Khamis, 15 September 2011

~ArTiKeL Yg bErMaKnA~......



Kehidupan ini penuh dengan ujian kan? anda rasa anda pernah diuji?

masing-masing mempunyai cerita tersendiri terhadap ujian yang diterima.

pernah sekali diri ini merasakan betapa hebatnya ujian dan disaat itu. terasa sesuatu yang kurang.

ya! dulu kurang dengan amal. diri pun terasa jauh dari pencipta yang menciptakan diri ini.

"mengapa aku diuji sehebat ini? mengapa?"

meneruskan hidup! aku perlu teruskan hidup.

aku insaf. segera insaf di atas perbuatanku. segera aku bertaubat.

lalu aku cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah pencipta alam ini.


Allah amat menyukai hamba-hambaNya yang ingin dekat padaNya

"ya Allah! ampunilah daku!"

kata-kata itu tidak putus di bibirku dengan istighfar tidak pernah putus.

lalu hati ini mendesis,

"ya Allah! aku telah menzalimi diriku. adakah peluang untukku kembali??"

aku cuba untuk kembali kepada fitrah . aku rindukan pencipta. aku rasa kehidupan ini tidak bermakna.

aku cuba untuk islah diri setiap masa. solat jemaah, tahajjud, dan perkara-perkara sunat tidak ku tinggalkan.

walaupun dalam diri ini merasa sedih akan dosa semalam.

aku cuba untuk kembali dan menjadi sebaik-baik hamba.

tidak jemu untuk ku membaca potongan ayat quran lalu kutadabbur ia. penuh kata-kata cinta.

lalu aku membelek al quran, surah az-zumar pada ayat 53 berbunyi :

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:53

aku menangis apabila membaca ayat tersebut. dan dosa semalam ibarat rasa sudah pergi berlalu.

baru ku tahu bahawa ALLAH sentiasa memberi keampunan setiap insan yang melakukan dosa setelah bertaubat.

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuanJanganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya


Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannyaAndainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa


Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

lagu itu benar-benar memberiku motivasi dan inspirasi untuk berubah menjadi sebaik-baik hamba.

Jangan putus asa!

kini, aku yakin pada jalan yang Allah berikan kepadaku.

"aku mesti teruskan perjalanan hidup!"

baru kutahu. sebenarnya hidupku ini mempunyai matlamat untuk akhirat.anda punyai misi yang penting untuk akhirat.

jadi, jangan berhenti melangkah, teruskan langkahmu dan Jangan Putus Asa kerana Allah pasti bersamamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan