Selasa, 15 November 2011

~I LuV ISlAm~

~berjalan2 di waktu petang...sambil2 baca-baca artikel..lama benar x menjengah laman web iluv islam...membaca artikel2 di dalamnya x pernah jemu.....yuk!!..kita baca apa yg sy copy ni..nak tulis x der modal lagi..mood~balikkkk~~~~sekian...

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.
Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka - (surah al- Ahqaf: 5-6)

Firman Allah: (maksudnya)

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya - (surah Fatir: 13-14).

Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:

“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. - (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.

Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.

Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.

Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.

Firman Allah: (maksudnya)

Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) - (al-Zumar:3).

Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk - (surah al-Baqarah: 186).

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina - (surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.

Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. - (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.

Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.

Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.

Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. - (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. - (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. - (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

Jumaat, 11 November 2011

SeDiH...eH!!! jAnGaN.........sENyUm JaK!!!



بسم الله الرحمن الرحيم

Memetik kata Saidina Ali Bin Abi Thalib:Bukanlah kesulitan yang membuatkan kita takut,tapi ketakutan yang membuatkan kita sulit,kerana itu jangan pernah mencuba untuk menyerah dan jangan pernah menyerah untuk mencuba.Maka jangan katakan pada ALLAH aku punya masalah,tetapi katakan pada masalah aku punya Allah YANG MAHA SEGALANYA.

Bile terbaca kata-kata saidina Ali..terus hilang segala kekusutan..tapi masih bersisa walaupun 50%..ok lah kan,pada yang asalanya terasa macam 100%...~mungkin mencari "kata-kata hikmah" dapat melegakan keresahan yang melanda....~alahai~~

"Sometimes..by winning something it is not good for you.But sometimes,by losing something it very good for you~..~kata2 yang ber"aura"...~dulu,kini dan selamanya...

bak kata orang arab...

من لم يزق,لا يفهم

~maksudnya ialah sesiapa yang tak melaluinya,takkan faham~

apa2 yang berlaku kena kita laluinya walaupun perkara yang kita hadapi itu pahit untuk ditelan..dan berfikir serta berusaha untuk menyelesaikannya~....~pahit itu penawar~...owh!!

Bak kate omputih “life must go on”…yak!!go dio pulok doss…hohohoh….begitulah “hidup”…kita merancang…Allah pun merancang…TAPI SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH DIA…tak gitu?..yakk teh..duk ngaji sajo,x guno..x jadi jgk…sila ingat balik ape yang dipelajari yer…iyer..sedih memanglah sedih…mana taknya,apa yang diimpi,apa yang dirancang..x dapat di laksanakan..mungkin belum tiba masanya….Allah belum mengizinkannya…~positif2~……

Sabarkah diri???...

Beribu ucapan “SABAR “ terlahir dibibir-bibir…tapi sejauh manakah diri ini mampu??...nak melawan arus…x berdaya,nak melintang angin..x mampu…”redha dan sabar”..penawar yang paling baik…

Masing-masing …Allah,dah tetapkan rezekinya..apa lagi yang nak bahaskan??........

Kehidupan tidak selalunya senang dan mendamaikan. Ketika kita belum puas meneguk erti kebahagiaan, keresahan mengintai dengan penuh cemburu dan irihati. Ketika kegembiraan baru memercikkan sinarnya, awan kesedihan tiba-tiba saja berarak memendungkan jiwa.

Inilah kehidupan. Simpang siurnya penuh keraguan dan jalannya dipenuhi ranjau dan duri yang melukakan hati. Betapa banyak jiwa yang tersungkur lesu sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

Inilah kehidupan. Liku-likunya menyakitkan jiwa dan kesulitannya begitu menekan. Ada masa-masa mendaki hingga kita terpaksa memerah tenaga dan segala kemampuan yang kita ada hingga ada saatnya kita tersimpuh lesu.

Ya, inilah kehidupan. Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan. Kita tidak diberi pilihan untuk menentukan halangan bagaimana yang ingin dan sanggup kita tempuhi dan kedamaian bagaimana yang kita ingin corakkan pada laluannya. Tangisan bukan penyelesaian, begitu juga dengan keluhan dan kegelisahan. Kesedihan tidak akan meninggalkan kita hingga kita sendiri yang menghindarinya. Segala keputus asaan tidak kan terusir dengan kebencian.

Yang lebih besar dari segala kesulitan, kepayahan dan bebanan itu ialah bagaimanakah sikap kita untuk berdepan dengan segalanya; adakah kita ingin menempuhinya dengan kekecewaan, putus harapan dan kesedihan atau kita ingin hadapinya dengan ketabahan, kepasrahan dan teguh hati.

Teguhkanlah jiwamu

Kerna hidup ini untuk ditempuhi

Bukan ditangisi

Teguhkanlah jiwamu

Agar terlerai segala kesulitan dan kesempitan

Biar semalam berlalu bersama segala kesedihan

Dan esok menanti bersama seribu janji dan impian

Teguhkan jiwamu

Bersama kepasrahan dan pengharapan

Dengan jiwa terbuka, kenal diri dan kenal Tuhan

Sambutlah hari ini dengan lagu kedamaian

Bersama alunan paluan semangat baru


P/S:Tengok jam...masih ada 15 minit penutup tarikh 111111....nak jugak update hari ini...sebab entry 1o1o1o ada...tak lengkap rasanya kalau tak der entry 111111...tunggu next year plak..121212..bizznillah,insya Allah...^__^

Ahad, 6 November 2011

~SaLaM AiDiLaDhA~


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama tuhan yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG..

Owh...masih bernafas rupanya blog "wardatul humaira'"...alhamdulillah..di petang nan indah indah ini,walaupun hujan dan guruh silih berganti...:P...masih diberi kekuatan untuk menulis sesuatu di blog yang..uhuk3...~tuan empunya blog sdiri pun terbatuk2 dek kerana habuk2 dah mula bertandang....itu tandanya dah lama bebenor blog ini ditinggalkan....

~salam Aidiladha..buat semua pembaca blog...tatkala takbir,tasbih dan tahmid dilaungkan..syukur ke hadrat ilahi,kerana masih diberi nafas untuk menikmati hari ini..walaupun berada di kejauhan..tetapi mereka semua tetap di hati...mereka semua??..iyap.semua2..buat keluarga di KK dan di DD..~uiks..SELAMAT HARI RAYA...masih ingatkah kamu semua sy di sini?..kwang2...:P...buat encik suami yang jauh dipandangan mata...selamat hari raya...keh keh keh...~sila simpan tulang belulang untuk "kami" yer~..p/s:stok kurma cap yussof taiyyob dah nak abis...agak2 sempat tak 2 minggu lagi...

terima kasih tak terhingga buat tuan rumah...ciksu n ayahsu... kerana sudi menumpangkan orang sakit ni kat rumah...huhuhu...dilayan umpama puteri rase...hehe...insya Allah,jika diberi peluang lagi...kami akan sampai untuk kali kedua....^__^

HATI IBARAT AIS........

iyap...keras...lama kelamaan ia akan cair jugak...huuuuuuuu....ape2pun...semoga terus diberi kesabaran dan ketabahan....

:::TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH ::::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris..
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu kebahagiaan dari kasih ilahi...
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah...
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-NYA..
Agar kita sentiasa tabah dan kuat...

Tidak MUDAH memberi,
ketika diri sendiri dalam kekurangan...
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain...
Agar diri akan terasa lebih bahagia...

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina..
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
Agar diri kita ikhlas dalam mengapai redha ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya...
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita...

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh...
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya...

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan..
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera..
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur..
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan RasulNya.


سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم