Jumaat, 27 Januari 2012

~DuHAi Hati~



Memang ALLAh Ta’ala berikan ujian yang berlainan pada setiap hamba-Nya yang ada di muka bumi ini. Walaupun kelihatan ada yang sama, tentulah rasanya berbeza kerana perbezaan latar belakang keluarga, tempat dan masa memainkan peranan penting terhadap ujian yang ALLAh turunkan. Tidak akan pernah sama!

Melihat kepada diri sendiri. Walaupun kita berada dalam jasad yang ada sekarang, kita dipinjamkan ...dengan seketul hati dan sebuah jiwa yang dengannya kita hidup sekarang, tapi kerap kali kita juga sering keliru dan tidak tahu dengan kondisi hati kita sendiri.

“Wahai Tuhanku, jangan biarkan aku lemah pada segala dugaan-Mu. Jangan biarkan aku kalah sebelum berhabis-habisan berjuang dengan kudrat yang Engkau berikan. Biarkan aku menjadi seorang hamba-Mu yang tetap berdiri hatta dihambat ujian seribu. Wahai Tuhanku, berikanlah ketenangan jiwa kepadaku. Jangan Engkau biar aku hidup dengan keresahan jiwa semata-mata dunia….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan