak2...tulah.arahan ustazah pun tak jelas,kan dah tersilap paham dah.....~nak gi taunye,janganlah sesekali bg arahan yang sekadar atas angin shj,kerana bdk tahun 1 ni.mmg takkan faham jika diberi ayt yang sebegini rupa....arahan yang sebenarnya ialah seperti berikut"jangan pegi main jauh-jauh,duduk senyap-senyap kat situ dan jangan sentuh perempuan/lelaki nanti BATAL air sembahyang tuuuu~~~~...alahaiii panjangnye nak bagi arahan sebegini..bygkan kalau 20 orang budak,20 kali ulang skrip sama....jenuh jgk lahhhhhh.....





Kisah 3:Kem Motivasi tahun 6

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

bermalam di matang wildlife selama semalaman sahaja...sampai kat sana dah petang dah...dalam jam 5.00 petang,para peserta dah stat game...ala-ala riadhoh la lebih kurang....budak2 kna pegi dr stesen ke stesen....dan sy terkena bahagian stesen "matematik",kena suruh bdk susun batu-batu menjadi piramid terbalik...semua lepas..stesen sy agak rileks.....

malam tu,byk jugak slot yang disediakan....dan sy memang bertuah kerana diberi mandat utk sesi muhasabah,walaupun x reti sangat...sebelum ni kalau pegi program,org yg bg muhasabah kat sy dan sekarang sy pulak kena bagi muhasabah kat orang lain....point UTAMA,bagi kesedaran.....biar apa yang diberi menusuk jauhhh ke dasar hati...kalau tak dapat byk pun sedikit pun tak ape....biar bermakna kem motivasi tu,bukan hanya sekadar pulang dengan tangan kosong...

setelah selesai slot:persembahan kumpulan....~menari~..huhuhu....x tahu nak kata...jarang benar kalau sy pegi program akan buat tarian-tarian ni...panorama yg berbeza....layan jelah....setelah mereka bergelak ketawa dengan riangnya...tiba slot sy:sesi bermuhasabah....first:pasang video "anak soleh"...tetiba2 sayup2 dengar ada yang menangis....eh3,awalnya...takkan awal sangat kot..ni belum lagi masuk bab bagi ayt2 puitis....~jiwa mereka tak lah sekebal yg disangka,Alhamdulillah..masih boleh dilentur,jika kena gayanya~

p/s:teringat zaman maahad dulu...sesi muhasabah adalah sesi "wajib" yang ada setiap kali program..........dan...kini hya tinggal kenangan.....masa terus beredar.........





Pusing-pusing...EKSPLORASI ILMU~~~



~buaya dan sarawak adalah sinonim bersama~

mesti ada yang kata:kat taman buaya di kelantan pun ada,apa yg istimewanya buaya di sarawak???

maka saya menjawab:buaya supo jah,tp tempat nk tgk dia tu kena mai di srwk..mcm2 jenis ada...kalu nak real lagi gi aloh pendalaman.....tepi2 pokok je kot,boleh tgk....^___^

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA::::
Seseorang yang menyeru kepada kebaikan, lalu orang lain mengerjakannya, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan kebaikan itu. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda : "Barangsiapa yang menuntun kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang mengerjakannya."(Hadis Riwayat Muslim)
Siapa kita pada masa lalu tidak penting. Siapa kita pada masa sekarang juga tidak penting. Namun apa yang lebih penting adalah siapa kita pada masa akan datang. Maka berusahalah dan terus berusaha. Kerana kegagalan bukan tradisi, kejayaan bukan warisan...

P/S:soalan exam budak2 belum siap lagiiiiiiiii...bile nak siapkan nii???...knp sekarang "kurang rajin"???...tettt tettt~mcm la dulu rajin sgt,adrina ooooiiiiiiii~...

Sabtu, 7 Mei 2011

iBu,uMmi,MaMa.Mummy dan BoNdA....^__^



Ape jua gelaran yang kita gelarkan buat insan yang telah melahirkan kita,sayangilah mereka,ingatilah mereka,cintailah mereka.....memetik sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Riwayat Bazar dan al-Hakim)...

langkah demi langkah.....detik demi detik....usia mereka semakin menginjak..sama jua dengan kita...usia semakin meningkat...begitulah putaran alam.... byk frasa kehidupan yang telah dilalui...pengalaman-pengalaman di kumpul utk dikongsi dengan generasi yang bakal datang...penerus perjuangan...Insya Allah~~..

semasa sesi muhasabah malam kem motivasi ari tu....sekebal mana pun hati...sebut pasal "ibu dan bapa" pasti dan mesti menitiskan air mata....begitulah hebatnya "aura" insan yang bergelar ibu....bahagian yang membaca "skrip" tentang ibu pun,menitiskan air mata juga....~dah lama tak balik ni~....rindunya kat bonda di kampung....

satu kisah:masa sesi ini...makin kuat bdk2 nangis makin byk pulak skrip yang sedih2..hinggakan ada yang pengsan..huhuhu,terukkan fesi2....kesiannye kat diorang..kalut jgk seposen,bimbang kot jadi ape2 kat budak tu,lepas tu pakat cr air...renjis kat muka,alhamdulillah sedar n sambung nangis lagi...aduss...sy ni lemah trus kalau macam ni...tya salah seorang fesi kat situ,ape masalah dia...di khabarkan mak n ayhnya dah tiada...ooo..br sy faham...terus sy tenangkan suh bc al-Fatihah sedekahkan buat mak n ayh kat sane....tetiba sy dicuit oleh fesi tadi..."kak na,mak n ayh dia berpisah"...errrr.......alamak!!silap faham.........~tu lah sape suruh bg ayt tak jelas~....sep2 fesi dah gelakkan sy....ok..terima kasih...sebab tolong gelak~~~ape2pun sy doakan semoga dia dapat jadi ank yg solehah suatu hari nanti,dia mampu menghadapi cabaran2 yang datang dengan sebaik mungkin...alhamdulillah...kita semua tak diuji seperti dirinya....


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

teringat masa zaman kecik-kecik dulu...sempat juga mencedok petua ngan umi cara nak menghafaz??...yelah,masa tu...pegang je buku,mesti tertidur dengan lenanya.....umi kata "ulang beberapa kali,ingat,tulis"....yap.....sy rasa sy amalkannya sampai sekarang....tp tang menguap dan mengantuk tu tak dapat dielakkan....~dah jadi penyakit yg sukar diubati~~~....

teringat juga masa PMRU,sempat juga saya merasa belajar dengan umi...masuk kelas umi....boleh tgk umi mengajar..kira sy ni "ank murid tumpangan lah"...yg penting buat latihan yang umi bagi dan hantar umi semakkan...err....~tettt....tettt~....mencari umi ketika sesi "tasmik" di rumah....huhuhu....~rindunya kat ummi~~~~....

p/s:macm manelah adik sy sekarang boleh belajar dengan umi sy eh??nak panggil ape...umi ke ustazah???...pernah jgk tya dia....dia jwb senang.."tak pyh panggil gapo2"...adess..sempoi molek jwpn adik sy....~~~


Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

.
ketika sy dapat posting ke SARAWAK...ummi sedih...sy tahu.....sy ok lagi...tapi lepas tu.....hohohoh....sendiri mau teka lah...umi sy tiupkan semangat....kata-kata yang sy pegang hingga kini "rezeki sy di sana....kita tak boleh nak tolak rezeki yang Allah tetapkan untuk kita...walau bagaimana pun caranya kita menolak...Allah dah TETAPKAN"...~alhamdulillah~

maka selamatlah sy berada di sini..berkat doa umi,abah adik2 dan yang tersayang sekalian....alhamdulillah...walaupun sukar pada awalnya mencari "hati" utk berada di sini....negeri yang paling ditakuti ramai terutamanya para guru baru....~ape2 pun nor adrina elani dah selamat mendarat di sini...~wink wink~...dan jangan lupa doakan sekali nor adrina selamat kembali berkhidmat di semenanjung yer......:)

Pesanan umi:sekarang ni...kena berdiri sendiri dah,berdikari dan lepas ni ...Insya Allah bakal mempunyai keluarga sendiri....nak kena bina hidup sendiri....tak leh nak bergantung sangat dah kat umi n abah....~umi sy memang best~~~....kwang3...umi oh umi....~doakan anakmu semoga dapat jadi yang terbaik...terlalu byk yang perlu diperbaiki....kehidupan fasa 3 bakal disusuri dan bakal mempunyai 2 org ummi....beruntung tak???~~^___^

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

~hijjaz :belaian ibu~

Dedikasi teristimewa sempena hari Ibu:



Buat umi tersayang Nor Hasinah...syukran a'ala kulli hal...terima kasih kerana melahirkan sy di dunia ini,membantu sy dikala sedih dan memberikan peringatan kepada sy di kala terlalu gembira....terima kasih,syukran,toche,nandre dan segala2nya....~di saat kita berjauhan,rasa ingin ku berlari,mendakapimu penuh girang,bak si kecil kehilangan~...

Buat sahabat-sahabat sy yang telah bergelar ibu...kak ije,kak dayah,anis,niena,wani dan yang lain2 lagi(ramai sangat,kalau nak tulis semua rasanya kena buka entry lain)..Tahniah..mabruk...:)

Buat sahabat-sahabat sy bakal ibu...kak ct,kak gee,kak long,kak ida dan beberapa orang lagi...."ucapan tahniah juga diucapkan~..semoga menjadi ibu yang baik...Insya Allah...

Special wish buat sahabat baik sy..NOR LAILI ABD RANI....Sabar dan doa...Insya Allah doa kita takkan di sia-siakannya...sy tunggu berita gembira dari kamu....sy ada terbaca dan nak dikongsi"belajar dahulu bersabar,sebelum melangkah pergi ke destinasi yg seterusnya..pupuk dahulu kesabaran agar bila tiba masanya...agar kita akan hadapi sebaik mungkin~~~~


Khamis, 5 Mei 2011

~JadUaL~


Datang daripada Allah.
Balik pun akan balik kepada Allah.
Bukankah amat menghairankan,
apabila di tengah-tengah antara kedua-dua itu bukan diisi dengan apa yang diredhai Allah?
Kita datang dari-Nya dan pasti suatu ketika kita kan pulang jua kepada-Nya....Walaupun tak sempat masa.tapi sy rasa nak update blog.....huhuhu...kenapa3...sebab dah lama tertangguh nak cerita perihal jadual sy di bulan mei ini....

1)Kem motivasi bakal berlangsung...:P

~Kejap lagi dah nak gerak,sempat menulis...ape nak buat....dah tetiba terasa nak menulis..terpaksa ms diambil....

tempat:di Matang wildlife,sarawak...tentu2nya...
masa:6 mei dan 7 mei...~kejap je...
agenda:motivasi...
tugasan buat diri:sesi muhasabah,malam ini...tp 1 pun x prepare ni...cam mane??..x kan nak aci redah je...muzik2??alamak dah ade.tp belum di susun..agak2 sempat tak??

2)Fail-fail....

~dah siap,tp x disusun lagi...dan2....tadi diterjah...bagus adrina..chaiyokkk....abis terkena...senyum je,x perlu kata ape2...~dulu,kalau observe dah biasa kena terjah...jantung bisa dikawal dengan baik...dan kini...agenda yg sama berlaku....saat diterjah,ms tu duk kat kelas pra...owho....kwang2....kalut serata alam....seb baik x masuk dlm kelas tu....kalau tak......

p/s:byk lagi nak crite,kena tulis entry lain...x sempat nak tulis panjang2..

3)Soalan exam budak2....diorang dah nak exam...satu pun x buat ape2 lagi...byk lagi nak kena cover kot....cutinye best...tapi byk benda yg x settle....oh...sila b'sabar duhai diri..kita pulun abis-abis lepas ni...~iye ke?~

4)BALIK...balik....yg ni paling best....dah lama x "nangga" kampung halaman.....cepatlah waktu beredar.....tunggu daku wahai warga kubang kerian....:P

ape2 pun entry ini ditulis dalam keadaan setengah jam sebelum bertolak...kira aci la eh???....^___^





gambar2 tu mcm tak der kaitan je dengan crite sy....uhhu....sori2...x dan nak cr gambar.kra yg mana jumpa je sy upload....:))))

~rindunya nak wat abm....skarang ni abm dah ade dlm kotak2 semua....~agak2 boleh dikargokan tak??????