Sabtu, 25 Jun 2011

~RoDa????~




Himmah : Roda kehidupan yang ligat berputar!
Oleh : BroHamzah
http://langitilahi.com

Kehidupan kita ini umpama roda. Kehidupan yang berjalan umpama roda yang berputar. Roda yang berbentuk bulatan dan ia boleh berpusing dan berputar-putar. Bayangkan bentuk roda yang bulat itu. Tentunya anda dapat membayangkannya bukan? Roda, ia berbentuk bulat. Posisi atas dan posisi bawah yang akan berubah pada bila-bila masa sahaja andai putaran roda itu digerakan. Ada saatnya, kita boleh berada di atas dan ada ketikanya kita boleh berada dibawah. Selalunya, berada di atas itu membawa gambaran yang baik, positif dan menyenangkan. Dan, dibawah itu adalah simbolik sudut buruk, negatif dan menyusahkan! Itulah hakikat kehidupan yang fana’ ini. Ada masanya kita benar-benar bersemangat, bertenaga dan punyai perasaan yang bergelora. Ya saat yang akan membuatkan kita mampu mengukir senyuman kegembiraan dan seronok menikmati kesenangan kehidupan. Dan,ada juga saat yang sangat melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan dan jiwa yang hambar yang bersangatan. Dan saat itu, air mata kita mudah bercucuran tanpa kita sendiri sedari. Riak wajah yang terbentuk adalah wajah yang penuh kesunggulan, hilang segala seri keceriaan dan masam yang durjana.

Putaran Roda kehidupan

Pernahkah kita merasai pelbagai nikmat yang melimpah ruah dan segala kemudahan dalam kehidupan ? Rezeki yang tidak putus-putus, kesenangan yang mendamaikan dan kelapangan yang melegakan. Allah SWT lahirkan kita dalam keluarga yang senang, kaya raya dan berharta. Kita mampu memiliki kereta yang cantik, rumah yang luas, kenalan hidup yang ramai dan empayar kekayaan yang besar. Jika kita berasal daripada keluarga yang sederhana, kita mampu hidup dengan aman, bahagia dan tenteram. Terasa akan syurga dunia itu milik kita. Kita diberikan kemudahan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Kewangan yang stabil dan kukuh serta ekonomi keluarga yang sentiasa “steady”. Setiap hari riang ria dan sentiasa happy sepanjang masa. Disekeliling kita, terdapat ramai rakan, sahabat dan kenalan. Ada rakan yang dapat menghiburkan dan teman gelak ketawa yang sporting. Setiap urusan kita begitu mudah dan sentiasa mengikuti apa sahaja perancangan yang disusun dan direncanakan. Semuanya sentiasa bereh! Namun, langit membiru indah tidak selalunya cerah. Awan yang putih, ringan dan cerah akan bergantian dengan pergerakan awan yang berat lagi hitam. Roda kehidupan tidak sentiasa berposisi dipuncak sahaja. Kita akan diuji dengan penangan putaran kehidupan. Lalu, Allah SWT menguji kita dengan sedikit musibah, dugaan, peringatan dan teguran . Allah SWT menguji kita dengan kematian insan yang tersayang. Berlakunya musibah kemalangan, bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, ribut taufam, tsunami dan banjir. Barang-barang kepunyaan semuanya musnah, rosak dan tidak dapat dimiliki semula. Ujian, dugaan dan musibah tiba bersilih ganti. Kesakitan, keperitan, kemiskinan, kepapaan, kegagalan, kekalahan dan kekecewaan. Ketika itu, nurani kecil kita tertanya-tanya, kenapa dan mengapa? Mengapa ujian yang seberat ini hadir dalam kehidupan kita? Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? “ Air mata kita sudah kering untuk memandang dan meratapinya.” Kita ditinggalkan oleh rakan-rakan yang pernah membantu, menyokong dan menguatkan kita. Saat kita jatuh, semuanya berpaling tadah dan memutuskan persaudaraan dengan kita. Lebih parah, ada sahabat yang konon “akrab” , menikam kita daripada belakang. “ Tusukannya lebih dalaman dan penuh bisa yang merbahaya”. Selain itu, segala urusan yang dihajati tidak kesampaian, segala urusan yang dirancang tidak menjadi dan cita-cita yang diidamkan musnah dipertengahan jalan.


“ Pandangan mata tersirna dari segala cahaya pengharapan.” Pernahkah anda mengalami dan melaluinya? Sejujurnya, saya kini berada dalam posisi kehidupan yang membuatkan saya terdiam seketika. Posisi bawah. Saya ketika ini benar-benar terduduk memuhasabahkan diri. Merenungi segala apa yang terjadi kepada diri saya dalam tempoh seminggu dua ini. Saat diberikan ujian berbentuk “peringatan” daripada Allah SWT. Tidak perlulah saya kongsikan apa musibahnya, cuma cukuplah saya katakan ia sangat-sangat menguji keteguhan jiwa dan ketenangan hati saya. “ Aku perlu kuat dan tabah!” “ Allah SWT tidak pernah silap dengan takdir-Nya!” “ Banyakan berdoa, bermunajat dan beristighfar kepada-Nya!,” Saya bermonolog sendiri dan memberikan kata-kata dalaman dan semangat buat diri. Saya sendiri gagahkan diri untuk mengerakan jari-jemari untuk berkongsi bersama-sama kalian. Mudahan-mudahan ada manfaat untuk kita renungi. Saya sedari suatu hakikat. Benar. Manusia ini apabila berhadapan dengan kesulitan, kepayahan, kesukaran dan musibah yang menggeruhkan ketenteraman jiwa – ia umpama anak-anak kecil yang hilang pedoman dan tempat pergantungan. Terkapai-kapai mencari tempat berpaut dan menagih simpati insan di sekeliling. Bahkan, timbul di dalam diri pelbagai perasaan yang belum pernah dirasainya.


Kesedihan, air mata dan kemurungan Suatu saat, air mata saya ini bercucuran jua akhirnya. Terasa akan kepedihan, kesunyian dan kesepian. Hibaan, esakan dan tangisan itu membuatkan saya benar-benar kerdil, kecil dan penuh kehinaan. Benar, saya ini tiada apa-apa. Semua yang berlaku adalah suratan takdir yang Maha Pencipta. Allah SWT yang berhak dan mempunyai kuasa atas segala suratan ketentuaan-Nya. Mengapa perlu saya bersedih, memencil diri dan bersendirian? Saya terus-menerus menguatkan diri. Mereframekan minda untuk kembali bertenaga, beremosi stabil dan memohon ampunan, rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. “ Ya Allah, jadikanlah aku redha menerima semua keputusanMu sehingga aku memahami bahawa semua (nikmat atau musibah) yang telah Engkau tetapkan akan mengenai diriku, pasti tidak meleset dariku, dan semua (nikmat atau musibah) yang Engkau tetapkan akan pasti meleset dariku, pasti tidak akan mengenaiku.” Saya bersyukur, saya punyai Rabb untuk diluahkan segala perasaan, cetusan dan pergolakan jiwa yang dirasai.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Artikel penuh Perkongsian ini boleh dilayari di Langit Ilahi.Com...

Selasa, 21 Jun 2011

~RaSa HaTi~~~




Hidup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya...

Jari-jemari benar –benar kaku utk menekan tiap2 butir huruf di keyboard….helaan nafas demi helaan nafas dihembuskan agar bisa mengawal rasa yang bertandang di hati….

سبحان الله,الحمد الله,ولا اله الا الله,الله اكبر

Sejenak merenung entry sy yang sebelum ini….penuh dengan kegembiraan utk pulang ke kampong halaman bg menjayakan “misi”….:)…Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi dengan inayahnya “misi” yang dirancang dapat dijalankan dengan baik tanpa ada cacat celanya….

Tiap butir bicara dirasakan hambar dan kesedihan….huhuhu….~ok,dah tak nak bermadah…cukuplah setakat itu sahaja~…:P

Jajarkan ke Tengah



Bertarikh 2 JUN 2011…kalimah “Aku terima nikahnya” telah disambut dengan penuh kegembiraan dan Insya Allah doa sentiasa dititpkan agar ikatan yang terjalin akan kekal hingga ke jannah…

Melangkah ke fasa-3 dengan penuh debaran dan sebuah tanggungjawab….

Hidup ini kadang-kadang umpama medan peperangan. Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja. Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega tetapi belum sempat nafas itu dilepaskan semula suasana gawat muncul tiba-tiba..Begitu juga dengan kehidupan kita, ketika ketenangan datang menyapa mesra tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa.Dunia ini pentas ujian. Dimana kita letakkan persandaran kita??

~sEmIngGu~

Hanya seminggu yang dapat kami luangkan masa bersama dan terpisah kerana masing-masing perlu meneruskan agenda kehidupan di negeri yg telah ditetapkan utk kami…dia di johor…dan sy di Sarawak~menabur bakti utk anak-anak bangsa~…Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasai…namun kekuatan perlu dicari di perhalusi dan sentiasa mencari sesuatu untuk menguatkan hati….huhuhu….~x mau sedih-sedih~~~…walaupun pada hakikatnya rindu pada en. Suami sentiasa bertandang….mungkin apa yang perlu dilakukan sekarang adalah perbaiki diri utk jadi lebih baik…Allah mahu mentarbiah dan memberi “hikmah” yang sy sendiri pun tak tahu….biarlah waktu yang berbicara,yang pahitkan berlalu yang manis akan menjelma…bila???wallahua’lam…siapakah kita yang mahu menetapkan aturan pada sebuah kehidupan…kita hanya “insan” yang mampu merancang dan berusaha dan segalanya diserahkan segala urusan kepada-NYA….

Bak kata zauji habibi”semuanya telah tercatat… terimalah keputusannya setelah segala usaha dilakukan”~~…syukran zauji habibi mengingatkan sesuatu yang saya lupa bahawa perancangan DIA adalah yang terbaik…^__^

Kadang-kadang laluan kehidupan ini tidak seperti yang kita harapkan. Ada masa masanya kita terpaksa mendaki puncak yang tinggi dan sukar. Bahkan jiwa kita kadang-kadang kuat dan kadang lemah menjadikan perjalanan jiwa kita lebih memeritkan.

Tidak ada jalan lain selain menyandarkan jiwa dan kehidupan kita kepada Pemilik Alam; yang menggerakkan awan, menumbuhkan pepohonan dan menjadikan alam sekeliannya. Walaupun jalannya sukar dan panjang tetapi ini sahaja pilihan kita.

Masalah, kegelisahan, keresahan dan sebagainya adalah sebahagian dari kehidupan. Sikap yang terbaik ialah belajar menerimanya. Kekuatan untuk menerimanya ialah dengan bersandar kepada kebesaran dan keagungan Allah SWT beserta sifat rahmat dan penyayangNya..

Mengikut cerita salafi yang terdahulu, seorang soleh yang merasakan jiwanya kekosongan dan begitu jauh dari Allah. Ketika berjalan dikedinginan malam, ia bertemu seorang kanak-kanak yang menangis diluar pintu rumah sambil merayu agar ibunya membuka pintu untuk dia masuk. Ketukan demi ketukan menyebabkan si ibu lalu keluar dengan linangan air mata. "Ibu bukan benci tetapi ibu ingin anak ibu perbaiki diri dan jadi soleh" begitulah agaknya bisikan si ibu pada anaknya.

Insan itu yang melihat tadi belajar sesuatu; ia akan terus mengetuk pintu hidayah dengan tangisan dan air mata keinsafan sehinggalah Allah membukakan pintu rahmatnya. Bukankah kasih Allah pada hambanya mengatasi segala.

Sekarang cuba kita lihat jauh ke dalam diri kita tidakkah kita lihat satu lembah yang kotor dan menjijikkan. Tidakkah kita melihat satu lembaga yang kurus kering tidak bermaya kerana tidak diberi makan, tubuhnya kotor kerana sering kita lupa untuk bersihkannya, tubuhnya sakit-sakit kerana tidak dirawat?

Bukankah di lembah itulah tempat tumbuhnya ketenangan dan kebahagiaan, bukankah lembaga yang setengah mati itulah yang sepatutnya mengajar kita erti pasrah dan kesabaran, erti sujud dan syukur. Bukankah lembaga yang serba lemah tidak bermaya itu yang seharusnya mengajar kita erti kemuliaan dan ketinggian jiwa serta mengajar kita erti lapang dada dan kecukupan.

Sekarang cuba kita tanyakan lagi pada diri kita:

Kenapa kita tidak bahagia?
Kenapa jiwa kita sempit dan menderita?
Kenapa kita kecewa dan putus harapan?
Kenapa jiwa kita kosong dan hampa?

Tentunya sekarang kita sudah tahu jawapannya tetapi mengetahui jawapannya sahaja tidak akan menyelesaikan masalah dan membahagiakan jiwa kita. Kita perlu menyemai kembali benih keimanan, kita perlu suburkannya dengan cinta dan pengorbanan, kita perlu siramkannya dengan ilmu dan fikrah yang benar, kita perlu cabut rumput-rumput keraguan bersama tunas-tunas dosa yang menjalar dan berduri. Kita perlu teduhkannya dengan murobbi, bajainya dengan pesanan dan pengalaman dan kita perlu terus menjaganya tanpa lalai dan jemu sebagaimana kita tidak pernah jemu dengan akhbar yang kita baca saban hari, sebagaimana pakaian kita yang sentiasa kita sterika setiap pagi. Kita perlu terus menelitinya sebagaimana kita meneliti wajah kita dicermin yang entah berapa kali setiap hari.

~Terkadang Allah memberi nikmat kepada suatu kaum sesudah cubaan yang besar dan menguji kaum lainnya sesudah memberi nikmat~~…
Hadapinya dengan senyuman..kerana setiap yang berlaku pasti ada penghujungnya….
Ya Allah…
Aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah.
Ya Allah,
Aku berlindung kepada-MU dari sifat lemah dan malas.
Ya Alah,
Aku juga berlindung kepada-MU dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.