Isnin, 17 Oktober 2011

~beRaPa???"

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini ~unic~


Ya ALLAH,Berilah taqwa dan kebersihan hati kerana KAU yang mampu membersihkannya. Ya ALLAH,aku berlindung dari ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak takut,jiwayang tidak pernah puas dan doa yang tidak terkabul.MUDAHKAN URUSAN KAMI YA ALLAH.BILA SAKIT,BERILAH KESEMBUHAN,BILA BERHUTANG LUNASILAH....

بسم الله الرحمن الرحيم


lama sangat tak update blog...huhu.hinggakan x tau apa yang nak ditulis...dan hari ini,ketika ini,saat ini...alhamdulillah..Allah memberi sedikit kekuatan untuk menulis sesuatu...kebiasaan biasa tiba 17 okt,pasti update blog...tu yang terpaksa "gagahi" jugak diri untuk menulis sesuatu walaupun kondisi kesihatan tidak begitu mengizinkan...

umur...sebut tentang umur...terasa diri yang teramatlah "dewasa"..alhamdulillah...tahun ini masih boleh mengecapi nafas usia baru...walaupun pada hakikatnya masa tetap berjalan,usia semakin menginjak,amalan???...sendiri mau jawab........T__T

Saya suka memandang lautan, mendamaikan. Menyelami rahsia lautan, bagai mengerti penghujungnya hidup ini. Andai esok ada lagi buat kita. Bersyukur untuk hari ini.

Rentetan perjalanan hidup adakalanya memaksa manusia untuk bersendirian. Bersendirian untuk bersoal jawab dengan diri sendiri. Ya, adakalanya segala persoalan yang ada di dunia ini sebenarnya jawapannya ...ada pada diri sendiri. Tinggal manusia mahu mencungkil atau tidak.

Hidup ini, ada bahagian persoalan yang ALLAH ciptakan buat hambaNya untuk diselesaikan oleh seseorang itu tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Kaedah mencari jawapan bagi persoalan itu adalah dengan memerhati.

Pada alam yang luas itu terdapatnya kebesaran ALLAH Ta’ala
Wahai diri...Setiap langkah dan nafasmu hanya untuk Allah. Jika langkah-langkahmu diambil bukan keranaNya..Untuk apa engkau terus melangkah? Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untukNya..Untuk apa engkau terus bernafas?

✿ Demi KESERONOKANn yang sementara?
✿ Demi mencapai KEJAYAAN yang tak kekal sifatnya?
✿ Demi menikmati DUNIA yang tak pernah cukupnya?
...
Katakanlah, “Solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam.” Dan berteguhlah kamu denganNya..

InsyaAllah, hidupmu akan lebih bermakna, dalam erti kata Allah REDHA akannya
~mungkin akan kembali ber"uzlah"lagi...~..tiba masanya akan kembali mencoretkan sesuatu....~senyum sokmo.......^__^