Selasa, 21 Jun 2011

~RaSa HaTi~~~




Hidup ini umpama satu rangkaian teka teki, jika kita berjaya mendapatkan jawapan yang betul maka kita akan berpeluang menjawab teka teki yang seterusnya...

Jari-jemari benar –benar kaku utk menekan tiap2 butir huruf di keyboard….helaan nafas demi helaan nafas dihembuskan agar bisa mengawal rasa yang bertandang di hati….

سبحان الله,الحمد الله,ولا اله الا الله,الله اكبر

Sejenak merenung entry sy yang sebelum ini….penuh dengan kegembiraan utk pulang ke kampong halaman bg menjayakan “misi”….:)…Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi dengan inayahnya “misi” yang dirancang dapat dijalankan dengan baik tanpa ada cacat celanya….

Tiap butir bicara dirasakan hambar dan kesedihan….huhuhu….~ok,dah tak nak bermadah…cukuplah setakat itu sahaja~…:P

Jajarkan ke Tengah



Bertarikh 2 JUN 2011…kalimah “Aku terima nikahnya” telah disambut dengan penuh kegembiraan dan Insya Allah doa sentiasa dititpkan agar ikatan yang terjalin akan kekal hingga ke jannah…

Melangkah ke fasa-3 dengan penuh debaran dan sebuah tanggungjawab….

Hidup ini kadang-kadang umpama medan peperangan. Musuh boleh muncul bila-bila masa sahaja. Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega tetapi belum sempat nafas itu dilepaskan semula suasana gawat muncul tiba-tiba..Begitu juga dengan kehidupan kita, ketika ketenangan datang menyapa mesra tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa.Dunia ini pentas ujian. Dimana kita letakkan persandaran kita??

~sEmIngGu~

Hanya seminggu yang dapat kami luangkan masa bersama dan terpisah kerana masing-masing perlu meneruskan agenda kehidupan di negeri yg telah ditetapkan utk kami…dia di johor…dan sy di Sarawak~menabur bakti utk anak-anak bangsa~…Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasai…namun kekuatan perlu dicari di perhalusi dan sentiasa mencari sesuatu untuk menguatkan hati….huhuhu….~x mau sedih-sedih~~~…walaupun pada hakikatnya rindu pada en. Suami sentiasa bertandang….mungkin apa yang perlu dilakukan sekarang adalah perbaiki diri utk jadi lebih baik…Allah mahu mentarbiah dan memberi “hikmah” yang sy sendiri pun tak tahu….biarlah waktu yang berbicara,yang pahitkan berlalu yang manis akan menjelma…bila???wallahua’lam…siapakah kita yang mahu menetapkan aturan pada sebuah kehidupan…kita hanya “insan” yang mampu merancang dan berusaha dan segalanya diserahkan segala urusan kepada-NYA….

Bak kata zauji habibi”semuanya telah tercatat… terimalah keputusannya setelah segala usaha dilakukan”~~…syukran zauji habibi mengingatkan sesuatu yang saya lupa bahawa perancangan DIA adalah yang terbaik…^__^

Kadang-kadang laluan kehidupan ini tidak seperti yang kita harapkan. Ada masa masanya kita terpaksa mendaki puncak yang tinggi dan sukar. Bahkan jiwa kita kadang-kadang kuat dan kadang lemah menjadikan perjalanan jiwa kita lebih memeritkan.

Tidak ada jalan lain selain menyandarkan jiwa dan kehidupan kita kepada Pemilik Alam; yang menggerakkan awan, menumbuhkan pepohonan dan menjadikan alam sekeliannya. Walaupun jalannya sukar dan panjang tetapi ini sahaja pilihan kita.

Masalah, kegelisahan, keresahan dan sebagainya adalah sebahagian dari kehidupan. Sikap yang terbaik ialah belajar menerimanya. Kekuatan untuk menerimanya ialah dengan bersandar kepada kebesaran dan keagungan Allah SWT beserta sifat rahmat dan penyayangNya..

Mengikut cerita salafi yang terdahulu, seorang soleh yang merasakan jiwanya kekosongan dan begitu jauh dari Allah. Ketika berjalan dikedinginan malam, ia bertemu seorang kanak-kanak yang menangis diluar pintu rumah sambil merayu agar ibunya membuka pintu untuk dia masuk. Ketukan demi ketukan menyebabkan si ibu lalu keluar dengan linangan air mata. "Ibu bukan benci tetapi ibu ingin anak ibu perbaiki diri dan jadi soleh" begitulah agaknya bisikan si ibu pada anaknya.

Insan itu yang melihat tadi belajar sesuatu; ia akan terus mengetuk pintu hidayah dengan tangisan dan air mata keinsafan sehinggalah Allah membukakan pintu rahmatnya. Bukankah kasih Allah pada hambanya mengatasi segala.

Sekarang cuba kita lihat jauh ke dalam diri kita tidakkah kita lihat satu lembah yang kotor dan menjijikkan. Tidakkah kita melihat satu lembaga yang kurus kering tidak bermaya kerana tidak diberi makan, tubuhnya kotor kerana sering kita lupa untuk bersihkannya, tubuhnya sakit-sakit kerana tidak dirawat?

Bukankah di lembah itulah tempat tumbuhnya ketenangan dan kebahagiaan, bukankah lembaga yang setengah mati itulah yang sepatutnya mengajar kita erti pasrah dan kesabaran, erti sujud dan syukur. Bukankah lembaga yang serba lemah tidak bermaya itu yang seharusnya mengajar kita erti kemuliaan dan ketinggian jiwa serta mengajar kita erti lapang dada dan kecukupan.

Sekarang cuba kita tanyakan lagi pada diri kita:

Kenapa kita tidak bahagia?
Kenapa jiwa kita sempit dan menderita?
Kenapa kita kecewa dan putus harapan?
Kenapa jiwa kita kosong dan hampa?

Tentunya sekarang kita sudah tahu jawapannya tetapi mengetahui jawapannya sahaja tidak akan menyelesaikan masalah dan membahagiakan jiwa kita. Kita perlu menyemai kembali benih keimanan, kita perlu suburkannya dengan cinta dan pengorbanan, kita perlu siramkannya dengan ilmu dan fikrah yang benar, kita perlu cabut rumput-rumput keraguan bersama tunas-tunas dosa yang menjalar dan berduri. Kita perlu teduhkannya dengan murobbi, bajainya dengan pesanan dan pengalaman dan kita perlu terus menjaganya tanpa lalai dan jemu sebagaimana kita tidak pernah jemu dengan akhbar yang kita baca saban hari, sebagaimana pakaian kita yang sentiasa kita sterika setiap pagi. Kita perlu terus menelitinya sebagaimana kita meneliti wajah kita dicermin yang entah berapa kali setiap hari.

~Terkadang Allah memberi nikmat kepada suatu kaum sesudah cubaan yang besar dan menguji kaum lainnya sesudah memberi nikmat~~…
Hadapinya dengan senyuman..kerana setiap yang berlaku pasti ada penghujungnya….
Ya Allah…
Aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah.
Ya Allah,
Aku berlindung kepada-MU dari sifat lemah dan malas.
Ya Alah,
Aku juga berlindung kepada-MU dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan