Isnin, 30 Januari 2012

~DoA~



Sabda Rasulullah yang bermaksud"Apabila sudah mati seorang anak Adam itu,maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah,Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh/solehah yang mendoakan kepadanya"


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَ
لَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Ya Allah...Peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia,Engkau yang menyembuhkan,tidak ada penawar melainkan penawarMU,penawar yang tidak meninggalkan penyakit

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ

Ya Allah...Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-MU dan kepada Rasul-MU

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا
Ya Allah....Zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً
Ya Allah....Anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna,berakal dan bijaksana,alim dan beramal

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُلِلهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah...Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan,sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya,fasihkanlah lidahnya,perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.


Jumaat, 27 Januari 2012

~DuHAi Hati~



Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan ...dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….

Sabtu, 21 Januari 2012

~Isu HangaT~




Sebut bab pindah ni...saya sendiri tak ada jawapan yang pasti,sebab saya pun berada di situasi yang sama dan berada di negeri yang sama,bleh bygkan apakah perasaan saya bila membaca berita tersebut????...berita 17 januari 2012 baru-baru ni.benar2 menarik perhatian diri..dan sekali saya berfikir..adakah nasib saya akan sama dengan guru-guru j-qaf tersebut...merintih,merayu,turun naik pejabat,pegi jpn,turun kpm,lepas tu naik pulak jpn...dan seterusnya impian untuk hidup bersama suami dan anak hanya mimpi semata-mata...fikir dan terus berfikir,cuba mencari jalan penyelesaian...tapi...jawapan tetap sama....wallahua'lam....~sy baru setahun kat c ni...agak2 boleh ke sy tunggu 8 tahun lagi???~...waaaaaaaaahhhh!!...OH TUHAN...x sanggup....T__T

Saya pun x sangka saya juga akan "terperangkap" dalam situasi beginijuga..tapi apakah nasib saya sama dengan situasi yang digambar dalam akhbar baru-baru ini...takutnya...Hanya tuhan yang tahu dan saya yakin aturannya adalah yang terbaik DIANTARA TERBAIK...Insya Allah...


Wahai Hamba Ilahi.......

Allah mendugamu bukan kerna DIA mahu meyusahkan dirimu tetapi DIA ingin mengetuk pintu hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNYA...

Ayuh kembali menjadi hambaNYA,
Kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan.Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Ingatlah,
Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya,melupakan ayat-ayatnya,melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dari-NYA.

Ketika kita senang,dengan enteng kita meninggalkanNYA.Ketika kita susah,kita meraung menyeru namaNYA.tidak malukah kita padaNYA?SEDARLAH!! kita hambaNYA bukan siapa-siapa.Jika tidak kerna kasih sayangNYA kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini.

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.. Hadapilah segala UJIAN dengan rasa kehambaanNYA.Tersenyumlah kerna setiap setiap kesulitan akan di susuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita...UNTUNGNYA KITA....

Buatmu wahai jiwa - jiwa yang terluka..

Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!

Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, dan ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)



p/s:adakah saya ini kategori yang tidak bersyukur kerana telah ditempatkan di kawasan bandar dan hanya beberapa minit sahaja dari airport???....alhamdulillah,syukur ya Allah segala kemudahan telah saya perolehi,cuma impian untuk hidup bersama keluarga belum lagi terlaksana...tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan,dan tidak semua impian hanya layaran imaginasi semata-mata...hanya memerlukan kesabaran dan masa yang tepat sahaja...Insya Allah,biiznillah semoga impian,mimpi dan imaginasi bakal terrealisasi...~~~peace no war~~n......~senyum sokmo~..wink....