Khamis, 18 Ogos 2011

~tInTa rAmAdHaN~....sEmOgA DiPeRmUdAhKaN...~~



~Tiada kehidupan yang lebih indah,
ketika genggaman yakin dan percaya hanyalah pada Allah yang Maha menciptakan...

Adakah kau temui kebahagiaan hakiki yang di dalamnya tanpa ada niat keranaNYA??
Hanya 1 TUJUAN kita..mencapai redha-NYA
Jadikan segala pandangan dan cerminan kembali pada penglihatanNYA...
Kerana dengan begitu,KITA akan merasai..bahawa Allah selalu mengawasi...
dan orang yang merasakan demikian..

~Semoga sentiasa tenang dalam rahmatnya~


p/s:usaha tangga kejayaan...Insya Allah..PASTI DAN MESTI ada ruangnya...semoga Allah permudahkan urusan yang bakal "berlangsung" esok hari....Bismillahi tawakkal tu a'la Allah la haw la wala Quwwata illa billahil a'liyyil a'zim....aminnn....

Jumaat, 12 Ogos 2011

~tInTa rAmAdHaN~...jalan2 dan fikir.....~~~




~Jalan-jalan di pagi hari...jalan2??...sy berjalan secara maya di fb..yuhhu...tetiba sy tgk ramai kawan2 sy like 1 story ni...sy bacakan...pastukan...sy rasa macam ada "sesuatu" je yg terkena pada diri sendiri...

p/s:kira aci tak,sy copy n paste,crita ni...aci la eh??...

Aku merenung kembali kisah silamku. Mengingati semula perjalanan hidup yang telah kulalui di muka bumi Allah yang maha luas ini. Entah mengapa Ramadhan kali ini begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata.

Sering kurasakan, Ramadhan ini berkemungkinan adalah Ramadhan yang terakhir buatku, dan mengenangkan betapa cepatnya waktu berlalu, membuatkan aku merenung kembali apa yang telah ku lakukan sepanjang 11 hari Ramadhan berlalu ini. Secara tidak langsung, fikiranku turut bergerak lebih jauh dan cuba untuk mengingati setiap yang berlaku ke atas diriku sepanjang aku hidup di muka bumi.

Terimbau kenangan dahulu semasa aku berada di tingkatan lima, guru kelasku pada waktu itu ialah Ustazah Naemah.

Dia pernah mengucapkan kata-kata yang biasa buat kami, anak didiknya. Mungkin pada orang lain ia hanya kata-kata biasa tapi pada aku cukup terkesan di hati hingga ke saat ini. “Jadilah orang yang membawa manfaat kepada orang lain”. Itulah kata-katanya yang segar di hatiku hingga ke saat ini.

Aku mengingat kembali apakah manfaat yang telah kuberi setelah sekian lama aku bernafas di bumi Allah ini. Apabila difikirkan dengan mendalam, bagaikan tiada manfaat yang kuberi pada insan yang lain. Pada orang lain, mungkin kerjaya aku sebagai pendidik sangat mulia di pandangan mereka, namun pada aku ia hanya satu amanah yang harus kupikul lantaran aku menerima gaji setiap 25 haribulan.

Sering juga kesabaranku hilang sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang guru dek perangai murid-muridku yang semakin hari semakin kreatif bentuk kenakalannya. Kadang kala aku meninggikan suara kepada mereka, namun aku sering menyesali dan berfikir wajarkah aku berbuat sedemikian rupa. Aku cuba yakinkan hati bahawa apa yang ku lakukan akan mampu mengubah mereka menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat.

Apabila pulang ke rumah, aku selalu berfikir, adakah kerjaya aku merupakan satu ibadah buat diriku? Adakah kerjaya yang dilakukanku ini aku lakukan hanya kerana khuatir gaji dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik dikira ibadah di sisi Allah? Berapakah ilmu yang kusampaikan tersemat di hati anak didikku? Dan yang paling utama, berapa ramaikah di antara mereka yang mengamalkan ilmu yang telah ku sampaikan selama ini?

Apabila soalan-soalan berat sebegini menerjah fikiranku, nafasku menjadi sesak seketika. Aku menjadi sedar bahawa nyawa pinjaman Allah buatku boleh ditarik bila-bila masa sahaja tanpa kuduga. Kudrat yang ada padaku juga hanya pinjaman dari Allah. Tiada apa yang mampu menghalang, seandainya Yang Maha Esa mahu menarik kembali nikmat kesihatan dan nikmat kesempurnaan pancaindera yang diberikan untuk sementara waktu buatku.

Seringkali aku terbayang, diriku hanya dibaluti kain kapan. Ketika itu apa yang mampu aku lakukan? Berapa banyakkah amalan soleh yang mampu kupersembahkan di hadapan Allah S.W.T nanti? Yang paling aku takuti, amalan yang selama ini kukerjakan ditolak oleh Allah! Namun, sebagai seorang hamba manakan aku mampu untuk mengetahuinya. Segalanya hanya terjawab apabila rohku sudah meninggalkan jasadku kelak. Ketika saat itu, pastinya segala-galanya telah terlambat buatku dan penyesalan sememangnya sudah tiada ertinya lagi.

Di bulan Ramadhan kali ini, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku untuk terus bernafas di dunia ini. Kerana kesempatan ini, aku mampu berpuasa dan menikmati keindahan Ramadhan. Di kesempatan ini, aku bermohon agar diampunkan segala dosa-dosaku, diterima segala amalanku dan dijadikan aku wanita solehah yang cemerlang dunia dan akhiratnya. Aku juga bermohon agar Ramadhan kali ini, bukanlah Ramadhan yang terakhir buatku walaupun ku kerap merasakan seperti itu kerana masih banyak bonus yang perlu kuhimpun lantaran terlalu sedikit pelaburan yang ku ada.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dosa ibubapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, teman-temanku, anak-anak muridku serta umat Islam seluruh dunia sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. Kau jadikanlah Ya Allah, Ramadhan kali ini Ramadhan penuh keampunan buat kami semua. Amin!

Kepada rakan-rakan diluar sana, marilah kita sama-sama ikhlaskan hati kita ketika menjalankan tugas dan amanah kerana Allah kasihkan hamba-hamba-Nya yang ikhlas. Usahlah kita merungut sepanjang masa mengenai ketidakselesaan kita didunia ini, sedangkan keselesaan di Akhirat kelak kita lupakan. Marilah kita mengumpul amal kebaikan dan mengurangkan dosa selagi nyawa dikandung badan.

sumber asal:iluvislam.com...

saya rasa artikel ni benar2 bermanfaat...dan menjadikan saya terfikir berkali2.....siapa guru yg sebenarnya??..mungkin sy belum layak lagi bergelar guru......




Khamis, 11 Ogos 2011

~tInTa rAmAdHaN~....MuhAsAbAh....



Tetapi kerana aku seperti air....
Aku memilih untuk menjadi lautan 1000 tanda tanya..
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata...
Ketemula ia ribut taufan beliung yang menggila..
Namun yang bestari ingin mencari makna..
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua...
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa...
Lantas bertemu keindahan makna,jawapan 1001 rahsia...




Hari raya hari kemenangan..
Hari kesyukuran di limpahi kemuliaan...
Di lipatan seni mehnah ilahi...
Ada maksud murni yang lebih hakiki..

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga..
Pada fikiran di sinar wahyu dan sabda..
Pada hati bersih di solat terawikh...
Apakah semuanya telah dimiliki...

Puasa mengajar erti ketabahan...
menghadapkan ujian berlandaskan iman...
Puasa perisai yang sangat maknawi..
Penyingkap hijab antara hamba dan ilahi...

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa..
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota..
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga...
lalu dimanakah puasa kita...
adakah masih di tahap lama...

Lalu muhasabah di hujung ramadhan..
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh..
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh..
Bersembilu dosa duri angkara...

Ketika bertahmid,bertakbir dan bertasbih..
Terasakah kita hamba ilahi..
Yang hanya mampu mengukir tadbir...
Sedangkan pada-NYA segala TAKDIR....




Sabtu, 6 Ogos 2011

~tInTa rAmAdHaN~....edisi khas...hilang???





~Hidup ni warna-warni....ada sedih.ada gembira.ada ketawa.ada duka~

ku mencari-cari dimana "dia"..rupanya tersorok di sebalik gate....~crita selepas terawikh semalam~

Ku mencari-cari dimana "dia"....nampaknya ku balik kaki ayam la hari ini...~cerita selepas terawih hari ini..ramadhan keenam~...

semalam>>> "kak da,mana selipar na eh?"...cari2 akhirnya temulah ia dihujung sana...dibawah gate tu.....alhamdulillah.....masih punyer rezeki....

hari ini>>>>"kak da,zai...mane selipar na eh"...cari2..pusing2....x ketemu..akhirnya suruh hosmate drive keta parking depan2 masjid...dan sy,berjalan dgn pakai kasut yg dah tersedia dalam kereta....hurmmm....


akhirnya...selipar buruk saya yang tercabut tapak tu jugak yang diminati....semoga org yang amik selipar sy tu mendapat hidayah daripada Allah utk hantar semula selipar tu kat sy...sayang kot selipar tu....uhhuk3....

P/S:kalau dah bukan rezeki kta,redha jahlah...yang hilang pasti berganti...ada hikmahnya...waaaaaa.....~sekian terima kasih~....