Rabu, 21 September 2011

~CoReTaN SajE-sAjE~



~Merenung bayangan jauh..menatap pengertian..menyelam dasar persoalan..menyelongkar kemuncak maksud~


I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with Trials and challenges

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

Seimbas Kenangan Kembara Ilmu – Sekadar penceritaan tanpa makna ibrah. Maka hilanglah maknanya sebuah perjalanan dan pengembaraan. Ibrah-ibrah itu bakal disusun, Insya ALLAH.

~Chaiyokk3~~~~

ayyuha syabab...

taujah ilal amam....

tursyidu fi sabil lil islam...

nufsidul kafirin fi duniya..

li iqamati syia'r islam...

~x ingat lirik!~...lalaala..

p/s:nk taip jawi,tp x jupo cari....hilang duk mane x taw...~wink~

huhhu..tetiba jah bleh terkeluar nasyid ayyuha syabab!!...~mcm nk p berperang je..~..

duk lame2 depan blog ni kang,ade lagi lagu2 yang akan tersenarai..

makanya....izinkan hamba berundur seketika utk menenangkan diri.......uhhu..

~~uzlah..uzlah..uzlah....~~



Ahad, 18 September 2011

~MaSiN dAn mANiS~~~



Terbang........terbang......dan terbang lagiiiiiii....tp diingat sesekali pandanglah ke bawah...jangan terus mendongak tinggi hinggakan lupa apa yang berada di bawah sana..

kadang-kadang menasihati orang lain itu lebih mudah dari menasihati diri sendiri.......betul tak??..ape2 pun...cubalah bangkit mencari kekuatan diri disebalik nasihat yang kita berikan itu...~sekadar memberi ingatan buat diri yang sentiasa alpa dan leka yang kita ini ada "pemerhati sunyi"~...

~Teruskan mencari apa sahaja utk menguatkan diri.....INGAT!!Kita ada "pemerhati sunyi"........

Rintihan
Ku sembahkan (rintihan) kepadaMu
Tuhan sekalian makhluk
Akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa
Wahau yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bila mana keras hatiku
Dan terasa sempit perjalananku
Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku
Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMu
Bila mana Engkau yang memiliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu
Adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan
Serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan
Anugerah dan nikmat itu kepadaku
[walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa]
Semoga orang yang memiliki ihsan
Mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku
Serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku
Ampunkan dari kederhakaan,
Kezaliman dan penganiayaan
Yang tak akan terhapus
Di hari berhimpun kesedihan
Namun jika Engkau membalas seksa terhadapKu
Aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu
Akan memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih
Ketika menyebut / mengingati Rabbnya
Dan bila mana dia bersama selain Tuhannya
Di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah saw) berkata :
Kekasihku,
Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap
Sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat ku jaga, aku rindu
Dan di saat ku lelap, aku berharap
Mengiringi langkahku
Dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar
Sejak dulu dan kini
Namun kutahu keampunanMu yang
Mendatangi hamba
Adalah lebih besar dan agung
Dan lebih mulia.
~ Syair Imam Syafie ~
Apabila hati kita dilanda keresahan, kebimbangan dan kegusaran, pasti kita akan mencari tempat untuk mengadu akan apa yang kita rasakan. Tujuan mengadu itu adalah untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Mengadu itu membuatkan kita merasa tidak bersendirian. Kerana kita yakin, ada orang lain yang mendengar segala rasa didalam jiwa. Walaupun mungkin ada yang tidak faham.
Lega rasanya.
Tetapi, seringkali juga kita sebagai manusia lupa mengadu kepada DIA yang menyebabkan segala apa yang telah kita rasai. Semua perasaan itu, adalah datang daripada Dia. Oleh kerana kelemahan manusia itu sendiri, selalu sahaja manusia membelakangkan Dia yang sedia untuk Mendengar setiap masa.
Manusia sentiasa ada tempat untuk mengadu.
Manusia Memang Sering Mengadu
Saya teringat semasa berada di sekolah rendah dahulu. Suatu hari tu, saya kena rotan oleh guru saya atas perkara yang saya tidak lakukan. Tangan saya dirotan sebanyak tiga kali. Jumlahnya sikit, tapi cukup berbisa. Sehinggakan saya merasa tapak tangan saya melekit-lekit.
Tamat waktu sekolah saya balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, saya mengadu pada Bonda. Tidak pasti mengadu kerana kesakitankah atau mengadu kerana perasaan sedih. Apa yang saya ingat waktu itu Bonda memarahi saya daripada bertindak membela anaknya seorang ini.
“Baguslah.. Nanti suruh cikgu rotan lagi,” kata Bonda sambil memandang tepat ke arah saya.
Bicara Bonda tidak saya hiraukan. Tapi saya sudah puas berkongsi apa yang ada dalam hati saya walaupun tidak mendapat pembelaan. Hehe.
Maka, begitu jugalah manusia yang lainnya. Manusia ini antara salah satu sifatnya adalah lemah. Dan apabila berasa lemah, manusia akan mengadu kepada sesiapa yang diingin oleh hatinya agar dia merasa senang dan fikirannya sedikit lapang.
Mengadu kepada sahabat, ibu bapa, adik beradik dan insan lain.
Apabila ditimpa masalah, dan keserabutan fikiran itu tidak dapat kita tampung lagi secara bersendirian, secara automatiknya kita akan mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah itu. Itu lumrah bagi manusia.
Anda begitu? Saya pun, begitu juga.
Apabila sahabat-sahabat saya datang mengadu kepada saya, berkongsi masalah mahupun kegembiraan, saya akan cuba raih sebaik mungkin. Saya berasa senang dapat berkongsi apa yang berlaku dalam hidup mereka. Saya tidak merasa terbeban. InshaAllah, jika saya dapat memberikan sedikit pendapat, maka saya akan berikan. Jika tidak, saya lebih memilih untuk diam mendengar masalah mereka.
Nah. Saya terfikir di sini.
Manusia seringkali mencari manusia untuk mengadu segala masalah yang dia hadapi. Adakah itu salah? Tidak. Bahkan itu fitrah. Tetapi, seringkali manusia akan mengadu kepada manusia tanpa terlebih dahulu mengadu kepada Tuan Punya Dunia.
Salahkah? Tidak. Tetapi kurang sopan.
ALLAh Ta’ala Tahu dan Pilih Yang Terbaik
Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa. Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir ALLAh tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah dan kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.
Memang, adakalanya kita usahakan begini. Tetapi yang jadi begitu. Agak bercanggah dengan matlamat dan logik akal manusia. Namun, boleh jadi dengan cara begitu ALLAh ingin mengangkat atau menghantar hamba-Nya yang terpilih melalui laluan yang kurang disenangi lalu memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat untuk hidup seseorang.
Hidup kan, sukar untuk diramal tentukan.
Saya mungkin ada ujian tersendiri. Anda juga begitu. Kita sama-sama teruji. Dan persoalannya, bukan ujian dan dugaan siapa yang lebih besar, tetapi sejauh mana saya dan anda menerima dan mengendalikan kehidupan selepas menerima ujian tersebut.
Pernah tidak terasa diri sedang dimain-mainkan oleh-Nya dalam kehidupan seharian yang ditempuh. Kadang-kadang sehingga rasa hendak hidup dalam gua dan tidak keluar-keluar dari gua tersebut?
Pernah? Maka saya minta anda beristighfar. Jom sama-sama.
Maha Suci ALLAh yang berlepas dari sifat zalim terhadap hamba-hamba Nya!
ALLAh Ta’ala tidak pernah memain-mainkan kehidupan manusia. Tidak pernah dengan sengaja membuat manusia menempuhi pengalaman kehidupan yang sangat pahit melainkan ada sesuatu yang ALLAh Ta’ala hendak sampaikan melalui setiap ujian tersebut. ALLAh tidak pernah menurunkan sesuatu ujian dan kenikmatan melainkan mahu manusia berfikir dengan waras.
Tapi, kenapa ada manusia punya perasaan seperti itu? Kecewa?
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Jikalau tanya iman, pasti iman akan menjawab selari dengan ketentuan ALLAh. Tapi ujilah diri sendiri. Mengapa dan kenapa!
Anda beriman dan rela bahawa ALLAh adalah Rabb anda?
Anda beriman bahawa deenul Islam adalah agama anda?
Anda beriman bahawa Muhammad adalah Rasul terakhir anda?
Maka, anda seharusnya lebih bersedia. Dan buktikan pada diri duhai sahabat!
Ambillah Apa Yang ALLAh Ta’ala Pilih
Kalau anda mengakui bahawa ALLAh Ta’ala adalah Rabb anda, deenul Islam adalah agama anda, dan Nabi Muhammad adalah Rasul anda. Maka anda sepatutnya menjadi orang yang hebat.
Hebat apabila berhadapan dengan ujian!
Orang yang beriman apabila mengusahakan A, tetapi ALLAh takdirkan menjadi B. Maka orang yang beriman akan mengambil B tersebut dengan redha dan berusaha untuk menjadikannya sekurang-kurangnya menjadi seperti A, lebih hebat lagi berbanding A, malahan!
Antara satu sifat orang beriman, pasrah dan redha, tetapi berusaha dan berdoa.
Hatta disapa dengan kegagalan demi kegagalan, tapi gagalnya bermaruah. Kenapa bermaruah? Sebab dia berusaha dan berusaha mencari solusi. Apabila gagal, dia mengubati kekecewaannya yang sedikit itu dengan mengadu kepada ALLAh. Menunjukkan sifat kehambaan dalam diri.
Sebab apa?
Dia tahu bahawa ALLAh SWT memerhatikan dirinya. Dia tahu dan beriman serta yakin bahawa ALLAh SWT tidak akan membiarkan dirinya binasa dalam ujian yang sedang melanda. Dia sangat beriman bahawa ALLAh Maha Kaya dengan sifat yang Maha Pengasih!
Maka sedikit persoalan, adakah kita seperti orang beriman tersebut?
Kita ini selalunya, senang mengaku bahawa kita beriman kepada itu dan ini. Tetapi apabila ALLAh Ta’ala jentik sedikit sahaja dengan memberikan dugaan, mudah sangat untuk melatah.
Nah, layakkah kita sebagai hamba untuk melatah? Ke mana pergi kata-kata beriman itu dan ini? Sedangkan ALLAh Ta’ala menjanjikan, untuk menjadi hebat, maka dia akan mendapat ujian yang hebat!
Anda mengaku beriman? Seharusnya anda punya jiwa yang lapang menerima ujian.
Malu mahu mengaku orang yang beriman? Maka anda seakan-akan melepaskan peluang untuk menjadi hamba ALLAh yang cuba untuk buat yang terbaik di muka bumi ini.
Psst! Pengakuan itu biarlah anda dengan diri anda sendiri. Senyum.
Belajarlah untuk membina keyakinan kembali kepada ALLAh Ta’ala dengan kembali bertelekuh di atas sejadah yang mungkin telah berminggu dan beberapa hari ditinggalkan. Keegoan manusia terhadap Rabbnya takkan pernah sekali-kali membawanya ke mana melainkan kebinasaan yang ALLAh telah janjikan.
Kata orang, jangan lupa daratan.
Kita ini hamba, ALLAh itu adalah Tuhan.
Maka berkelakuanlah selayaknya seperti seorang hamba!
Hiduplah dengan cara hamba yang selayaknya untuk disayangi oleh Tuan Punya Dunia.
Dalam Masin Itu, Ada Manisnya

Hari-hari yang penuh kesukaran semestinya akan berlalu. Itu hukum alam. Sunnatullah. Tidak kisah dalam masa yang cepat atau susah. Natijah atau ganjarannya manusia akan terima. Mungkin ganjaran yang ALLAh berikan atas seseorang yang sentiasa bersabar itu bukan pada masa sekarang, tapi ALLAh akan berikan dimasa depan.
Sebenarnya, semuanya atas kehendak ALLAh Ta’ala sendiri.
Setelah kemasinan yang dirasai, pasti ada masanya akan menjadi tawar, lalu bertukar menjadi manis. Setiap apa yang berlaku itu tidak boleh dihukum sekaligus sebagai sesuatu yang negatif. Yang pastinya, sesudah semua itu, pasti ada positif dan kemanisannya.
Semua orang ada dugaan, ujian dan kisah pahit masing-masing. Maka, berpada-pada dalam merasa diri sendiri tersangatlah malang. Kerana hakikatnya, apabila anda merasa anda seorang yang malang, banyak ujian, percayalah.. diluar sana ada insan yang diduga oleh ALLAh dengan dugaan yang jauh lebih hebat dari anda.
ALLAh Ta’ala akan melihat pada usaha anda berdepan dengan semua itu sebenarnya!
Pssst! Sahabat, walauapapun yang terjadi, jangan pernah sesekali merasakan ALLAh Ta’ala itu zalim dan tidak adil pada diri anda. Sekali anda berfikir dengan fikiran yang sedemikian, maka anda membuka pintu besar untuk memberi peluang kepada diri sendiri menjadi pengikut syaitan.
Jangan menjadi futur! Jangan menjadi kufur nikmat!
Didalam jiwa anda itu, ada rasa kehambaan kepada Tuhannya. Ikutlah rasa itu. *senyumpadakamu*